web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


EMFACE Rawatan Anti Penuaan Tanpa Jarum, Tidak Menyakitkan

Rawatan menggunakan gabungan Teknologi Synchronized RF dan tenaga HIFES untuk membaikpulih sel otot sambil turut memberikan penaikkan muka (facial lift), tanpa sebarang masa rehat.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 6:12PM

EMFACE adalah rawatan bukan invasif pertama dan satu-satunya yang menggunakan frekuensi radio (RF) dan tenaga high-intensity facial electromagnetic stimulation (HIFES). - Gambar BTL Aesthetics

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beauty is pain! Untuk memiliki kecantikan idaman, ramai wanita yang sanggup menahan sakit. Namun, seiring peredaran masa, kata-kata ini mungkin tidak relevan untuk sesetengah rawatan kecantikan, contohnya rawatan anti penuaan. 

Kemajuan teknologi membolehkan banyak prosedur rawatan kecantikan tidak perlu lagi melalui proses menyakitkan, tetapi hasilnya luar biasa. Terbaharu, BTL Aesthetics, pengeluar peralatan estetik terkemuka di seluruh dunia baru-baru ini mengumumkan pelancaran rawatan revolusionernya, EMFACE ke pasaran Malaysia. 

Dr Ting Song Lim - Gambar BTL Aesthetics
Dr Ting Song Lim - Gambar BTL Aesthetics

Pada majlis  pelancaran itu menyaksikan kehadiran pemimpin industri yang dihormati dan pakar dalam bidang estetik, kesihatan, dan kecantikan, Dr Ting Song Lim dan Dr Nurul Ain Abdullah berkongsi tentang keistimewaan dan manfaat rawatan ini. 

EMFACE adalah rawatan bukan invasif pertama dan satu-satunya yang menggunakan frekuensi radio (RF) dan tenaga high-intensity facial electromagnetic stimulation (HIFES) untuk mengurangkan kedutan wajah dan meningkatkan ketumpatan otot dengan berkesan.

Dr Nurul Ain Abdullah - Gambar BTL Aesthetics
Dr Nurul Ain Abdullah - Gambar BTL Aesthetics

Dengan Teknologi Synchronized RF, EMFACE secara berkesan membentuk semula kolagen dan melicinkan kulit dengan merangsang dermis dan meningkatkan tahap kolagen dan elastin di kawasan utama seperti dahi, kening, pipi dan garis rahang. 

Bukan itu sahaja, EMFACE juga mempunyai ciri serentak teknologi HIFES, yang memulihkan dan meningkatkan sokongan tisu muka untuk pengurangan kedutan yang dipertingkatkan dan kesan menegangkan muka secara keseluruhan. 

Pengurus Negara BTL Aesthetics, Rebecca Arthur, berkata, “Misi kami adalah untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan penyelesaian yang tidak invasif, tidak menyakitkan dan bebas kerumitan untuk kebimbangan estetik mereka.”

Mesin ENUS100 - Gambar BTL Aesthetics
Mesin ENUS100 - Gambar BTL Aesthetics

“Dengan EMFACE, kami berbangga untuk memperkenalkan rawatan revolusioner yang menghargai struktur semula jadi kulit dan menawarkan pendekatan yang benar-benar inovatif untuk mengangkat wajah dan mengurangkan kedutan.”

“Tidak keterlaluan juga jika dikatakan ia adalah teknologi yang mampu merapatkan jurang antara golongan milenial dan boomer, memberikan penyelesaian yang selamat dan berkesan.” 

Dengan lebih sembilan kajian dan lebih daripada 700 rawatan, EMFACE telah terbukti sebagai penyelesaian yang boleh dipercayai untuk mengurangkan kedutan, meningkatkan otot, dan memberikan pencerahan wajah. 

EMFACE Applicator menggunakan teknologi HIFES - Gambar BTL Aesthetics
EMFACE Applicator menggunakan teknologi HIFES - Gambar BTL Aesthetics

Kajian juga menunjukkan bahawa hanya selepas empat sesi rawatan yang mengambil masa 20 minit, pelanggan akan mengalami secara purata 37 peratus pengurangan kedutan, 23 peratus wajah lebih anjal  dan 30 peratus peningkatan otot.

Sejak penubuhannya pada tahun 1993, BTL Aesthetics telah komited untuk membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan portfolio komprehensif peralatan estetik bukan invasif di 70 negara di seluruh dunia. 

Merupakan perintis industri estetik, BTL Aesthetics mempunyai tumpuan yang kuat untuk menyampaikan penyelesaian termaju dan inovatif untuk membentuk badan, pengurangan selulit, menegangkan kulit dan rawatan estetik yang lain. - Getaran, 24 Jun 2023 

Maklumat lanjut tentang BTL Aesthetics boleh didapati di sini.

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini