Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


9 Sikap Majikan Cemerlang Yang Boleh Diamalkan

Sikap pemimpin yang baik dan cemerlang perlu dipupuk bagi memberikan motivasi serta produktiviti pekerja bawahan untuk menjalankan tanggungjawab. Ketahui sembilan sikap majikan cemerlang yang boleh contohi di tempat kerja anda.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 6:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keperibadian dan sikap cemerlang majikan dalam memimpin amat penting untuk mengendalikan pekerja bawahan terutamanya tugasan yang memerlukan kerjasama sebagai satu pasukan. Jalinan hubungan antara kedua-dua pihak perlu dicipta dan dipelihara dengan baik untuk mencapai sesebuah kejayaan.

Seorang pemimpin yang cemerlang seharusnya mengetahui cara untuk memupuk semangat dan sentiasa memberi motivasi kepada pekerja bawahan. Namun, ia bukan perkara yang mudah kerana majikan  berhadapan dengan makhluk ciptaan Allah yang mempunyai pelbagai emosi, kerenah dan perwatakan.

Jadi, segmen refleksi kali ini berkongsi sembilan sikap majikan cemerlang yang boleh contohi serta diamalkan.

Memahami Keadaan Pekerja

Tidak semestinya sebagai majikan anda perlu mengetahui secara terperinci tentang masalah atau urusan peribadi pekerja. Namun apabila mendapati mereka berada dalam tekanan atau masalah, ambil langkah untuk memahami keadaan dan emosi mereka.

Adakalanya pekerja tidak selesa untuk berkongsi segala perihal yang berlaku dalam hidup mereka. Tetapi majikan boleh memberikan nasihat yang secara umum atau mengajak mereka bersantai sebentar melakukan aktiviti ringan seperti makan, minum, bersembang dan seumpamanya.

Perkara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

Memberi Sokongan Dan Galakan Membina

Berikan kepercayaan seiring dengan bimbingan serta sokongan apabila pekerja sedang melaksanakan tugas terutamanya jika ia adalah tugasan baharu dan pertama kali lakukan mereka.

Tindakan ini dapat membangkitkan semangat dalam diri mereka untuk bekerja dengan sehabis baik. Jangan sesekali merendah-rendahkan kemampuan mereka sebelum, semasa atau selepas selesai melaksanakan tugas sebaliknya jika terdapat kesalahan yang dilakukan ajar dan perbaikinya serta elakkan daripada memarahinya.

Jadikan sifat Rasulullah SAW yang memuji para sahabatnya sehingga mereka menjadi begitu unggul dan terbaik semasa melaksanakan arahan Baginda.

Tidak Memilih Atau Berat Sebelah

Sebagai majikan, hendaklah bersikap adil dengan memberi perhatian kepada semua pekerja yang bertungkus lumus menaikkan nama syarikat atau organisasi. Ini amat penting untuk mengelakkan perasaan kurang selesa terjadi di kalangan pekerja yang lain atau dalam erti kata lain ‘pilih bulu’.

Menjadi Sebahagian Daripada Pasukan

Majikan sewajarnya meletakkan diri sebagai “a part of the team” dan tidak meninggi diri serta merasakan dirinya yang paling hebat semasa menjalankan tugas sehingga tidak mendengar pendapat pekerja yang lain. Ia akan menjejaskan gerak kerja kerana tiada kesefahaman yang utuh antara pasukan.

Adalah lebih baik untuk anda mengenali dan memahami sikap serta sifat pekerja masing-masing. Ia akan mendorong kejayaan yang cemerlang dalam operasi perkhidmatan, amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Mengurangkan Beban Dan Tekanan

Majikan yang bagus akan cuba sedaya upaya bertimbang rasa dalam menetapkan sesuatu keputusan yang dibuat dengan mengadakan perbincangan bersama. Namun penegasan harus ada juga supaya keprihatinan pekerja dapat diwujudkan.

Ini amat penting dalam melancarkan operasi perkhidmatan dengan cemerlang kerana sesebuah tekanan boleh merencat atau mencacatkan proses ketika bekerja seterusnya menemui kegagalan.

Memikirkan Penyelesaian, Bukan Hanya Pada Masalah

Majikan tidak boleh hanya pandai menuding jari atau lepas tangan kepada para pekerja jika berlaku masalah. Mereka perlu bijak mengawal keadaan dan emosi seterusnya mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang permasalahan yang timbul.

Jadikan diri anda sebagai inspirasi kepada orang bawahan supaya mereka sentiasa bersemangat mencari jalan penyelesaian. Ia akan menjadikan keseronokan dalam bekerja kerana ia dianggap selesai dan mencapai sasaran yang dimahukan.

Berterus-Terang Dengan Pekerja

Amalan berterus terang berkenaan keadaan sebenar yang dihadapi syarikat atau organisasi perlu dilakukan antara satu sama lain. Majikan perlu memulakan atau membuka ruang kepada kakitangan untuk berbicara berkenaan apa yang mereka rasakan.

Sebagai contoh berkenaan pemberian bonus, kelewatan pembayaran gaji dan seumpamanya. Jika tidak dilaksanakan, kesanya boleh menyebabkan pekerja hilang fokus dan kepercayaan terhadap majikan.

Oleh itu, anda perlulah menerangkan situasi sebenar dan jangan sesekali berselindung tentang hal seperti ini.

Mengadakan Mesyuarat

Kebaikan sesi mesyuarat diadakan adalah untuk menyelesaikan isu serta masalah dengan pantas. Mesyuarat yang baik perlu bersifat fokus dan tidak membuang masa dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Lihat dan cari kaedah penyelesaian dengan memilih pendapat yang terbaik serta relevan untuk dilaksanakan mengikut kadar kemampuan yang dimiliki oleh pekerja.

Jadikan Semua Orang Bertanggungjawab

Setiap orang perlu diberi kefahaman dan terma kerja yang terang dan jelas supaya masing-masing memahami tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Hal ini akan mencetuskan produktiviti semasa berkerja dan kesan yang diperolehi pastinya memberangsangkan.

Sifat kebertanggungjawaban merupakan hal yang terpenting apabila menggalas tugas dan amanah yang diberikan. masing-masing. Getaran, 3 September 2022.

Oleh itu, seperti firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).

(Surah al-Nisa’: 58)

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius