web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebihan Songket Dijadikan Pelbagai Aksesori, Elak Pembaziran

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 6:00PM

Bagi mengelak pembaziran, syarikat ini turut menghasilkan tiga produk aksesori iaitu pelitup muka, tali rantai kunci dan lanyard menggunakan kain lebihan tekstil berkenaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kreatif, itu adalah ungkapan terbaik buat inisiatif yang diilhamkan usahawan muda Nazkids Enterprise yang menghasilkan pelbagai aksesori menggunakan lebihan kain songket dalam usaha untuk mengelakkan pembaziran. 

Beroperasi sejak 2015, Nazkids Enterprise yang bertapak di Bandar Darulaman, Jitra adalah sebuah perusahaan menghasilkan baju eksklusif tradisional untuk bayi dan kanak-kanak seperti baju Melayu, lain samping dan tengkolok daripada songket.

Khairunnisa Ahmad Zamri - Gambar Bernama
Khairunnisa Ahmad Zamri - Gambar Bernama

Pengasas bersama Nazkids Enterprise Khairunnisa Ahmad Zamri, 36, berkata bagi mengelak pembaziran tekstil berharga ini, syarikatnya turut menghasilkan tiga produk aksesori iaitu pelitup muka, tali rantai kunci dan lanyard menggunakan kain lebihan tekstil berkenaan.

“Penghasilan pakaian bayi dan kanak-kanak tidak memerlukan kain songket yang banyak kerana saiz yang kecil, jadi memang akan ada banyak lebihan kain dan sebelum ini, kami buang begitu sahaja.

“...Jadi dari situ datangnya idea untuk menghasilkan tiga aksesori berkenaan dan kami berjaya mengurangkan kadar pembaziran sehingga 90 peratus,” katanya ketika ditemui sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah di Stadium Darul Aman di sini hari ini.

Beliau berkata aksesori pelitup muka songket mula dihasilkan syarikat pada penghujung 2020 kerana pada masa itu terdapat banyak permintaan daripada bakal pengantin yang mahukan pelitup muka yang cantik untuk digayakan bersama busana pengantin mereka.

Antara rekaan pelitup muka hasil lebihan kain songket. - Gambar Bernama
Antara rekaan pelitup muka hasil lebihan kain songket. - Gambar Bernama

“Daripada menghasilkan pelitup muka, kami terfikir sekiranya selepas ini penggunaannya tidak lagi diwajibkan, maka timbul persoalan apakah produk lain yang boleh dihasilkan dengan lebihan kain songket berkenaan?. Maka terhasil lah tali rantai kunci dan lanyard songket,” katanya menambah harga produk berkenaan dijual antara RM6 hingga RM19.

Bercerita lanjut, Khairunnisa berkata dalam tempoh sejam syarikatnya dapat menghasilkan 10 helai pelitup muka, 10 hingga 15 unit lanyard serta 20 tali rantai kunci dengan dibantu 10 pekerja di kedai dua tingkat terletak di pekan Jitra.

Menariknya, Khairunnisa berkata aksesori yang dihasilkan itu juga adalah eksklusif kerana corak songket adalah berbeza dan mungkin hanya lima pembeli akan mendapat corak yang hampir sama.

Gambar ihsan Bernama
Gambar ihsan Bernama

“Memang ada yang menghasilkan aksesori seperti ini tetapi mereka menggunakan corak cetakan songket dan bukannya kain songket sebenar. Jadi, pelanggan terkejut kerana mengakui susah untuk mendapatkan produk seperti ini, malah ia juga mudah dibasuh dengan cara dibilas dengan air sabun,” katanya.

Menurutnya, syarikat juga berhasrat menghasilkan produk batu seremban, sejenis permainan tradisional yang diperbuat daripada kain songket untuk dijadikan cenderamata.

Jelajah AKM Negeri Kedah yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat berakhir hari ini dan ia adalah edisi kesembilan selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor. - Bernama

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Ibu Tunggal Didakwa Di Mahkamah 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Tong Helium Meletup Di Ekspo - Lebih Ramai Dijangka Ditahan - Polis

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh