web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Erti Pengorbanan Daphne Iking

Sempena sambutan Aidiladha tahun ini kami tampilkan pengacara dan pelakon popular Daphne Iking, yang bercerita tentang erti pengorbanan buat dirinya sehingga kini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 9:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sewaktu merancang kalendar editorial kami, saya tercari-cari siapa agaknya yang sesuai untuk dijadikan wajah TARA sempena perayaan Aidiladha.

Memang ramai yang menepati ciri-ciri dari segi imej dan paras rupa. 

Namun sudah tentu saya mahukan seseorang yang mempunyai kisah jujur dan mahu berkongsi dengan pembaca, sempena perayaan terbesar umat Islam sedunia ini.

Di situlah saya teringatkan Daphne Iking, wajah TARA pilihan kami minggu ini. Lantas, saya terus menghubunginya.

Alhamdulillah, pelawaan saya diterimanya dengan baik dan saya pun segera menyelaras semua yang diperlukan untuk sesi penggambaran.

Daphne tiba di lokasi yang dijanjikan, di Hotel Le Meridien Petaling Jaya petang itu pada hari penggambaran bersama suaminya Azmi Abdul Rahman yang lebih mesra disapa Joe oleh rakan-rakan. 

Kami gembira dapat bertemu setelah lama tak bersua. 

Malah saya sempat mengingatkan Daphne bahawa kali pertama saya mewawancaranya adalah sekitar bulan Oktober 2005! 

Ya, 17 tahun lalu saya menampilkannya dalam sebuah majalah urban berbahasa Melayu, tempat saya mula bekerja sebagai penulis. Tika itu, Daphne baru mula memuncak sebagai seorang pengacara TV yang popular di Malaysia, khasnya dalam program-program berbahasa Inggeris.

Dikenali dengan wajah yang jelita serta bijak berbicara, Daphne telah melalui pelbagai fasa kehidupan dari segi peribadi mahupun profesional.

Pernah juga dirundung pelbagai spekulasi dan kontroversi satu ketika dulu, Daphne tetap dengan pendiriannya dan meneruskan hidup tanpa mempedulikan kata orang lain.

Itu satu kualiti dirinya yang saya kagumi. Dari dulu dia selesa menjadi dirinya dan tidak menghiraukan tomahan serta khabar angin.

Dilahirkan di Keningau, Sabah 44 tahun yang lalu (dia sebenarnya baru menyambut hari jadinya pada 6 Julai lalu – Happy belated birthday Daph!), Daphne pada asalnya merupakan seorang yang beragama Kristian Katolik dan sangat aktif dalam aktiviti gereja. 

Maka penampilannya sekarang setelah bergelar Muslimah yang menutup aurat sudah tentu sesuatu yang agak menakjubkan.

Ramai yang terkejut dengan penampilan baharunya ini. Ada yang beri reaksi positif dan sudah tentu ada juga yang kurang menyukai imej ini.

“Seperti yang diketahui ramai saya memeluk Islam semasa berkahwin dengan suami saya Azmi Abdul Rahman (Joe) pada tahun 2010.

Selepas berkahwin, suami saya sama sekali tidak mendesak saya untuk bertudung.

Walau bagaimanapun saya mula lebih mendalami agama Islam secara perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit saya mempelajari selok-belok agama. 

Kemudian beberapa tahun yang lalu saya mula menutup rambut saya setiap kali tiba bulan Ramadan. Bermula dengan topi, selendang dan sebagainya,” ujar Daphne membuka bicara. 

“Dan sejujurnya selepas mula menutup kepala hanya di bulan Ramadan, saya sebenarnya sudah ada perasaan ingin bertudung penuh dan berhijrah. Tapi biasalah, ia sesuatu yang peribadi dan bukan mudah.

Malah waktu itu saya pernah berasa malu. Sebab itu saya menutup kepala dan bertudung hanya di bulan Ramadan. Sekurang-kurangnya orang mengerti dan tak banyak bertanya.

Selesai bulan Ramadan saya tanggalkan tudung semula.

Padahal semasa mula-mula memeluk Islam dahulu saya berasa segan nak bertudung depan ahli keluarga saya yang beragama Katolik, sedangkan kami para wanita di gereja dulu juga perlu memakai tudung menutup kepala untuk upacara perjamuan kudus dan lain-lain.

Namun saya yang rasakan seperti ia satu isu sedangkan keluarga saya sama sekali tidak kisah. Mereka menerima saya seadanya dengan baik dan penuh hormat.

Kemudian saya berfikir kenapa saya harus punya alasan untuk penampilan baharu ini?” tambahnya lagi dengan panjang.

Daphne kemudian menjelaskan dengan jujur bagaimana proses menutup auratnya benar-benar terjadi.

“Sejujurnya saya ingin mendermakan rambut saya pada badan kebajikan yang membuat rambut palsu untuk pesakit kanser. 

Namun mereka ada menetapkan syarat tertentu. Rambut yang didermakan tidak boleh disentuh bahan kimia selama enam hingga lapan bulan, sedangkan saya suka mewarnakan rambut saya.

Jadi semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan sewaktu pandemik, saya tidak keluar rumah. Saya simpan rambut saya sepanjang mampu. 

Kemudian saya potong dan dermakan seperti yang telah dirancang. Walau bagaimanapun seiring usia, uban rambut saya mula muncul. Lantas, setiap kali saya perlu mengacara dalam talian saya terpaksa cari jalan untuk menutup uban tersebut kerana jurudandan tidak dapat datang ke rumah.

Oleh kerana saya memang dah biasa menutup kepala semasa bulan Ramadan, saya mengambil keputusan memakai turban tiap kali bersiaran dalam talian.    

Namun kadang-kadang helaian rambut putih saya jatuh dan tetap kelihatan. Saya merasa rimas.

Ditambah lagi semasa PKP saya banyak memasak dan makan hingga berat badan saya naik.

Saya kurang keyakinan bila berat badan bertambah, jadi saya ambil keputusan mengenakan pakaian yang lebih longgar, lebih sopan.

Dan oleh kerana dah terbiasa menutup kepala di bulan Ramadan, saya fikir lebih mudah jika saya bertudung terus.

Di situlah segalanya bermula. Dari hanya ingin menutupi kekurangan fizikal akhirnya menjadi sesuatu yang kekal hingga sekarang,” jelasnya lagi yang kelihatan anggun dalam busana Wan & Mary.

Sungguhpun begitu, Daphne mengaku bahawa pada awal menutup aurat secara penuh dia elak panggilan daripada para wartawan kerana malu nak bercerita.

“Sebab saya pakai tudung bukan seperti kisah beberapa selebriti lain yang mungkin mendapat ‘seru’ atau menemui satu pencerahan. Ia benar-benar terjadi secara tidak sengaja. Tapi ternyata saya sangat selesa dengan penampilan sekarang.

Malah ia juga membuka pintu rezeki baharu saat ramai jenama menghampiri saya untuk kerja-kerja mengacara kerana penampilan baharu saya yang bertudung ini menepati imej penjenamaan mereka.

Tapi menutup aurat sepenuhnya ini memang tidak mudah untuk seseorang seperti saya yang masih sangat baru. 

Masih banyak kekurangan. Ada kala leher saya terdedah, kadang rambut kelihatan. Tapi saya memang selesa dengan penampilan ini dan akan terus berusaha memperbaiki diri.

Tuhan tahu niat saya dan itu yang paling penting. Saya minta doakanlah saya dan janganlah menghakimi manusia lain juga. Seharusnya kita mendoakan yang terbaik untuk semua,” tambah Daphne sambil tersenyum.  

Walaupun begitu, mengorbankan penampilan lamanya tidaklah sebesar pengorbanannya menjaga adab bertutur.

“Sejujurnya Shah, saya rasa mengorbankan cara bertutur saya yang dahulu adalah pengorbanan terbesar saya,” kata Daphne sambil ketawa.

“Seperti yang awak tahu, dulu saya ni selalu mencarut dan ‘cakap lepas’. Itu memang cara saya. Tapi Tuhan ada cara-Nya sendiri untuk mengingatkan saya menjaga adab.

Bunyinya klise, tetapi oleh kerana orang yang bertudung kerap dikaitkan dengan berlaku sopan dan baik, setiap kali saya berkata-kata, saya teringat tudung kepala yang saya pakai sekarang.

Secara tidak langsung, ia berkesan dan mengingatkan saya supaya jangan bermulut lancang lagi,” katanya.   

Kini Daphne bukan sahaja sibuk mengacara majlis dan rancangan TV, dia juga aktif dengan perniagaan Thermomixnya, malah berkat perniagaan tersebut dia sudah pandai memasak.

“Dari seseorang yang bukan jaguh di dapur kini saya boleh masak apa sahaja. Malah saya banyak dapat undangan membuat rancangan masakan dan sebagainya. Itulah rezeki namanya. Tiada siapa yang tahu,” bingkas Daphne menutup bicara.

Daphne juga sempat memberitahu, oleh kerana Aidilfitri lalu keluarganya tidak sempat bergambar dengan cantik, gara-gara Daphne yang sibuk bekerja, dia berharap dapat mengambil gambar potret keluarganya untuk Hari Raya Haji ini.

Kami mendoakan yang terbaik buat Daphne dan semoga perubahan positifnya membawa lebih banyak keberkatan buatnya. Selamat Hari Raya Aidildha buat semua! – Getaran, 9 Julai 2022

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Daphne Iking

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Teks, Penyelaras & Arahan Seni : Shah Shamshiri

Suntingan Teks : Suzan Ahmad

Penata Gaya dan Tudung: Wan & Mary dan Kuyi Zulfakarudeen

Solekan dan Riasan Kuku : Elmanda Zuhairy

Busana: Wan & Mary

Aksesori : Milik Penata Gaya

Jurugambar : Nooreeza Hashim

Juruvideo dan Suntingan Video : Muharram Kasim

Lokasi: Le Meridien Petaling Jaya, Kelana Jaya

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari 

Sekalung penghargaaan buat Cik Sharifah Laila Fahariah dan pihak pengurusan Le Meridien Petaling Jaya




 

Isu Pada

Erti Pengorbanan Daphne Iking

09 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nora Danish Berhijab Selepas Sering Hadiri Majlis Ilmu

2

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh