Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Minggu ini, kami akan kongsikan 5 tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 8:22PM

Old (kiri) dan The Sea Beast

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Old (HBO GO)

Sebuah karya M Night Shyamalan yang pastinya menarik. Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang bercuti di sebuah pulau tiba-tiba mendapat tahu bahawa pulau tersebut mempunyai kuasa aneh dan mampu mempercepatkan proses penuaan.

Mereka kemudian cuba mencari punca fenomena tersebut namun menemui rahsia yang lebih dahsyat.

Menampilkan pelakon hebat seperti Gael García Bernal, Rufus Sewell, Thomasin Mckenzie dan ramai lagi, ia pasti membuat anda tertanya-tanya. – Shah Shamshiri

K-Food Show: A Nation of Broth (Netflix)

“Tak lengkap hidangan makanan Korea tanpa semangkuk sup, bagaikan muka tanpa mata.” Kata-kata ini ada disebutkan dalam dokumentari makanan yang membawa penonton menjelajah setiap pelosok Korea Selatan untuk ‘menikmati’ pelbagai jenis sup yang berbeza. 

Kecur air liur melihat seleksi sup yang dicuba oleh pelakon Ryu Soo-Young dan Ham Yon-Ji serta kartunis disegani Huh Young-Man, tiga hos rancangan ini. 

Ketiga-tiga mereka memang mempunyai latar belakang apresiasi makanan yang baik, maka setiap komentar yang dilontarkan membuatkan rancangan ini menjadi lebih menarik. 

Para penonton dapat melihat cara-cara sup ternama Korea dibuat. Ada yang berasaskan tumbuhan, ada yang menggunakan hidupan laut segar dan tak kurang yang menggunakan pelbagai jenis bahagian ayam, lembu dan khinzir. 

Jika anda pencinta makanan Korea, dokumentari ini wajib anda tonton. Tapi jangan dalam keadaan lapar ya. Bahaya. - Ili Farhana

Poster dari Netflix
Poster dari Netflix

 

Ms Marvel (Disney + Hotstar)

Ditayangkan di platform penstriman Disney Plus, inilah drama siri enam episod superhero Muslim pertama yang ditayangkan Marvel. Mengisahkan tentang Kamala Khan, gadis 16 tahun berketurunan Pakistan menetap di Jersey City. 

Seperti remaja lain, kerjanya asyik membuat video dalam talian tentang Avengers sebelum tiba-tiba menyedari dia sendiri mempunyai kuasa daripada sebuah gelang yang dipanggil Nega-Bands. 

Namun begitu, drama bersiri ini mendedahkan secara terperinci dilema yang dihadapi oleh imigran dan minoriti Muslim di Amerika Syarikat.

Kamala sentiasa berasa asing tak kiralah di rumah mahupun di sekolah. Selepas mempunyai kuasa yang boleh membuatnya mengendalikan dan mengubah tenaga, situasi hidupnya menjadi semakin kompleks terutama ketika berhadapan dengan kedua orang tuanya.

 

The Sea Beast (Netflix)

The Sea Beast adalah filem animasi komputer, sentuhan kali pertama sutradara Chris Williams. Ia menjanjikan sesuatu yang hebat kerana khidmat suara latarnya bukan kaleng-kaleng termasuk actor Karl Urban, Zaris-Angel Hator, Jared Harris dan Marianne Jean-Baptiste.

Filem terbitan Netflix Animation ini mengisahkan seorang gadis yang menyusup masuk ke dalam kapal milik seorang pemburu raksasa lagenda yang tersohor.

Di sinilah pengembaraan penuh kejutan dan debar di laut lepas bermula. 

Cukup sesuai buat tontonan seisi keluarga, The Sea Beast mula ditayangkan di saluran Netflix pada 8 Julai 2022. – Suzan Ahmad

Ejen Ali Musim 3 ( Disney+ Hotstar )

Sekepas kejayaan filem Ejen Ali The Movie yang berjaya mengutip sebanyak RM30 juta, kini kesinambungan mengenai filem itu diteruskan dalam Ejen Ali musim ketiga yang disiarkan di Disney Plus Hotstar Malaysia.

Ejen Ali mengisahkan mengenai seorang budak lelaki bernama Ali yang secara tidak sengaja terlibat dengan alat perisik, Infinity Retinal Intelligence System (IRIS), milik agensi pengintipan, Meta Advance Tactical Agency (MATA).

Akibat mengetahui terlalu banyak akan rahsia MATA, Ali direkrut sebagai ejen rahsia. Dalam musim ketiga ini, Ali perlu bersaing dengan empat ejen MATA antarabangsa yang lain untuk membuktikan siapa yang lebih hebat dan layak menjadi ejen MATA.

Pelbagai aksi menarik yang berlaku sepanjang mereka semua berentap untuk menjadi yang terbaik. Visual yang dipaparkan juga lebih hebat dari siri yang sebelumnya. Ibarat menonton animasi dari luar negara. – Helmi Anuar

Isu Pada

Erti Pengorbanan Daphne Iking

09 Jul 2022

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat