web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vivy Yusof Bantu Peniaga Bazar Ramadan Secara Percuma

FashionValet melancarkan FV Bazaar - bazar atas talian percuma, tahun kedua penganjuran.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan Ramadan, bulan mulia. Di bulan puasa yang suci ini, kita digalakkan untuk memberi. Di samping menahan diri dari lapar dan dahaga, bulan inilah waktunya untuk merenung kembali, merefleksi diri dan berbahagi rezeki. 

Seraya itu, Vivy Yusof melalui FashionValet membawa kembali FV Bazaar – selaku platform bazar Ramadan atas talian yang mengalu-ngalukan penglibatan para peniaga bazar tanpa sebarang yuran dan bayaran. Semuanya percuma!


Dalam menyambut semangat Ramadan, FV Bazaar tahun ini ditambahbaik secara lebih besar dan meluas dengan penambahan kategori fesyen, selain kategori makanan dan minuman seperti sebelum ini. FV Bazaar akan bersiaran secara langsung sepanjang bulan Ramadan ini sehingga pertengahan bulan Jun, selepas Hari Raya Aidilfitri. 

Inisiatif ini dijalankan supaya lebih ramai peniaga dapat menambah dan mencari lebih rezeki dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk berbelanja tanpa sekatan masa untuk mereka memesan makanan bazar, kuih raya atau baju raya walaupun selepas Hari Raya. Penambahbaikan ini turut memberi pengalaman membeli-belah atas talian yang lebih lancar. 


“Ramadan adalah bulan yang memberi makna untuk kita selalu berkongsi rezeki. Kami berbesar hati untuk melancarkan kembali FV Bazaar dan menambah kategori fesyen!”

“Tahun lalu, FashionValet membuka FV Bazaar ini untuk peniaga bazar Ramadan berniaga makanan mereka secara percuma sepanjang Ramadan. Hasilnya, ada sesetengah peniaga yang berjaya menerima tempahan makanan lebih 100 pesanan pada satu hari.”

“Ada juga peniaga yang berjaya menjual 3000 balang kuih raya, yang dia gunakan untuk membayar yuran pengajiannya.”

“Kisah-kisah seperti inilah yang membuat hati saya senang dan tenteram. Saya sangat bersyukur dapat membantu dan berkongsi platform atas talian kami kepada semua peniaga yang memerlukan,” ucap Vivy Yusof, pengasas bersama FashionValet.

Tahun lalu, FV Bazaar berjaya membantu lebih empat ribu peniaga tempatan, terdiri daripada suri rumahtangga, peniaga bazar Ramadan dan peniaga dari rumah, dari seluruh pelosok Malaysia. 

Tanpa mengenakan sebarang biaya, inisiatif ini dijalankan bagi membantu para peniaga kecil-kecilan yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dijalankan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

FashionValet sedar akan cabaran dan halangan yang melanda peniaga-peniaga kecil tempatan dan mengambil peluang ini untuk menghubungkan mereka dengan pelanggan mereka secara dalam talian dengan mengambil kesempatan aliran trafik dalam talian FashionValet yang tinggi. 

Tahniah diucapkan kepada Vivy Yusof di atas usaha daya yang mulia ini. Sebarang maklumat lanjut, layari FashionValet atau singgah di FV Bazaar untuk mula membeli-belah. – Getaran, 5 Mei 202i.

Semua gambar: FashionValet

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Makanan Tidak Selamat, 14 Premis Makanan Di Bazar Ramadan Diarah Tutup 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Aidilfitri: Elak Pembelian Panik, Bekalan Makanan Mencukupi - Salahuddin Ayub

3

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Bazar Ramadan TTDI Tawar Pembelian Juadah Berbuka Secara Digital #TechMeToBazaar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

KPDN Terengganu Gerakkan 116 Penguat Kuasa Op Pantau 2023

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi