web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pempengaruh Chessie, Dedah Tempat Pelancongan Tersembunyi Jepun Dalam Kempen ‘Beyond #MissingJapan’

Menariknya, kempen ‘Beyond #MissingJapan’ ini diilhamkan hasil luahan orang ramai di media sosial.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 2:06PM

Pempengaruh di Malaysia, Cheesie dalam video kempen ‘Beyond #MissingJapan’ ANA, menunjukkan tapak bersejarah bandar Greater Tokyo yang kurang dikenali. - Gambar dari W Communictions

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Japan National Tourism Organization (JNTO) dan All  Nippon Airways (ANA), syarikat penerbangan terbesar di Jepun melancarkan kempen ‘Beyond #MissingJapan’ ekoran pembukaan semula pintu sempadan negara itu kepada pelancong antarabangsa.

Kempen ‘Beyond #MissingJapan’ mendedahkan beberapa tempat pelancongan tersembunyi yang patut dikunjungi  pelawat kali pertama ataupun pelawat yang sudah biasa melawat Jepun. 

Perkongsian ini dilakukan melalui lensa tujuh selebriti media sosial termasuk model dan pempengaruh di Malaysia, Cheesie yang terkenal dengan panggilan ‘original Harajuku Girl of Asia’ kerana telah meneroka kesemua 47 tempat pelancongan ternama di Jepun.

Di dalam video berkenaan, Cheesie dibawa ke bandar raya Tokyo, di mana beliau berkongsi dengan penonton tentang beberapa mercu tanda utama yang pastinya tersenarai dalam itinerari mana-mana pelancong ke Jepun.

Di Don Quijote, Cheesie mengembara di lorong-lorong kedai yang berliku-liku yang menunjukkan pengalaman membeli-belah yang menakjubkan.

Cheesie juga membawa penonton bersama-sama menikmati semangkuk ramen di Naritaya yang mempunyai sijil Halal supaya pelancong Muslim boleh menikmati makanan popular masyarakat Jepun itu. 

Cheesie menikmati semangkuk ramen di Naritaya yang mempunyai sijil Halal.
Cheesie menikmati semangkuk ramen di Naritaya yang mempunyai sijil Halal.

Penonton juga dapat lihat Cheesie mengembara tempat-tempat menarik di Jepun seperti bandar Tokorozawa Sakura yang mempamerkan komplek kebudayaan seni dan galeri muzium, perpustakaan, dan Sanagi Shinjuku yang mempamerkan makanan unik Jepun yang dinikmati di dalam suasana pesta dan perayaan. 

Tarikan utama di Jepun juga boleh dilihat menerusi video 360 darjah yang menawarkan pengalaman yang lebih imersif dan teratur bagi membolehkan penonton membayangkan diri mereka di destinasi pengembaraan dan menjangkakan pengalaman sebenar aktiviti-aktiviti. 

Selain The Greater Tokyo, kempen ‘Beyond#MissingJapan’ juga mempamerkan mercu tanda dan tarikan lain yang kurang dikenali seperti Kanazawa dan Fuji Five Lakes melalui enam orang personaliti media sosial di Hong Kong, Taiwan, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Ilham Kempen Media Sosial 

Kempen tersebut diilhamkan daripada luahan orang ramai di media sosial yang merindui Jepun akibat pandemik dan juga semangat kuat anak kapal ANA yang tidak sabar mengalu-alukan pelawat ke Jepun. 

Tujuan kempen ini adalah sebagai rangsangan dan menyalurkan informasi terkini kepada mereka yang ingin melawat negara matahari terbit itu. Kempen ini juga dirangka untuk memberi tip perjalanan yang sangat membantu ketika pelancong membuat persediaan dalam perancangan percutian mereka. 

Cheesie terkenal dengan panggilan ‘original Harajuku Girl of Asia’ kerana telah meneroka kesemua 47 tempat pelancongan ternama di Jepun.
Cheesie terkenal dengan panggilan ‘original Harajuku Girl of Asia’ kerana telah meneroka kesemua 47 tempat pelancongan ternama di Jepun.

Walaupun peraturan perjalanan antarabangsa sentiasa berubah dan terdapat pelbagai varian baru COVID-19, permintaan untuk melancong di kalangan warga Malaysia bagi tahun akan datang masih tinggi. 

Jadi, kempen ini sudah tentu menjadi berita baik yang ditunggu-tunggu, terutama kepada mereka yang gemar mengembara ke Jepun selepas keperluan visa jangka pendek bagi warganegara Malaysia dimansuhkan sejak Julai 2013.

Menurut tinjauan Statista yang dijalankan pada 2019, aktiviti pelancongan utama oleh pelancong Malaysia adalah menikmati makanan Jepun, membeli-belah, menikmati keindahan alam serta melawat tarikan menarik . 

Timbalan Presiden Pemasaran dan Jualan Bahagian Asia & Oceania ANA, Isao Ono berkata, pihaknya percaya kempen yang dilancarkan ini akan memberi peluang kepada mereka yang merindui Jepun untuk mengenal semula Jepun.

“Saya percaya kempen ‘Beyond #MissingJapan’ akan memberi peluang kepada mereka yang merindui Jepun untuk mengenal semula Jepun melalui beberapa siri rakaman video yang memaparkan personaliti terkenal Asia dan memberikan gambaran 360 darjah ‘first-person’ semasa mendarat di Jepun.”

“Di ANA, kami mempunyai komitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik di dalam suasana yang selamat dan bersih kepada semua penumpang. Kami tidak sabar untuk menjemput lebih ramai pelancong ke Jepun pada masa terdekat,” ujar beliau.  - Getaran, 23 Oktober 2022

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh