Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terbitnya Bintang Di Langit, Kelahiran Rasulullah SAW Diiringi 6 Keajaiban

Sempena sambutan Maulidur Rasul, penulis berkongsi enam keajaiban atau fenomena yang berlaku ketika Nabi Muhammad SAW dilahirkan

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Sep 2023 5:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehangatan sambutan Maulidur Rasul iaitu antara hari bersejarah bagi umat Islam baru-baru ini masih terasa. 

Umum mengetahui Rasulullah SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, sekitar 571 Masihi.

Penulis bagaimanapun bukan mahu berkongsi mengenai sejarah kelahiran baginda, atau sambutan Maulidur Rasul yang diadakan, sebaliknya bercerita mengenai kisah yang jarang dihebahkan, iaitu keajaiban yang mengiringi kelahiran baginda.

Sekadar info, semua info ini adalah berdasarkan maklumat disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Terpancar Nur Di Timur Dan Barat

Nabi Muhammad SAW lahir selepas 50 hari kekalahan tentera bergajah Abrahah, bersamaan 29hb Ogos 580 Masihi. Ketika baginda dilahirkan, terpancar sinaran cahaya atau Nur dari timur ke barat.

Ibu baginda, Aminah binti Wahab ketika itu diriwayatkan sebagai berkata:

“Ketika aku melahirkannya maka keluarlah Nur yang memancar hingga ke kawasan antara timur dan barat. Nurnya menerangi istana di Syam dan barisan kedainya sehingga dapat dilihat leher unta di Busra.” (Abu al-Farj Nur al-Din Ali bin Ibrahim Ahmad al- Halabi, 2002, Sirah al-Halabiyyah).

Turut berlaku ialah haiwan peliharaan mereka seperti kambing dan unta mengeluarkan susu tanpa henti tatkala baginda berada berada di bawah jagaan ibunya.

Runtuhnya Singgahsana Raja Parsi

Gelombang dan aura kelahiran nabi Muhammad SAW turut meruntuhkan singgasana atau kawasan binaan Anu Syarwan, Maharaja Parsi yang begitu teguh dan indah. Keruntuhan binaan tersebut bukanlah kerana struktur yang tidak kukuh atau berlakunya bencana, tetapi Allah SWT hendak menzahirkan tanda-tanda kelahiran baginda di muka bumi (al-Halabi, hlm 105).

Terpadamnya Api Sembahan Parsi 

Sebelum lahirnya nabi Muhammad SAW, terdapat satu agama yang dikenali sebagai Majusi. Agama ini menyembah berhala dan objek seperti api dan matahari yang dianggap sebagai tuhan.

Pada malam keputeraan Baginda SAW dengan izin Allah SWT, semua api yang disembah oleh agama tersebut di rumah ibadat Negara Parsi terpadam. Walhal api sembahan berkenaan dijaga rapi dan tidak pernah terpadam atau malap. (1999, Terjemahan Barzanji Lengkap, Pustaka Ilmu: Batu Caves, Selangor).

Limpahan Tasik Sawah 

Pada malam yang sama, Tasik Sawah yang terletak di antara Hamazan Dan Qum, Iran yang kering sebelumnya, telah berair dan melimpah keluar menyusuri bahagian hulu sehingga ke padang pasir berhampiran.

Kemarau yang melanda kawasan itu serta merta berakhir dek limpahan air tasik, menyebabkan rumput yang kering juga bertukar hijau.

Terbitnya Bintang Di Langit 

Di malam kelahiran Nabi Muhammad SAW, muncul dan terbit satu bintang sebagai tanda baginda merupakan Rasul akhir zaman yang ditunggu-tunggu. Seperti yang dikatakan oleh Hassan bin Tsabit dalam Ibn Hisyam: 

“Demi Allah SWT ketika aku berumur antara tujuh atau lapan tahun aku mengingati apa yang aku dengar. Ketika aku mendengar seorang pendita Yahudi melaungkan suaranya di suatu tempat yang tinggi di Madinah: 

“Wahai semua Yahudi! Apakah semua ini? Telah muncul semalam bintang Ahmad (nama panggilan untuk baginda yang diberi oleh kaum Yahudi) yang menunjukkan bahawa dia telah dilahirkan.” (Ibn Hisyam, 1998, al-Sirah al Nabawiyyah, Dar al-Fikr: Beirut, jld 1, hlm 135) 

Menurut Imam Ibn Katsir, dia menyifatkan bahawa bintang merah yang terbit di sudut langit merupakan satu tanda yang khusus terhadap kelahiran seorang Nabi yang terakhir. (Ibn Katsir, 1993, al-Bidayah Wa al-Nihayah, Dar al-Ihya Turath al-Arabi: Beirut, jld 2, hlm 327) 

Iblis Meraung Dan Meratap

Masih merujuk kepada Imam Ibn Katsir, kelahiran Nabi Allah ini telah menyebabkan Iblis Laknatullah meraung dan meratap. 

Selain ketika dilaknat Allah SWT dan diusir dari syurga, ini adalah kali kedua Iblis berbuat demikian, sebelum dia sekali lagi meratap apabila Allah SWT menurunkan surah Al Fatihah, selepas 12 tahun Rasulullah SAW memperjuangkan syiar Islam di Makkah.

Inilah enam fenomena yang berlaku ketika lahirnya nabi Muhammad SAW dengan izin Allah SWT. 

Ketahui dan fahamilah kejadian yang berlaku ini untuk kita mengakui kewujudan Rasulullah SAW sebagai Pesuruh Allah SWT. - Getaran, 30 September 2023

Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM