Berita Terkini

42 minit yang lalu: KPN jamin siasatan telus kes bunuh di Tawau 42 minit yang lalu: TMJ mungkin tawar jawatan CEO JDT FC, penasihat Orang Muda Johor kepada KJ 45 minit yang lalu: Mangsa banjir di Sabah, Johor menurun, Pahang kekal 45 minit yang lalu: Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin 45 minit yang lalu: Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 7:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Transporter

Sebuah filem aksi berkisahkan tentang seorang pemandu upahan professional bernama Frank (lakonan Jason Statham) yang cekap untuk disewa bagi menghantar penumpang atau barangan.

Frank menetapkan tiga peraturan semasa membuat rundingan dengan pelanggan iaitu Frank boleh apa-apa sahaja, tiada soalan ditanya dan harga bersesuaian serta bungkusan tidak boleh dibuka.

Suatu hari Frank mendapat tugasan untuk menghantar sebuah bungkusan daripada seorang pelangannya yang terlibat dalam pemerdagangan manusia. Bungkusan tersebut merupakan seorang wanita bernama Lai dan Frank telah melanggar peraturan dengan membuka bungkusan tersebut untuk memberi Lai minuman.

Keadaan menjadi rumit apabila sejurus sahaja bungkusan tersebut tiba di destinasi yang dituju, Frank telah diancam bunuh oleh pelanggannya sendiri dengan meletakkan bom di dalam keretanya.

Namun nasib menyelebahi Frank kerana bom tersebut meletup ketika dia tiada dalam kenderaan.

Frank kembali kepada lokasi pelanggannya itu untuk membalas dendam dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Lai dimana aktivit pemerdagangan manusia yang dijalankan oleh pelanggannya itu itu melibatkan saudara-maranya dari China.

Filem yang diarahkan Corey Yuen dan Louis Leterrier ini ditayangkan pada 2002 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. - Izwan Ramlan

The Lincoln Lawyer

Drama bersiri yang diadaptasi daripada novel The Brass Verdict, sekuel kepada novel The Lincoln Lawyer yang ditulis Michael Connely. Mula menemui penonton di platform Netflix bermula Mei lalu, drama undang-undang Amerika ini diilhamkan David E. Kelley dan dibangunkan oleh Ted Humphrey. 

Mengapa pula ia mesti ditonton? Selain bermula dengan penuh misteri, drama ini mempunyai tarikan yang kuat untuk kita tetap berada di hadapan skrin. Jika tidak beri perhatian, mungkin tertinggal fakta yang penting sehingga menyebabkan kita kurang faham dengan jalan cerita. 

Trevor Elliott adalah watak yang penuh dengan teka-teki. Sesekali penonton akan merasakan dia seorang yang cuba meloloskan diri daripada undang-undang. Pada waktu yang lain, penonton juga turut bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya.

The Lincoln Lawyer diterajui Manuel Garcia-Rulfo sebagai Mickey Haller, seorang peguam bela di Los Angeles. Ia turut dibintangi oleh Neve Campbell, Becki Newton, Jazz Raycole, Angus Sampson, dan Christopher Gorham.

Oleh kerana siri ini mendapat ulasan positif daripada pengkritik, pada Jun 2022, siri ini telah diperbaharui untuk musim kedua yang dilaporkan berdasarkan novel The Fifth Witness (buku keempat dalam siri buku The Lincoln Lawyer), dan ia dijangka menemui penonton pada 2023 nanti. – Rahayu MN 

‘Love Today’

Filem romantik komedi ini dipersembahkan oleh Netflix sempena dengan perayaan Krismas tahun ini dan kini ia sudah pun berada di dalam carta 10 filem teratas Netflix.

‘Love Today’ (2022) adalah filem Kollywood yang diarahkan dan dibintangi Pradeep Ranganathan serta Ivana, Sathyaraj, Yogi Babu dan Raadhika Sarathkumar.

Ia tentang sebuah kisah cinta dengan sentuhan kontemporari. Cinta pada zaman moden yang berbeza dengan kisah cinta klasik Romeo dan Juliet kerana penuh dengan kejutan serta kenyataan yang terkadang menyakitkan.

Filem ini berkisar mengenai tentang pasangan cinta Nikitha (Ivana) dan Uthaman (Pradeep) yang hidup dalam dunia yang mengandaikan diri mereka sebagai 'pasangan yang sempurna'. 

Kedua-duanya menganggap mereka tahu segala-galanya tentang satu sama lain, sehingga mereka menemui kebenaran.

Setelah kisah cinta selama setahun mereka diketahui keluarga Nikitha, percintaan bertukar yang tidak dijangka apabila bapa gadis itu (Sathyaraj) mencabar mereka untuk menukar telefon mereka untuk sehari. 

Hanya jika mereka masih mahu bersama selepas itu, dia akan membenarkan mereka untuk berkahwin.

Pelbagai insiden melucukan terjadi dalam tempoh penukaran telefon bimbit masing-masing sehingga mereka sedar bahawa terlalu banyak perkara yang tidak mereka ketahui antara satu sama lain. 

Malah, ada babak mencuit hati serta lucu sehingga tidak kering gusi dibuatnya. Walaupun jalan ceritanya cukup mudah diramal, namun masih ada kejutan yang dilakukan oleh penulis naskhah.

Secara keseluruhannya, ‘Love Today’ sebenarnya cuba menggambarkan tentang kelemahan hubungan kontemporari serta percintaan era terkini - Rubini Nagarajah.

Pretty Proofreader 

Bagi penggemar fesyen dan bekerja di majalah fesyen, anda harus dan wajib menonton siri romantik komedi Jepun ini.

Menjadi drama bersiri yang meraih rating tertinggi di Jepun, Pretty Proofreader yang mana tajuk asalnya dalam bahasa Jepun, Jimi ni Sugoi! Kōetsu Girl: Kouno Etsuko adalah sebuah drama bersiri yang diadaptasi daripada novel karya Ayako Miyagi. 

Diarahkan Toya Sato, Naoko Komuro dan Masahiro Mori, Pretty Proofreader mengisahkan tentang seorang gadis bernama Etsuko Kouno lakonan Satomi Ishihara yang bercita-cita untuk menjadi editor fesyen di sebuah majalah fesyen kegemarannya. 

Seorang yang ceria dan baik hati, Etsuko sendiri memang seorang yang gemar ‘melaram’ serta mengikuti perkembangan fesyen semasa. 

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya. Dia gagal memohon pekerjaan sebagai editor fesyen dan sebaliknya berjaya mendapat pekerjaan sebagai pembaca pruf. 

Etsuko sering melakukan kesilapan demi kesilapan dalam pekerjaan tersebut, namun pada waktu yang sama, ia turut membantunya untuk menjadi seorang pembaca pruf yang akhirnya sangat dipercayai. 

Drama bersiri yang ditonton boleh ditonton di Netflix ini turut dibintangi Masaki Suda, Tsubasa Honda dan Munetaka Aoki – Ellyna Ali 

Sorotan

1

Khairy Bakal CEO JDT? ‘Satu Pintu Ditutup…’

2

‘Ini Bukanlah Pengakhiran, Tetapi Permulaan Baharu’ – Hishammuddin

3

Stadium Perlu Beri Manfaat Kepada Komuniti, Bukan Hanya Untuk Bola Sepak

Disyorkan untuk anda

TARA 13 jam yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

TARA 21 jam yang lalu

Bengkel Kulinari Untuk Kanak-Kanak Menerusi Kempen #NiuYouNewFortune

Kanak-kanak dari Yayasan Sunbeams akan berpeluang menimba kemahiran kulinari dengan tunjuk ajar daripada barisan Cef dari Anchor Food Professionals.

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

TARA 16 jam yang lalu

AirAsia Bawa Terbang Naelofar, Jovian Mandagie, Perkenal Lebih Banyak Pilihan Menu Enak

AirAsia bakal menjalinkan kerjasama dengan jenama-jenama popular tempatan dan Asean bagi menambah rangkaian produk dalam penerbangan serta barangan bebas cukain...

oleh Rahayu MN

TARA 11 minit yang lalu

Elak Gajet, Kerap Buat Aktiviti Bersama Anak