web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dolla Beri Semangat Kepada Kumpulan Baru, Bakal Keluarkan Produk Sendiri

Sejak kemunculan kumpulan Dolla, banyak kumpulan wanita dilihat muncul seakan membawa imej yang sama. Namun Dolla melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang sihat.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 8:16PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan yang baru sahaja memenangi anugerah Top Top Meletop Grup/Duo di Anugerah Meletop Era 2021 baru-baru ini tidak kisah andai ada generasi baru yang menjadikan mereka sebagai inspirasi untuk tubuhkan kumpulan muzik wanita.

Kata Dolla ini adalah satu perkembangan yang sihat dan generasi baru ini tidak sepatutnya diperbandingkan.

“Sewaktu awal kemunculan kami, kami juga sering dikatakan cuba meniru kumpulan lain. Jadi tidak timbul isu andai ada kumpulan baru yang dikatakan cuba meniru Dolla.

“Perkara ini turut memberikan motivasi kepada kami untuk menjadi lebih kreatif dan berbeza dengan orang lain,” kata Dolla sewaktu ditemui di majlis Jamuan Aidilfitri Usahawan Jutawan Richworks 2022 yang berlangsung di Setia Alam.

Gambar oleh Helmi Anuar
Gambar oleh Helmi Anuar

Melihatkan kemunculan Dolla di majlis yang dihadiri oleh ratusan usahawan tempatan yang kebanyakannya bergelar jutawan, Dolla juga menanam impian untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

“Ramai peminat yang meminta kami keluarkan produk sendiri, salah satunya adalah ‘light stick’ dan pelbagai lagi barangan eksklusif. Apa yang kami boleh katakan, kami baca semua komen-komen anda dan nantikan sesuatu yang istimewa dari kami,” kata Dolla.

Kumpulan Dolla yang turut membuat persembahan di majlis itu turut berkongsi pandangan mengenai insentif 10 X Bina Bisnes Berjaya iaitu kursus perniagaan percuma kepada 10 ribu peserta dalam membantu dan melahirkan usahawan daripada golongan muda. 

Kata Dolla, kempen tersebut merupakan sebuah galakan yang sangat bagus kepada usahawan muda apatah lagi ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini. 

“Kami rasa ini adalah insentif yang sangat bagus untuk usahawan dari golongan muda kerana selepas PKP ramai yang terkesan,” kata mereka.

Dalam perkembangan lain, Dolla bakal muncul dengan satu lagi kolaborasi bersama penyanyi lelaki popular iaitu Naim Daniel tidak lama lagi. – Getaran, 5 Jun 2022

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

3

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

4

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh