Berita Terkini

14 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Taarana Bukan Sekadar Pusat Pendidikan Khas

Pelajar istimewa perlu diberi pendidikan sewajarnya bagi meningkatkan keyakinan serta potensi yang ada dalam diri mereka untuk berjaya seperti pelajar-pelajar yang lain.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 10:02AM

Pelajar dan tenaga kerja Taarana mengambil bahagian dalam sambutan pra Hari Natal dan hari keluarga.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekolah pendidikan khas bukan sekadar tempat pengajian bagi individu yang memerlukan perkhidmatan didikan secara khusus. Ia merupakan sekolah untuk membentuk anak-anak istimewa dalam mempelajari cara bagi menjalani kehidupan pada masa akan datang

Pelajar seperti ini juga memerlukan tenaga pengajar yang mempunyai kemahiran, pengkhususan dan memerlukan semangat serta minat yang kuat dalam mendidik. Seperti sedia maklum, pelajar istimewa tentunya mempunyai pelbagai ragam dan tidak sama seperti pelajar normal.

Baru-baru ini, Pusat Pendidikan Khas Sinaran (Taarana), Petaling Jaya telah mengadakan sambutan pra Hari Natal dan hari keluarga bagi menghargai serta memberikan kenangan indah buat pelajar khas ini sepanjang perkembangan prestasi mereka di sekolah.

Penulis turut mengagumi sekolah ini kerana Taarana bukan sahaja memberikan penyampaian akademik dengan baik, malah pendidikan dari segi pertuturan dan terapi tingkah laku yang disampaikan oleh guru-guru kepada pelajar-pelajar juga sangat tersusun.

Acara ini memperlihatkan bahawa anak-anak istimewa perlu diberi pendidikan sewajarnya bagi meningkatkan keyakinan serta potensi yang ada dalam diri mereka untuk berjaya seperti pelajar-pelajar yang lain.

Dr Sunitha Sivakumaran
Dr Sunitha Sivakumaran

Pengetua Taraana, Dr Sunitha Sivakumaran berkata, menghantar pelajar yang memiliki keadaan istimewa ini sama sekali tidak akan menjamin kepulihan seperti orang normal. Namun,  keadaan pelajar itu boleh dilatih untuk menjalani kehidupan yang hampir sama seperti orang lain.

“Ia adalah satu keadaan, bukan penyakit, anda tidak boleh menyembuhkan keadaan namun mereka boleh dilatih untuk menjalani kehidupan yang hampir normal seperti kanak-kanak lain.

“Itulah sebabnya di sini tiada sebarang  kurikulum yang tetap, sebaliknya kita terapkan modul pelan pendidikan berunding,” katanya kepada Getaran.

Tambahnya lagi, kurikulum yang disampaikan di sekolah ini berlandaskan kesesuaian dan tahap kefahaman serta berbeza mengikut pelajar.

“Kurikulum yang disampaikan berbeza berdasarkan tahap kefahaman pelajar, ada kanak-kanak disampaikan secara lisan dan ada yang bukan lisan. Kaedah pengajaran berbeza antara seorang kanak-kanak dengan yang lain,” jelasnya,

Dr Sunita turut menyatakan pentingnya peranan ibu bapa dalam mempraktikkan anak mereka di rumah terhadap pembelajaran yang diberikan oleh guru dan menekankan bahawa pusat pendidikan bukan seperti pusat jagaan kanak-kanak.

“Taarana bukan pusat jagaan harian, ia adalah sekolah. Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak mereka untuk tidak melakukan apa-apa di rumah. Maka anda perlu melakukan sesuatu, jika tidak mereka akan lupa terhadap apa yang telah dipelajari.

“Kanak-kanak mempunyai berkebolehan berbeza. Konsistensi mesti ada untuk anak-anak maju. Menghantar anak ke sekolah 7.30 pagi dan menjemput mereka pada 2.30 petang tidak akan menghasilkan apa-apa. Sekolah ini bukan ‘magic’, anda perlu berusaha bersama mereka,” katanya.

Berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan memperkasakan golongan orang kurang upaya (OKU), Dr Sunita berharap agar bantuan dari segi kelengkapan infrastruktur dan tenaga pengajar dalam dipertingkatkan lagi.

“Apakah perkara yang mereka (kerajaan) harus lihat adalah untuk memastikan sekolah dilengkapi dengan infrastruktur dengan baik. Ia penting untuk kami mempunyai kemudahan yang sesuai ketika mengajar.

“Penyediaan guru yang betul juga perlu diteliti kerana tidak semua orang boleh mengajar kanak-kanak seperti ini. Tidak banyak institusi mempunyai ijazah dalam pendidikan khas. Ia adalah satu bidang perlu ditekankan,” ujarnya.

Oleh itu, pemerkasaan golongan OKU seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri di bawah Kerajaan Perpaduan dapat melihat dan meneliti dari sudut pendidikan di tahap persekolahan. Ini bagi memastikan pelajar istimewa ini dapat peluang dalam perkembangan seterusnya dalam dunia pekerjaan. - Getaran, 10 Disember  2022

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan