web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AirAsia Chat Tampil Lebih Interaktif

AirAsia Chat kini bukan hanya ruang maya interaksi terbatas. Pelbagai ciri baru telah ditambah menjadikan ia sebuah aplikasi serba boleh.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Mar 2021 8:45AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memperkenalkan AirAsia Chat, ciri baharu untuk bersembang secara lebih interaktif bagi memudahkan pengguna AirAsia Super App untuk berhubung dengan komuniti yang diminati, menerokai tempat menarik untuk dilawati, makan dan beriadah.

Dalam satu kenyataan media, Ketua AirAsia Chat, Melissa Lim berkongsi, pasukannya ingin melihat AirAsia Chat menjadi sebuah platform sehenti menghubungkan para pengguna untuk menikmati pengalaman sembang sosial dengan mudah. Malah, pihaknya juga akan memperkenalkan ciri-ciri menarik pada masa akan datang, setanding dengan ciri aplikasi lain. Perkara ini akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. 

Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsia Media Group, Sumit Ramchandani pula berkongsi, AirAsia kini bukan sekadar sebuah syarikat penerbangan, tetapi telah berkembang menjadi syarikat digital yang merangkumi pelbagai perkhidmatan sesuai dengan gaya hidup masa kini. 

“Kami kini telah berkembang lebih daripada sebuah syarikat penerbangan. Daripada menghubungkan para tetamu ke destinasi pilihan mereka, kami telah berkembang menjadi sebuah syarikat perjalanan dan gaya hidup digital untuk semua merangkumi perkhidmatan penghantaran makanan, barangan runcit, beli-belah dan banyak lagi melalui Airasia Super App.”

“Kini, Airasia Super App bukan sahaja sebuah platform perkhidmatan pesanan, malah ia juga ruang untuk berhubung, menyertai pelbagai komuniti menarik serta memupuk perniagaan berasaskan sosial. Kami yakin aplikasi ini mampu meningkatkan penggunaannya melalui ruang sembang yang menarik seterusnya menggalakkan penggunaan aplikasi yang lebih kerap. Daripada perspektif pengguna, mereka boleh mendapat maklumat tentang keseluruhan ekosistem AirAsia melalui AirAsia Chat ini,” ujar Sumit. 

Berikut adalah ciri-ciri yang ada pada AirAsia Chat:

1) Sertai komuniti

Anda boleh memilih untuk menyertai komuniti yang menarik dan bersembang bersama pengguna lain. Hanya sertai komuniti pilihan anda, tekan sertai dan mula bersembang.

Antara komuniti yang paling popular ialah Kuala Lumpur Travellers dan Bali Travellers, manakala airasia.com promotion mempunyai pengikut tertinggi untuk Saluran (Channel). Banyak lagi ruang sembang dan saluran menarik akan diperkenalkan pada masa hadapan. 

2) Dapatkan maklumat terkini melalui pelbagai saluran

Ini adalah antara saluran yang ada. Pada masa akan datang lebih banyak saluran akan diperkenalkan. Sertai saluran pilihan anda dan dapatkan maklumat terkini mengenai promosi, berita AirAsia dan banyak lagi.  

3) Berhubung melalui ruang sembang peribadi

Dengan ruang sembang peribadi, anda boleh mencari pengguna lain melalui nama panggilan atau pautkan dengan senarai kenalan anda. Cari pengguna, tekan pada nama mereka dan mula menghantar mesej peribadi!  

Antara ciri menarik lain termasuklah kemampuan untuk bersembang dengan penumpang dalam penerbangan yang sama atau di mana sahaja melalui penerbangan AirAsia yang dilengkapi WiFi. Jadi, carilah rakan baharu sebelum tiba ke destinasi pilihan! 

4) Nikmati pelbagai permainan menarik

Segmen ini menyediakan pelbagai permainan menarik percuma untuk anda di mana saja! Permainan Point Catcher oleh BIG Rewards menawarkan pengguna BIG Point yang boleh digunakan untuk berbelanja di AirAsia Super App! 

5) Bina Profil Sosial

Lengkapkan profil peribadi anda dengan memuat naik gambar di akaun AirAsia Super App dengan mudah seperti di bawah! 

Muat turun AirAsia Super App sekarang melalui Apple App Store atau Google Play Store untuk menikmati ciri AirAsia Chat! - Getaran, 10 Mac 2021

Semua gambar: AirAsia

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi