Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ipoh Bandar Ke-5 Malaysia Mencapai Rangkaian 5G

Penggunaan teknologi 5G mampu membangunkan pelbagai sektor serta menambahkan lagi peluang pekerjaan kepada masyarakat Malaysia.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 10:00AM

Ipoh menjadi bandar kelima di Malaysia dan pertama di wilayah utara yang mencapai akses rangkaian 5G. - Gambar ihsan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun masih belum menyeluruh, namun pihak kerajaan nampaknya benar-benar bersungguh menyasarkan penggunaan teknologi 5G di seluruh negara.

Penggunaan teknologi 5G ini bukan saja membawa penambahbaikan dari segi kelajuan tetapi turut membangunkan pelbagai sektor serta menambahkan lagi peluang pekerjaan kepada masyarakat Malaysia.

Pengenalan sistem 5G ini sebenarnya bermula daripada sebuah forum yang membincangkan tentang penciptaan teknologi ini di Amerika Syarikat pada 2015.

Bertitik-tolak daripada itu, sekitar 2019, lebih daripada 30 bandar di Amerika Syarikat telah diuji dan dilengkapkan dengan sistem tersebut.

Kini, kerajaan negara juga sedang memanfaatkan penggunaan 5G secara meluas bagi memastikan Malaysia mampu mencapai status negara membangun seawal 2035.

Tidak dinafikan, kebanyakan kawasan utama di Malaysia sudah mempunyai kestabilan dalam penggunaan rangkaian 4G/4G+. Namun evolusi teknologi 5G semakin diterima ramai dan mendapat maklum balas yang baik di kalangan rakyat.

Pada 28 Jun baru-baru ini, sebuah majlis pelancaran telah dilaksanakan bagi mengumumkan Ipoh sebagai bandar kelima di Malaysia dan pertama di wilayah utara yang mencapai akses rangkaian 5G dengan kelajuan sebanyak 1GB per saat.

Kini bandar tersebut, yang merupakan ibu negeri Perak, secara rasminya telah menjadi bandar kelima di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, dan Johor Bahru yang memiliki capaian teknologi tersebut.

Ipoh menjadi bandar kelima di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, dan Johor Bahru yang memiliki capaian teknologi tersebut. - Gambar ihsan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Ipoh menjadi bandar kelima di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, dan Johor Bahru yang memiliki capaian teknologi tersebut. - Gambar ihsan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Pengumuman tersebut telah dibuat dan dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak, Tuan Khairul Shahril Mohamed.

Memetik ucapannya, Khairul berkata, sehingga akhir Oktober ini sebanyak 98 lagi tapak rangkaian 5G akan dipancarkan di Wilayah Greater Ipoh.

“Ia merangkumi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Majlis Perbandaran Kampar dan Majlis Daerah Batu Gajah, dijangkakan capaian rangkaian internet pantas 5G ini akan meliputi seluruh Perak,” katanya.

Ia juga bagi menggalakkan pengunjung untuk hadir ke Ipoh tanpa mempunyai apa-apa masalah dalam pencarian maklumat di internet berkenaan negeri Perak.

Tambahan pula, projek pemasangan teknologi ini dilihat menguatkan lagi negeri Perak dalam menyasarkan 14 juta pelawat domestik menjelang 2022.

Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud
Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud

Projek ini dibangunkan hasil daripada pasukan 5G Greater Ipoh yang diketuai Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak PKNP, Digital Nasional Berhad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Perak dan Telekom Malaysia.

Selain itu, pemasangan ia juga adalah salah satu projek perdana untuk menjadikan Ipoh sebagai salah sebuah bandar pintar di Malaysia.

Uji kaji telah menunjukkan bahawa kelebihan pengguna 5G dapat menyokong kelajuan melebihi 10Gbps iaitu 10 hingga 100 kali ganda lebih laju berbanding jaringan 4G atau 4.5G (LTE). Jaringan ini memiliki kemampuan liputan internet yang lebih luas dengan kualiti jalur lebar yang lebih baik.

Malah, ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah dalam sektor pendidikan terhadap kelewatan jaringan internet kepada tenaga pengajar serta pelajar ketika menjalani sesi pembelajaran menerusi talian.

Keupayaan teknologi 5G ini dilihat mampu menyelesaikan masalah kelajuan dan capaian internet di kawasan yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.
Keupayaan teknologi 5G ini dilihat mampu menyelesaikan masalah kelajuan dan capaian internet di kawasan yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.

Selain itu, keupayaan teknologi 5G ini dilihat mampu menyelesaikan masalah kelajuan dan capaian internet di kawasan yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.

Namun, ia masih lagi terdapat kekangan dalam capaian dan kestabilan internet bagi kawasan luar bandar atau pedalaman dan barangkali sudut penyediaan infrastrukturnya akan mengambil sedikit masa untuk menepati piawai 5G.

Dari segi gajet pula, syarikat gergasi telefon pintar seperti Samsung, Xiaomi, Honor dan banyak lagi  telah membuka langkah dengan mengeluarkan model yang mempunyai rangkaian 5G. Ini bagi menggalakkan pelanggan mereka menikmati kelancaran internet untuk penggunaan harian mahupun menstrim permainan dalam talian.

Projek ini secara tidak langsung dilihat berpotensi menjadikan negeri Perak sebagai pendahulu dalam perkembangan arena teknologi. - Gambar ihsan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Projek ini secara tidak langsung dilihat berpotensi menjadikan negeri Perak sebagai pendahulu dalam perkembangan arena teknologi. - Gambar ihsan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Atas sebab itu, projek ini secara tidak langsung dilihat berpotensi menjadikan negeri Perak sebagai pendahulu dalam perkembangan arena teknologi. Begitu juga dengan negeri-negeri lain yang turut sama-sama mengikuti perkembangan teknologi generasi kelima ini dalam memajukan pembangunan negara.

Oleh itu, penggunaan rangkaian 5G diharapkan dapat dibangunkan di seluruh Malaysia dengan kadar segera termasuk kawasan pendalaman bagi memajukan negara seiring dengan kemajuan teknologi terkini.

Penggunaan sistem tersebut bukan sahaja dapat memudahkan rakyat Malaysia dari sudut produktiviti dan pemindahan maklumat, bahkan mampu  membolehkan negara berdaya saing  dengan negara serantau dari sudut pembangunan ekonomi. - Getaran, 3 Julai 2022

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright