Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


'Lubuk Emas' Kaut Untung Jual Karya Khat Al-Quran

Minat orang ramai terhadap seni khat hingga sanggup berhabis ratusan ribu ringgit demi mendapatkan karya yang indah sekali gus membentuk pasaran khusus bernilai tinggi.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 6:51PM

Keindahan seni khat al-Quran yang menghiasi dinding kediaman atau diukir pada kubah masjid boleh menyejukkan mata memandang - Gambar hiasan oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keindahan seni khat al-Quran yang menghiasi dinding kediaman atau diukir pada kubah masjid boleh menyejukkan mata memandang dan memberi ketenangan kepada pencintanya.

Minat orang ramai terhadap seni khat hingga sanggup berhabis ratusan ribu ringgit demi mendapatkan karya yang indah sekali gus membentuk pasaran khusus bernilai tinggi yang sebilangan dijual di media sosial dan e-dagang.

Beberapa pakar dan penulis khat terkemuka tanah air mengakui karya itu mampu menjana pendapatan lumayan kepada penggiatnya.

Namun begitu, kebimbangan tentang eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan, sementara kemuliaan ayat-ayat suci al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW itu dipinggirkan.

Kebimbangan pakar terbabit ada asasnya kerana sejak kebelakangan ini banyak karya khat dijual di pasaran didapati mengandungi kesalahan pada ayat-ayat al-Quran digunakan.

Malah, surau dan masjid juga tidak terkecuali daripada isu ini.

Malangnya, bak kata pepatah hanya jauhari mengenal manikam, kesilapan pada ayat-ayat al-Quran dalam seni khat ini hanya boleh dikesan oleh pakar.

 

Begitu berleluasa

Bagi Zulhazmi Zakaria, antara penulis khat terkemuka dan ahli Lajnah Tashih al-Quran di Kementerian Dalam Negeri (KDN) sering dirujuk oleh penguat kuasa dalam operasi serbuan membabitkan karya khat di negara ini.

Sudah terbabit dalam penulisan khat sejak 17 tahun lalu, turut mengesahkan banyak karya khat mengandungi kesalahan ejaan dan penandaan dijual secara berleluasa di tempat tumpuan umum, antaranya Nilai 3 di Negeri Sembilan serta kedai perhiasan dalaman rumah dan platform dalam talian.

"Kebanyakan produk dari China dan Pakistan apabila penghasil, penjual karya ini majoritinya menggunakan bahan cetakan tidak berkualiti sekali gus menyebabkan tulisan cepat pudar dan banyak kesalahan ejaan pada ayat.

"Ada juga karya khat yang kita sita ketika operasi serbuan tidak menggunakan tulisan khat yang muktabar (khat yang boleh diterima pakai), selain tulisan khatnya tidak boleh dibaca atau difahami langsung sehingga boleh mengelirukan pembeli," katanya.

Ada produk dihiasi khat ayat al-Quran dan nama-nama Allah seperti sejadah, tapak kasut dan alas kaki, ditemukan dijual secara berleluasa.

Keadaan itu disebabkan ada permintaan tinggi terhadap produk perhiasan khat, namun tidak ramai yang celik ilmu sekali gus membuka ruang eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, masalah kesalahan pada ayat al-Quran dalam seni khat itu bukan hanya membabitkan produk picisan yang murah harganya, tetapi juga karya berharga ratusan dan ribuan ringgit yang kebanyakannya diimport.

Karya khat yang dikesan ada kesilapan itu akan dilupuskan dan ini pastinya merugikan pembeli, jelasnya.

Ada produk dihiasi khat ayat al-Quran dan nama-nama Allah seperti sejadah, tapak kasut dan alas kaki, ditemukan dijual secara berleluasa - Gambar hiasan oleh Azim Rahman
Ada produk dihiasi khat ayat al-Quran dan nama-nama Allah seperti sejadah, tapak kasut dan alas kaki, ditemukan dijual secara berleluasa - Gambar hiasan oleh Azim Rahman

 

Sukar kawal

Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) Dr Abd Rahman Hamzah, berkata produk itu dijual dalam talian menyukarkan ia dikawal.

"Masalah penjualan dalam talian ini ialah kita sukar mengenal pasti penjualnya kerana ada kemungkinan dijual oleh orang bukan Islam yang ingin mengaut keuntungan. Namun, jika ada orang Islam terbabit ia amat mengecewakan.

"Sebagai orang Islam, mereka sepatutnya bertanggungjawab menjaga kemuliaan al-Quran dan ingat Allah tidak akan mensia-siakan usaha mereka yang memelihara al-Quran dan takut laknat Allah jika jual yang ada kesalahan ejaan yang mencacatkan makna dan ayat," tegasnya.

Situasi ini dilihat semakin meruncing kerana dikatakan ada pengusaha tidak menggunakan khidmat pakar khat, sebaliknya sekadar menghasilkan semula imej khat ditemukan dalam carian menerusi internet.

Setiausaha Agung PSKK, Abdul Wahab Khalid berkata, karya ditiru itu tidak diketahui kesahihannya, selain penghasilan semula mungkin tidak sesempurna karya asli dihasilkan pakar ilmu khat.

"Ada dalam industri ini bukan ahli khat sepenuh masa dan ada yang tidak belajar seni khat secara intensif, sebaliknya tiru bulat-bulat karya ditemukan di Google.

"Mereka nampak potensi industri ini begitu tinggi, menyebabkan ada sanggup berkolaborasi dengan rakan mempunyai kemahiran grafik, rekaan (untuk menghasilkan semula karya khat demi mengaut keuntungan)," katanya.

Menyifatkan perkara itu berlaku disebabkan kurang kawalan oleh pihak berwajib, Abdul Wahab menamakan beberapa kes yang pernah diterima oleh persatuan, antaranya ukiran khat ayat al-Quran di dewan solat sebuah masjid di Marang, Terengganu.

 

Kontraktor menipu?

"Apabila kami tiba di sana dan membuat tinjauan, memang benar terdapat beberapa kesalahan utama pada ukiran ayat al-Quran, Surah al-Fatihah di ruang mihrab, iaitu menambah huruf tidak sepatutnya pada bahagian ayat tertentu. Begitu juga di panel lain di ruang sama iaitu tertinggal titik dan tertambah huruf.

Menurutnya, soal selidik bersama pihak pengurusan masjid mendapati kontraktor tidak memaklumkan dengan jelas tentang individu yang bertanggungjawab mengukir ayat-ayat al-Quran itu, manakala pihak pengurusan masjid pula hanya dibenarkan bertugas semula selepas proses ubah suai masjid siap sepenuhnya.

Berdasarkan insiden itu, PSKK percaya mungkin ada banyak lagi ayat sama digunakan dalam seni khat di masjid lain yang membabitkan individu itu.

Ada juga menerima laporan kesilapan kalimah syahadah gaya kufi murabba' (kufi petak) di dinding depan sebuah surau hospital di Selangor, apabila huruf 'lam' dikatakan terputus dengan 'ha' dalam ayat 'ilaha'.

"Kesalahan ini tidak sepatutnya berlaku kerana itu adalah asas sambungan huruf, dan kesilapan ini membuatkan keseluruhan makna kalimah syahadah sudah berubah maksudnya.

"Kami amat mengharapkan kontraktor hiasan dalaman masjid dan surau mengambil serius mengenai isu ini dan merujuk pakar sebelum hasilkan hiasan kaligrafi," ujarnya.

Pegawai masjid di Senai, Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz Ezad, berkongsi kisah pihak masjid terpaksa menanggung kerugian lebih RM10,000 bagi membetulkan ukiran khat ayat al-Quran di bahagian bawah kubah masjid.

Katanya, pihak masjid terpaksa memanggil kembali tukang ukir berkenaan bagi membetulkan susunan ayat 12 hingga 18 Surah al-Mukminun yang didapati berterabur.

Situasi ini dilihat semakin meruncing kerana dikatakan ada pengusaha tidak menggunakan khidmat pakar khat, sebaliknya sekadar menghasilkan semula imej khat ditemukan dalam carian menerusi internet - Gambar hiasan Unsplash
Situasi ini dilihat semakin meruncing kerana dikatakan ada pengusaha tidak menggunakan khidmat pakar khat, sebaliknya sekadar menghasilkan semula imej khat ditemukan dalam carian menerusi internet - Gambar hiasan Unsplash

 

Wujudkan bahagian khas

Menurutnya, pihak masjid hanya menyedari kesalahan itu baru-baru ini selepas menerima aduan orang ramai.

Perkara itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Mufti Johor yang membuat semakan sebelum mengarahkan pihak masjid memanggil semula pengukir bagi membuat pembetulan.

Bagi membendung isu ini daripada terus membarah, Abd Rahman mencadangkan pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam negeri mewujudkan satu bahagian khas kaligrafi yang bertanggungjawab menyemak tashih karya khat al-Quran khususnya yang dihasilkan pada dinding bangunan.

"Bahagian khas ini juga diharap dapat membantu pihak jabatan memantau kerja mengukir khat ayat al-Quran di masjid.

"Kami juga mencadangkan pihak kontraktor harus dipertanggungjawabkan membaiki semula ukiran khat yang salah, dan sekiranya mereka mengagihkan tugas tersebut kepada subkontraktor, maka kontraktor asal perlu membayar ganti rugi," katanya. - Bernama

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 minggu yang lalu

Salah Tukaran Ringgit-Dolar AS, Google Malaysia Mohon Maaf

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KSU, KP Perlu Berani Tamat Perkhidmatan Kontraktor Berprestasi Rendah - KSN

3

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Pelarasan Gaji Pekerja Kontrak Sekolah, Hospital Diumum PM Legakan MTUC, Cadangan Kami…’

4

Sukan 11 bulan yang lalu

Bukan Duit Kontraktor! Gaji Pemain JDT Dibayar Penaja, Saya Dan Ayahanda

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok