web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Unik, Penduduk Kampung Bukit Kechik Guna Mengkuang Hasilkan Jalur Gemilang

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 9:19AM

Penduduk kampung Bukit Kechik mempunyai cara tersendiri bagi menyambut dan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan apabila mencipta Jalur Gemilang sepanjang 35 meter menggunakan daun mengkuang yang mengambil masa selama hampir sebulan, dengan kos kira-kira RM1,000. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Penduduk Kampung Bukit Kechik di sini mempunyai cara tersendiri bagi menyambut dan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan apabila mencipta Jalur Gemilang sepanjang 35 meter menggunakan daun mengkuang.

Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Bukit Kechik, Mohd Nor Hassan, 62, berkata penduduk kampung itu bergotong-royong menganyam daun mengkuang sejak 28 Julai lepas.

Beliau berkata sambutan Hari Kebangsaan kali ini akan disambut secara lebih meriah berbanding ketika pandemik COVID-19 dan mereka inginkan kelainan agar lebih menarik.

"Bagi membuat Jalur Gemilang sebesar ini, penduduk bergotong-royong dengan pihak lelaki akan ke hutan mencari pokok mengkuang untuk diambil daunnya.

"Selepas dibuang duri kaum wanita pula akan melembutkan daun menggunakan bahan terbuang iaitu mesin getah sekerap sebelum dikeringkan seketika bagi memudahkan proses menganyam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Nor berkata kerjasama yang padu daripada penduduk kampung amat membanggakan, malah mereka sanggup bergilir-gilir melakukan kerja selain mencantikkan kampung dengan hiasan bendera di sekitar rumah dan kawasan kampung.

Beliau berkata kos untuk membuat Jalur Gemilang ini hanya kira-kira RM1,000 termasuk menyediakan makan minum kepada mereka yang terlibat dalam gotong-royong itu.

Menurutnya, sebelum pandemik COVID-19, penduduk kampung pernah mencipta Jalur Gemilang menggunakan buluh, hampas kelapa dan biji getah yang diperoleh di sekitar kampung tersebut.

"Jalur Gemilang daun mengkuang ini akan diarak pada 30 Ogos ini bermula dari jalan utama di kampung sebelum dipamerkan di Tadika Perpaduan dengan diiringi kanak-kanak yang berpakaian corak bendera.

"Sambutan juga akan dimeriahkan dengan nyanyian lagu Negaraku, persembahan dikir barat dan ceramah berkisar kemerdekaan pada ambang 31 Ogos," katanya. - Bernama

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari