Berita Terkini

24 minit yang lalu: Kerajaan cadang tambah kamera awas 24 minit yang lalu: Pasukan SAR temui mayat kanak-kanak berusia 8 tahun di Sungai Bernam 1 jam yang lalu: Mahkamah Tinggi PBB akan dengar kes Ukraine terhadap pencerobohan Rusia 1 jam yang lalu: SEDA Malaysia lantik Ahmad Zairin Ismail sebagai pengerusi baharu 1 jam yang lalu: Hormati titah Agong, jangan jadikan Islam polemik politik - Mufti P. Pinang

IKUTI KAMI


Bergelut Dengan Vitiligo, Nadirah Zakariya Jadikannya Inspirasi Untuk Pameran Solo Terbesar 

Pameran yang bertempat di di temu house art space, Petaling Jaya ini akan menampilkan hampir 40 kerja seni Nadirah yang paling jujur pernah dihasilkannya. 

TARA Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 8:00PM

‘Feeling Feelings Makes Me, Me’ (FFMMM) merupakan pameran seni Nadirah yang ketiga pernah dianjurkannya dengan menampilkan 40 hasl kerja seni. - Gambar ihsan JCPR

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Feeling Feelings Makes Me, Me’ atau boleh diterjemahkan secara langsung sebagai ‘Merasai Perasaan Menjadikan Aku, Aku’, merupakan sebuah pameran seni oleh Nadirah Zakariya.

Ia menampilkan hampir 40 kerja seninya seperti fotografi, kotak lampu atau lightbox, dan tayangan video, ‘Feeling Feelings Makes Me, Me’ (FFMMM) merupakan pameran seni Nadirah yang ketiga pernah dianjurkan, sekali gus turut melakar sejarah sebagai pameran solo Nadirah yang terbesar setakat ini. 

Ia membuka tabirnya pada hujung minggu ini, bermula semalam sehingga 28 Mei ini bertempat di temu house art space, Petaling Jaya.

Bagi yang tidak mengenali atau tertanya-tanya tentang personaliti seni ini, wanita berusia 39 tahun ini bukanlah calang-calang orangnya. 

Nadirah menjelaskan bahawa seni fotografi membuka peluang untuk dia memproses perasaannya. 
Nadirah menjelaskan bahawa seni fotografi membuka peluang untuk dia memproses perasaannya. 

Pamerannya yang pertama berjudul ‘Daughters Ago’ telah diadakan pada 2011 di bandaraya New York, kota terbesar di Amerika Syarikat di mana dia juga menerima ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Halus daripada universiti berprestij, Fashion Institute of Technology NYC. 

Nadirah kemudiannya pulang ke tanahair dan pada 2016, dia mempersembahkan pamerannya yang kedua dengan tajuk, ‘Girlhood’, di Kuala Lumpur. Pameran tersebut menerima sambutan hangat daripada peminat seni Malaysia dan antarabangsa justeru mengukir namanya sebagai salah seorang artis visual paling berpengaruh di Malaysia.

Dilahirkan pada tahun 1984 dan membesar di pelbagai negara seperti Malaysia, Jepun dan Amerika Syarikat, inspirasi kerja seni Nadirah banyak dipengaruhi oleh faktor zaman mudanya yang jarang tinggal lama di satu tempat. 

Pameran ini membuka tabirnya pada hujung minggu ini, bermula semalam sehingga 28 Mei ini bertempat di temu house art space, Petaling Jaya.
Pameran ini membuka tabirnya pada hujung minggu ini, bermula semalam sehingga 28 Mei ini bertempat di temu house art space, Petaling Jaya.

Tahun ini genap tujuh tahun sejak penganjuran pamerannya yang terakhir, dan sejak itu juga Nadirah bukan saja terus membina portfolio di bidang seni fotografi, malah cabang bidang seni yang lain terutamanya produksi video dan filem. 

Ketika ditanya tentang signifikasi pameran FFMMM kepadanya, Nadirah menjelaskan bahawa seni fotografi membuka peluang untuk dia memproses perasaannya.  

“Seni fotografi memberikan saya peluang untuk memproses perasaan saya. Pada saya, ia medium yang paling utama. Ia membenarkan saya untuk merasakan apa sahaja yang perlu saya rasakan, dan jika dilihat kepada hasil kerja saya, walaupun bersifat intiutif dan organik, ianya merupakan refleksi kepada proses yang saya lalui untuk menjiwai setiap perasaan itu”.

Nadirah memilih untuk menjadikan Vitiligo sebagai salah satu subjek fotografinya untuk menolong ramai menghidap Vitiligo melihat kecantikan di balik kekurangan.
Nadirah memilih untuk menjadikan Vitiligo sebagai salah satu subjek fotografinya untuk menolong ramai menghidap Vitiligo melihat kecantikan di balik kekurangan.

Tambahnya lagi, majoriti hasil kerjanya adalah jalinan satu perjalanan mencari diri dan menghargai segala yang dikurniakan seadanya, termasuklah kekurangan yang ada. Contoh yang paling jelas ialah apabila dia perlu menjalani hari demi hari dengan masalah Vitiligo yang menyebabkan kulit kehilangan pigmentasi warna sehingga menyebabkan kulit nampak bercapuk-capuk.

Nadirah secara berani memilih untuk menjadikan Vitiligo sebagai salah satu subjek fotografinya dan secara tidak langsung telah menolong ramai menghidap Vitiligo untuk melihat kecantikan di balik kekurangan.

Pameran ini amat penting buat Nadirah kerana ia menerokai beberapa fasa di dalam perjalanan penerimaan diri sendiri yang kadang kala begitu sukar untuk dilakukan jika tidak disokong dengan proses seni yang sudahpun sebati dalam jiwanya.

“Ianya bagaikan bernafas. Saya perlu lakukan semua ini kerana ia begitu penting untuk saya hidup sebagai diri saya dan bukan orang lain. Masa adalah musuh saya yang paling utama, namun saya perlu lakukan apa sahaja yang saya perlu lakukan untuk memberikan penghormatan yang sebaiknya kepada setiap peluang yang datang. Mungkin ini juga mengapa jarak bagi setiap pameran saya agak panjang, kerana persediaan itu mengambil masa yang sangat lama”, ujar Nadirah.

Pameran ini amat penting buat Nadirah kerana ia menerokai beberapa fasa di dalam perjalanan penerimaan diri sendiri yang kadang kala begitu sukar untuk dilakukan jika tidak disokong dengan proses seni yang sudahpun sebati dalam jiwanya.
Pameran ini amat penting buat Nadirah kerana ia menerokai beberapa fasa di dalam perjalanan penerimaan diri sendiri yang kadang kala begitu sukar untuk dilakukan jika tidak disokong dengan proses seni yang sudahpun sebati dalam jiwanya.

Bagi penganjuran FFMMM, Nadirah telah mengumpulkan pasukan yang dianggapnya terbaik bukan saja untuk memastikan agar estetik pameran memenuhi setiap aspek yang dirancangkan, malah mengambil berat aspek bisnes dalam seni yang seringkali dipandang mudah oleh para artis terutamanya grafik, seni halus dan visual seperti fotografi. 

Sharmin Parameswaran dari temu house art space diangkat sebagai penganjur bersama, dan Liza Ho dari The Back Room pula dilantik untuk menguruskan segala hal berkaitan penjualan hasil seni, di Malaysia dan luar negara. Manakala, rekaan pameran diserahkan kepada agensi R+. - Getaran, 7 Mei 2023 

Isu Pada

Aiswarya Rai: Aura Nandini Dan Women Empowerment

06 May 2023

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

TARA 1 hari yang lalu

Kasut Puma Edisi 'Dreams In  Colours' Lambang 3 Dekad Porsche Di Thailand

Puma dan Porsche telah mengadakan kerjasama untuk mengeluarkan kasut 'Dreams in Colours' edisi terhad dengan warna yang diinspirasikan daripada model Porsche 91...

oleh Izwan Ramlan

TARA 1 hari yang lalu

Puteh Rooftop Bar Melaka Lokasi Terbaharu Untuk Berhibur dan Menjamu Selera di Bandaraya Bersejarah

Menjanjikan pengalaman menggembirakan. Pengunjung boleh menjadikan lokasi ini sebagai tempat pertemuan dengan rakan-rakan sambil menjamu selera dan menikmati pe...

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Pentingkan Produk Pencuci Pakaian Untuk Keluarganya - Lisa Surihani Kini Jadi Duta Produk Sabun, Wakili Wanita Berhijab

oleh Rahayu MN