web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Another Level!’ Kunto Aji Luar Biasa, Curi Hati Peminat Konsert Pertama Di Malaysia!

Kunto Aji bukan hanya seorang pemuzik, tetapi juga seorang tukang cerita yang baik.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 8:00PM

Ramai yang memuat naik komen positif dan mengakui terkesan dengan persembahan 17 buah lagu di 'Konsert Fabulous Friday: Mantra Mantra Live in KL' Jumaat lalu - Gambar ihsan Shiraz Projects

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kunto Aji memang another level.”

Demikian antara satu daripada ribuan komen yang ditulis peminat selepas mengunjungi konsert pertama artis terkenal Indonesia, Kunto Aji di Malaysia.

Ramai yang memuat naik komen positif dan mengakui terkesan dengan persembahan 17 buah lagu di Konsert Fabulous Friday: Mantra Mantra Live in KL bertempat di Dewan Filharmonik Petronas pada Jumaat. 

Penyanyi asal Yogyakarta yang selesa dipanggil Maskun oleh peminatnya membuka pentas dengan layar yang memaparkan tulisan ‘Mantra Mantra’  iaitu nama album fenomena yang diterbitkannya pada tahun 2018. 

Tulisan oren keemasan itu kemudian bertukar menjadi bendera Jalur Gemilang dan Sang Saka Merah Putih membuatkan penonton bersorak bingit teruja menyaksikan bagaimana muzik merapatkan dua buah negara.

Ada banyak elemen yang membuatkan konsert satu jam setengah itu begitu meninggalkan kesan yang mendalam. Boleh disimpulkan, Kunto Aji bukan hanya seorang pemuzik, tetapi juga seorang tukang cerita yang baik. 

Setiap karya yang dinyanyikan mengajak pendengar berdamai dengan ketentuan dan pulang kepada diri mereka sendiri. Tidak hairanlah jika ada penonton yang menangis semasa lagu-lagu itu dinyanyikan.

Selain muzik, mesej Mantra Mantra disokong dengan grafik di layar yang dihasilkan dengan sangat teliti. Kebanyakan artis hanya memainkan kembali video muzik mereka di skrin. Semestinya tidak ada yang salah tentang itu. 

Cuma berbeza untuk Kunto dan pasukannya, mereka dengan teliti memilih naratif, warna, tulisan dan perlambangan untuk menyingkap makna setiap lagu bermula dari lagu ‘Sulung’ sehingga ‘Rehat’.

Setiap muzik, nada yang dimainkan pula diiringi permainan lampu menjadikan nuansa konsert tersebut begitu eksklusif dan memukau lebih daripada 900 pengunjung yang hadir.

Banyak artis yang suaranya hanya sedap didengar dalam rakaman namun kecundang ketika persembahan langsung. Ternyata Kunto Aji tidak begitu. Vokalnya padu dan aura pentasnya begitu terasa.

Dia tidak mengah di tengah nyanyian sehingga ada peminat yang menurunkan komen berjenaka mungkin artis itu menelan kaset sehingga boleh mendapatkan suara sebagus itu.

Selesai konsert, Getaran berpeluang bertemu penyanyi itu di belakang pentas. Kunto mengakui bahawa pada awalnya dia tidak yakin bahawa akan ada peminat di Malaysia yang hadir ke konsert sulungnya. 

Selepas diberitahu penganjur iaitu Shiraz Projects tiket konsert yang mula dijual pada Julai lalu laku keras dalam masa setengah jam, Kunto terkejut.

“Saya sebenarnya tidak yakin kalau ada orang nak datang. Tapi ternyata tiket sold out. Saya berharap untuk kembali mengadakan konsert dengan persiapan yang lebih baik. 

“Malam ini saya sebenarnya sempat terkejut. Melihat energi penonton yang luar biasa sekali membuat saya hampir nangis. 

“Suara saya sempat tersekat kerana terkejut. Saya agak beremosi malam ini, ada banyak perkara yang saya lalui. Akhirnya ada sesuatu yang boleh dirayakan iaitu konsert malam ini,” katanya yang membuat persiapan konsert ini dalam masa sebulan sahaja. 

Dalam perkembangan lain, Breakthrough Artist of the Year di Indonesian Choice Awards 2015 itu sedang giat dalam usaha menyiapkan album terbarunya. Tahniah Kunto Aji! - Getaran, 21 Ogos 2022

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh