web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia-Arab Saudi Bakal Pamer Keunikan Seni Tekstil 2 Negara Menerusi Pertunjukan Fesyen

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 4:35PM

Seorang wanita berjalan melintasi baner Minggu Fesyen Arab di Riyadh pada 2018. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi bersetuju menganjurkan Pertunjukan Fesyen Malaysia-Arab Saudi di Kuala Lumpur yang akan memberi fokus dalam mempromosikan keunikan seni tekstil kedua-dua negara.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan perkara itu dicapai menerusi mesyuarat dua hala antara menterinya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kebudayaan Arab Saudi Putera Badr Abdullah.

“Selain itu, antara perkara yang dibincangkan termasuk kerjasama kebudayaan khususnya dalam bidang pemuziuman antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia pada tahun depan,” menurut kenyataan itu.

Nancy telah mewakili kerajaan Malaysia ke Persidangan Dunia UNESCO mengenai Dasar Kebudayaan dan Pembangunan Lestari (MONDIACULT 2022) yang diadakan di Mexico City, Mexico pada 28 hingga 30 Sept.

MOTAC dalam kenyataan sama memaklumkan Nancy menyampaikan kenyataan negara yang bertemakan ‘Renewed and Strengthened Cultural Policies’ dalam persidangan itu.

Melalui kenyataan negara tersebut, beliau telah berkongsi inisiatif negara dalam membangunkan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) sebagai sumber rujukan membentuk masyarakat Malaysia yang berbudaya ke arah menjadi sebuah negara maju.

“Beliau turut mengutarakan perencanaan Malaysia dalam hala tuju sektor kebudayaan melalui transformasi pendigitalan dan pelaburan khusus berpaksikan pemeliharaan, pemuliharaan serta pengembangan industri seni, budaya dan kreatif,” menurut kenyataan itu.

Sebagai wakil Malaysia yang merupakan anggota Jawatankuasa Antara Kerajaan Untuk Melindungi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara untuk sesi 2022-2026, Nancy turut mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Menteri Kebudayaan Guatamala Mario Roberto Maldonado Samayoa.

Antara perkara yang dikongsikan dalam pertemuan tersebut adalah pengalaman mengenai pencalonan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (WTK) di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO. - Bernama

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari