web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedap Dan Murah, D’Warees Resipi Kari Kepala Ikan Semakin Popular

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2021 8:55AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar kari kepala ikan yang tinggal di kawasan Shah Alam atau berhampiran, pasti tahu tentang  D’Warees Resipi Kari Kepala Ikan yang beroperasi di Batu 3, Shah Alam. 

Kelazatan dan keistimewaan hidangan kari mereka menjadi sebutan ramai kerana selain menyelerakan, ia dijual pada harga yang cukup kompetitif. Populariti yang diraih menyebabkan tempat ini sering sesak dengan pengunjung terutama pada waktu makan tengahari.

Justeru, bagi memastikan pelanggan dapat menjamu selera dengan selesa, pemilik D’Warees Resipi Kari Kepala Ikan, Ahmad Tarmizi Khalid dan isterinya Akmalzulaila Mohamed mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi baru yang beralamat di No 26, Jalan Opera A U2/A, Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam, Selangor. 

Ketika ditemui baru-baru ini, pasangan suami-isteri ini memberitahu mereka sebenarnya tidak menyangka perniagaan yang dimulakan pada tiga tahun lalu ini mendapat sambutan luar biasa. 

“Tak sangka hidangan kari kepala ikan di kedai kami mendapat sambutan yang luar biasa. Pelanggan kami bukan sahaja dari Shah Alam, tapi mereka dari merata tempat.

"Malah, ada yang datang dari jauh (sebelum adanya sekatan perjalanan) semata-mata untuk memuaskan selera. Apabila kedai kami makin popular dan semakin sesak terutama pada waktu tengahari, kami mula berfikir untuk berpindah ke tempat yang lebih luas dan selesa. Ini kerana kami tidak sampai hati melihat ada pelanggan yang terpaksa makan sambil berdiri kerana tiada tempat duduk kosong,” ujar Tarmizi berkongsi cerita tentang perpindahan D’Warees.

Dalam masa yang sama, pasangan ini juga sempat berkongsi keistimewaan kari kepala ikan yang menjadi rebutan ramai itu. Jelas Akmalzulaila, resipi yang digunakan adalah resipi turun-temurun, gabungan resipi daripada kedua-dua belah keluarga yang berasal dari Pahang.

“Kalau bercerita tentang kari kepala ikan, orang selalu ingat hanya kedai mamak yang hidangkan menu ini. Tapi sebenarnya tidak. Kari kepala ikan di kedai kami adalah versi masakan Melayu.

"Ia adalah resipi turun-temurun keluarga saya dan suami. Rempah-rempah yang kami gunakan agak berbeza dengan kari versi mamak, malah kami tidak menggunakan kas-kas. Satu persamaan kari kepala ikan D’Warees dengan kari kepala ikan mamak ialah santan yang digunakan hanya sedikit. Jadi, kuah kari kami memang pekat dan susah hendak basi,” ujar Akmalzulaila.

Bagi memastikan pelanggan mendapat hidangan enak, segar dan terbaik, pasangan ini mendapatkan stok ikan segar dari pasar borong  seawal jam 4.00 pagi.  Setiap hari, kira-kira 50 ke 70 ketul kepala ikan pelbagai jenis seperti Ikan Merah, Jenahak, Kerapu dan Mayong akan terjual. 

Malah, ada pelanggan yang membuat tempahan awal supaya kepala ikan yang diidamkan tidak terlepas kepada pelanggan lain. Satu fakta menarik, D’Warees pernah menghidangkan kari kepala ikan seberat 7 kilogram atas permintaan pelanggan setia.

Selain menu kari kepala ikan, terdapat juga lauk-pauk lain yang tidak kurang enaknya. Jadi, jika ada di antara ahli keluarga atau teman-teman yang tidak menggemari menu paling laris ini, bolehlah menjenguk ke kaunter bufet.

Pasti rambang mata kerana yang terhidang di depan mata adalah menu-menu masakan kampung. Antaranya ialah rendang ayam, ikan keli masak lemak cili api, kari kambing, kari daging masak lemak nangka, asam pedas, kurma daging, pajeri nenas, ulam-ulaman serta pelbagai jenis sambal. 

Jika ke sini pada awal pagi untuk bersarapan, terdapat pelbagai pilihan kuih-muih Melayu untuk dinikmati seperti onde-onde, lepat pisang, tiwul ayu, kuih bakar, dan lompang. 

D’Warees Resipi Kari Kepala Ikan dibuka setiap hari, kecuali Jumaat bermula jam 6.30 pagi hingga 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini restoran ini, anda boleh menjenguk ke akaun Facebook dan Instagram D’warees Resepi. Jika ingin buat tempahan awal, boleh hubungi talian 017-3242140 atau 017-3663987. - Getaran, 4 April 2021

Semua gambar: Rahayu MN

Isu Pada

Mungkin Ini Kisah Paling Sedih – Naim Daniel

03 Apr 2021

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas