web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Cabaran Menggunakan Kereta Elektrik

Kereta elektrik memang sangat praktikal namun ada beberapa kekurangan. Ketahui cabarang menggunakannya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 4:00PM

Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kereta elektrik atau EV dalam Bahasa Inggeris (Electric Vehicle) adalah kenderaan yang digerakkan dengan pemasangan teknologi kuasa motor elektrik.

Penggunaannya semakin banyak di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kenderaan jenis ini telah dicipta kali pertama pada tahun 1890 oleh William Morrison dari Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat.

Beliau telah mencipta  kenderaan tersebut yang memiliki enam tempat duduk dengan kelajuan 23 km/j sahaja.

Kini dengan kemajuan teknologi dan peralihan zaman moden, kenderaan ini sudah dicipta dengan ciri-ciri yang luar biasa dari segi bentuk dan kemampuan. Antara jenama kereta EV yang sedang popular adalah Tesla.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Malah ia sudah menjadi salah sebuah kereta mewah kerana nilainya mencecah ratusan ribu ringgit. Namun apakah cabaran penggunaan teknologi kenderaan EV ini dan bolehkah ia mendapat kepuasan yang maksimum ketika memandunya?

Hari ini kami berkongsi lima cabaran yang perlu dihadapi jika menggunakan kereta elektrik atau EV.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Waktu adaptasi

Sudah tentu peralihan teknologi memerlukan tempoh waktu untuk menyakinkan manusia melakukan penukaran daripada kereta berenjin biasa kepada kereta EV. 

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi manusia untuk melakukan peralihan tersebut. 

Antaranya ialah faktor kewangan, keselesaan, gaya hidup dan seumpamanya. 

Adaptasi serta kecekapan terhadap penggunaan teknologi baru juga menjadi cabaran bagi segelintir individu yang terbiasa dengan teknologi lama.

Ini disebabkan hampir keseluruhan binaan kereta jenis ini memerlukan tahap ketergantungan yang tinggi pada kuasa bateri. Jadi pastinya terdapat banyak perkara yang sukar untuk difahami dalam masa yang singkat.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Pilihan Terhad

Salah satu jenama kenderaan EV yang terkenal pada masa ini adalah Tesla. Malah pada 2016 semasa pengasas syarikat ini, Elon Musk melancarkan Tesla Model X dan S, sebanyak 180,000 unit telah ditempah dalam masa satu hari. 

Namun buat masa ini, masih terdapat banyak lagi syarikat kereta lain yang mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan model kenderaan jenis EV dalam kuantiti yang banyak.

Perkara ini menjadikan pilihan untuk memilikinya agak terhad.

Tambahan lagi, hal ini menyulitkan pemilik untuk mendapatkan alat ganti jika berlaku kerosakan. 

Sebagai contoh lokasi perkhidmatan terdekat bagi pengguna Tesla di Malaysia untuk mendapatkan alat ganti adalah di Singapura. 

Walaupun Singapura adalah negara jiran kita, perlu diingatkan bahawa harganya pasti bertambah mahal apabila ia dieksport ke Malaysia.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Ketahanan Bateri

Salah satu perkara yang sering menjadi kerisauan kepada pemandu kenderaan EV ialah ketahanan bateri. 

Bateri jenis ini secara amnya diperbuat daripada, litium karbonat, bahan nikel, micromineral dan kobalt. 

Pelbagai faktor diambil kira dari segi permukaan jalan, berat muatan dan sebagainya untuk mencipta teknologi ini.

Ia menjadi cabaran buat pemandu untuk peka terhadap baki bateri yang ada ketika memandu dan sentiasa membuat anggaran jarak perjalanan. 

Ini bagi mengelakkan kenderaan tersebut terkandas di tengah jalan raya akibat kehabisan bateri.

Jadi amat penting untuk memastikan bateri kenderaan tersebut kekal bertenaga semasa ia digunakan.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Lokasi Pengecasan

Berikutan isu bateri di atas, satu lagi cabaran yang dihadapi kenderaan EV terutamanya di Malaysia ialah lokasi pengecasan

Lazimnya mesin perkhidmatan ini berada di tempat parkir kebanyakan pusat membeli belah, pusat membeli kereta dan seumpamanya.

Bilangan tempat mengecas masih dilihat berada di tahap yang rendah untuk dimanfaatkan.

Tambahan lagi lokasi yang menyediakan tempat letak kereta untuk mengecas kenderaan EV agak terhad. Kesannya, pengguna perlu beratur dan mengikut giliran jika tempat tersebut telah penuh.

Selain itu berapa lama pula masa yang diambil untuk mengecas tenaga sehingga penuh semula? 

Perlu diingatkan, masa yang diambil untuk memenuhkan semula bateri bergantung pada punca kuasa elekrtik dan kadar baki tenaga bateri tersebut. 

Malah aliran elektrik juga perlu kuat untuk bateri tersebut penuh dengan segara.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Kos Selenggara

Bagi kereta jenis EV, kos penyelenggaraan sememangnya berlipat kali ganda lebih mahal daripada kereta biasa. 

Ia bertumpukan pada bateri dan cip komputer yang dipasangkan dalam kenderaan. 

Walaupun ia tiada minyak hitam untuk ditukar, gasket untuk diganti atau injap tersumbat akan tetapi harganya jauh lebih mahal kerana teknologi pembuatannya sangat rumit. 

Kebanyakan model kenderaan EV memiliki kemampuan jarak perjalanan lebih kurang 150,000 KM sahaja sebelum baterinya perlu ditukar. 

Sebagai contoh harga untuk sebuah bateri baharu berserta pek bateri bagi kenderaan Tesla model 3 mencecah sekitar RM 67,000. 

Harga tersebut termasuk kos upah pemasangan yang memerlukan tenaga kemahiran tersendiri. 

Jadi pastinya kos tambahan yang tinggi perlu disediakan apabila tiba tempoh untuk ia diselenggarakan. - Getaran, 10 Julai 2022

Sumber: BBC

Isu Pada

Erti Pengorbanan Daphne Iking

09 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Mana Boleh Terlanggar Ni

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Wah, Power Betul Kereta Tesla

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Papan Tanda Tesla Sudah Digantung Di Cyberjaya, Besar Dan Menyerlah!

4

TARA 2 tahun yang lalu

Adakah Malaysia bersedia guna EV?

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh