web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MK dan Loca B Hidup Pantas Tanpa Batas Dengan Reno 5 F

OPPO Malaysia melantik MK K-Clique dan Loca B sebagai wajah OPPO Reno 5 F.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 8:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

OPPO Malaysia berbangga mengumumkan MK dari kumpulan K-Clique dan Loca B sebagai wajah OPPO Reno 5 F sempena pelancarannya di pasaran Malaysia.

Sempena pelancaran ini juga, lagu tema #LiveLifeAtFullSpeed atau #HidupPantasTanpaBatas untuk Reno 5 F turut dipersembahkan dua rapper muda ini. 

Bagi mereka yang menginginkan peranti yang versatil dan tahan lama, Reno 5 F hadir dalam empat kamera belakang yang memberikan kelebihan kreatif kepada penggunanya. 

Ciri-ciri kamera dan videonya membolehkan anda merakam kenangan, lebih daripada satu perspektif. Ia telefon pintar berprestasi tinggi dengan kapasiti bateri tahan lebih lama dan kelajuan yang lebih pantas.

Semua ini dirangkumkan dalam reka bentuk yang ringkas namun elegan. Terdapat dua pilihan warna, Reno 5 F hadir dalam rona Fantastic Purple dan Fluid Black yang sangat sesuai dengan golongan milenial. Ia direka dengan konsep Reka Aliran Cahaya OPPO. 

Fotografi dan Video Menakjubkan

Media sosial hari ini sangat mempengaruhi cara kita merakam dan mengambil gambar untuk kenangan terbaik dalam kehidupan. Selari dengan perkembangan perkongsian di media sosial, khususnya Instagram, Facebook dan TikTok, trend video dan gambar berkualiti meningkat tinggi. 

Dengan Reno 5 F, mudah untuk anda merakam detik kenangan indah lebih daripada satu perspektif, melalui sentuhan kreatif kamera 48MP Kuad terbina utamanya. Ia berfungsi dengan 8MP kamera sudut ultra-lebar, 2 MP kamera makro dan 2 kamera mono. 

Sudah tentu, sesi swafoto juga amat penting bagi para pengguna, jadi bahagian hadapan telefon ini dilengkapi dengan 32MP kamera pandang hadapan.

Reno 5 F turut dilengkapi teknologi video potret warna A1 yang berfungsi membezakan orang dengan latar belakang mereka dengan bijak. Orang yang dirakam kemudiannya diserlahkan dengan warna yang lebih terang dan memastikan subjek lebih menonjol. 

Akhirnya, untuk vlogger dan milenial, OPPO memperkenalkan kaedah baru dalam dunia rakaman digital. Dengan Video Dwi Pandangan, Reno 5 F mampu merakam rakaman dari kamera hadapan dan belakang secara serentak. 

Misalnya, merakam aksi utama konsert dengan kamera belakang, sambil mengabadikan kegembiraan wajah anda dengan kamera hadapan. Ia memastikan video anda itu tadi dikongsi di media sosial secara meluruh dan bakal menjadi perhatian ramai. 

Reka bentuk nipis dan menarik

Siri Reno terkenal dengan konsep reka bentuk langsing dan Reno 5 F juga tidak terkecuali. Rangka telefon berukuran 7.8mm ultra-slim dengan berat hanya 127g. Reno 5 F dilapisi penutup bateri melengkung 3D. 

Penutup baterinya hanya setebal 0.55mm, sementara skrin menghilangkan haba melalui plat grafit 0.1mm yang nipis. Rintangan kejutan dan kejatuhan untuk telefon pintar ini dipertingkatkan lagi dengan susunan struktur komponen teras (motherboard) yang lebih kukuh. 

Reno 5 F turut menawarkan warna Fantastic Purple dan Fluid Black dengan konsep Reka Aliran Cahaya OPPO. Ia menambah tahap ketelusan yang setanding dengan kaca, tetapi berjaya menyampaikan kesan matte dan tekstur berkilat yang bebas silau.

Tidak dilupakan, paparan AMOLED 6.43 yang terbina juga mempesonakan. Dengan saiz 6.43 inci, Reno 5 F juga lengkap dengan pembaca cap jari digital. 

Layar skrin turut dilengkapi teknologi Skrin Cahaya Matahari OPPO yang secara automatis menyesuaikan kecerahan berdasarkan cahaya di persekitaran anda. Teknologi Skrin Cahaya Bulan OPPO pula menyesuaikan cahaya minimum untuk pengalaman menonton yang selesa. – Getaran, 28 April 2021

Semua gambar: OPPO Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

88.8 Peratus Penunggang P-Hailing Guna Telefon Bimbit Ketika Dalam Perjalanan – Anthony Loke

2

Semasa 3 tahun yang lalu

CEO Rugi RM50,000 Telefon Bimbit Digodam, Masih Tunggu Respon BNM

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

“Tiada Konflik Yang Berlaku” – Penerbit Mat Kilau

4

Teknovasi 3 tahun yang lalu

6 Aplikasi Harus Ada Dalam Telefon Pintar!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi