Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Inilah 5 Perkara Wajib Yang Perlu Dilakukan Ketika Perayaan Deepavali

Sebut sahaja Deepavali, pasti ramai ingat perkataan ‘muruku’ yang sangat sinonim dengan perayaan ini, namun terdapat banyak perkara yang ramai tidak tahu mengenainya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 9:12PM

Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Deepavali merupakan antara salah satu festival yang dinanti-nantikan oleh masyarakat di negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum ini.

Jalinan keharmonian antara masyarakat menyebabkan penduduk di Malaysia sentiasa hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa dan etnik.

Ini lebih terserlah di musim perayaan kerana setiap bangsa dan agama mempunyai perayaan masing-masing. 

Sebut sahaja Deepavali, pasti ramai ingat perkataan ‘muruku’ atau tosai yang sangat sinonim dengan perayaan ini, namun terdapat banyak perkara yang ramai tidak tahu mengenainya.

Jadi, kepada yang tidak berapa kenal dengan rutin sambutan ‘Pesta Cahaya’ yang disambut kaum India di seluruh negara ini, Getaran senaraikan perkara yang wajib untuk anda ketahui!

Sembahyang untuk nenek moyang 

Upacara sembahyang kecil tersebut akan dilaksanakan di rumah masing-masing dan dilakukan dalam kalangan keluarga terdekat sahaja.
Upacara sembahyang kecil tersebut akan dilaksanakan di rumah masing-masing dan dilakukan dalam kalangan keluarga terdekat sahaja.

Secara umumnya, masyarakat Malaysia kini sememangnya sedikit sebanyak sudah mengerti mengenai setiap perayaan setiap kaum. Namun salah satu adat yang masih tidak begitu diketahui berkenaan perayaan Deepavali ini adalah upacara sembahyang pada malam sebelum hari  Deepavali.

Upacara sembahyang kecil tersebut akan dilaksanakan di rumah masing-masing dan dilakukan dalam kalangan keluarga terdekat sahaja. 

Upacara ini dilakukan untuk memperingati datuk, nenek dan moyang yang telah meninggal dunia. Mereka akan menyediakan pelbagai jenis berbentuk sayur-sayuran serta dihidangkan  di hadapan gambar-gambar ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Upacara sembahyang wajib dilakukan setiap tahun bagi memperingati ahli keluarga yang telah meninggalkan mereka. 

Mandi minyak

Selesai upacara mandi minyak, lazimnya, kebanyakan penganut Hindu akan ke kuil untuk melaksanakan upacara sembahyang secara biasa.
Selesai upacara mandi minyak, lazimnya, kebanyakan penganut Hindu akan ke kuil untuk melaksanakan upacara sembahyang secara biasa.

Salah satu perkara paling penting yang wajib dilakukan pada pagi Deepavali adalah dengan melakukan mandi minyak ini. Secara tradisinya, Deepavali lazimnya dimulakan dengan upacara mandi minyak sebelum matahari terbit. 

Adat mandi minyak menggunakan minyak bijan bermula dengan ahli keluarga paling tertua yang akan menyapu minyak tersebut ke atas kepala setiap ahli keluarga.

Upacara mandi minyak bijan ini adalah satu kepercayaan yang disamakan dengan upacara mandi suci di Sungai Gangga yang bertujuan untuk membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki.

Selesai upacara tersebut, lazimnya, kebanyakan penganut Hindu akan ke kuil untuk melaksanakan upacara sembahyang secara biasa dan ada juga di kalangan mereka yang bersembahyang di rumah masing-masing.

Kolam dan pelita

Kolam dihasilkan hanya menggunakan tepung beras, kapur, serbuk kapur, serbuk batu atau serbuk berwarna semulajadi atau sintetik.
Kolam dihasilkan hanya menggunakan tepung beras, kapur, serbuk kapur, serbuk batu atau serbuk berwarna semulajadi atau sintetik.

Hiasan kolam ini merupakan antara hiasan lazim setiap kali menjelangnya perayaan Deepavali bagi penganut agama Hindu. 

Namun, istimewanya ketika Deepavali adalah hiasan kolam ini akan digabungkan dengan lampu pelita (vilakku) sebagai hiasan utama di depan pintu.

Kolam dihasilkan hanya menggunakan tepung beras, kapur, serbuk kapur, serbuk batu atau serbuk berwarna semulajadi atau sintetik. 

Sebab utama hiasan kolam dihasilkan ialah untuk menarik kehadiran serangga dan burung di sekitar rumah. Agama Hindu menggalakkan penganutnya untuk memberi makanan kepada haiwan, jadi apabila kolam dibuat menggunakan tepung beras atau beras berwarna, ia merupakan sumber makanan untuk haiwan dan serangga tersebut. 

Selain itu, pelita adalah simbolik bagi penganut Hindu yang melambangkan cahaya. Perkataan Deepavali itu sendiri bermaksud, ‘pesta cahaya,’. Jadi, tiada maknanya sambutan Deepavali tanpa pelita ini. 

Malah menurut tradisi zaman dahulu, lebih baik jika peliti itu dibiarkan hingga tengah malam selepas perayaan hari pertama Deepavali supaya, hari tersebut masih diselubungi dengan cahaya walaupun malam sudah  larut.

Manisan

Penganut Hindu membeli biskut untuk persiapan menyambut Deepavali.
Penganut Hindu membeli biskut untuk persiapan menyambut Deepavali.

Tidak meriah sebuah perayaan kalau tidak dihidang dengan aneka hidangan yang enak-enak bukan? Begitu juga dengan perayaan Deepavali yang memangnya terkenal dengan pelbagai juadah.

Namun, terdapat beberapa makanan seperti muruku dan manisan seperti laadu dan nei urundai (ghee ball).

Ia susulan atas kepercayaan nenek moyang yang akan menyambut  setiap perkhabaran  baik dengan manisan. Jadi, pesta cahaya ini turut tidak ketinggalan disambut dengan  ‘manisannya’.

Restu daripada ibu bapa 

Restu dan reda ibu bapa dalam kehidupan sangat penting kerana ia sebagai punca untuk mendapatkan keredaan Tuhan. 
Restu dan reda ibu bapa dalam kehidupan sangat penting kerana ia sebagai punca untuk mendapatkan keredaan Tuhan. 

Ibu bapa merupakan individu yang dijadikan Tuhan sebagai penyebab kewujudan setiap manusia di dunia ini. Mereka telah menabur banyak kebaikan dan bakti yang tidak terhitung kepada anak-anak termasuk mendidik dan membesarkan kita hingga dewasa.

Ibu bapa sanggup bersusah payah dan mengorbankan diri sendiri demi kebaikan anak-anak. Oleh sebab itu, Tuhan memerintahkan kepada setiap hambanya agar wajib berbuat baik terhadap kedua ibu bapa.

Oleh itu, restu dan reda ibu bapa dalam kehidupan seseorang itu sangat penting kerana ia sebagai punca untuk mendapatkan keredaan Tuhan. 

Restu mereka juga sangat penting pada hari perayaan seperti Deepavali ini. Jadi, meminta restu daripada mereka, pada  hari yang mulia ini turut dianggap sebagai perkara yang wajib dilaksanakan. – Getaran, 23 Oktober 2022


 

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi