web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbang Ke Brazil Dengan Secawan Kopi Memikat Selera

Bagi pencinta kopi, dapat menghidu haruman kopi di pagi hari sudah cukup membahagia, apa lagi jika dapat menghirup secawan kopi.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 2:29PM

Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu adalah hari-hari yang sentiasa dinantikan-nantikan oleh ramai. Terutamanya dalam kalangan warga kota. Inilah masanya untuk menghela nafas, inilah masanya melepaskan lelah.

Rutin harian di hari-hari biasa sesungguhnya memerah mental dan fizikal. Setiap orang punya eskapism untuk merehatkan diri. 

Bagi pencinta kopi, dapat menghidu haruman kopi di pagi hari sudah cukup membahagia, apa lagi jika dapat menghirup secawan kopi.

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Hati berbunga-bunga, fikiran melayang. Hilang seketika gundah-gulana. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai mesin kopi di rumah. Tinggal pilih sahaja perisa yang diidamkan.

Jika lebih gemar cafe hopping, panjangkanlah langkah ke The Coffee Bean & Tea Leaf® yang berdekatan. Ada kopi terbaharu yang menanti kunjungan anda.

Kali ini jenama kopi yang sering mempersembahkan aneka perisa dari serata dunia menerusi kopi asal tunggal (single origin) sedia membawa anda terbang jauh dengan memperkenalkan biji kopi Amber Wing yang baharu berasal dari Botelhos, Brazil. 

Barisan minuman espreso yang berasaskan biji kopi tersebut akan dihasilkan menggunakan tangan dan rakyat Malaysia dapat menikmati keunikan kopi ini serta alami ‘A Single State of Mind’ dengan setiap hirupan.

Gambar ihsan The Coffee Bean & Tea Leaf®
Gambar ihsan The Coffee Bean & Tea Leaf®

“Setiap kali kami membawakan biji kopi baharu dari pelbagai sudut dunia ke cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf®, kami bukan sahaja ingin memuaskan deria rasa para penggemar kopi, tapi juga memperkenalkan rasa unik yang baharu untuk dialami oleh mereka,” ujar Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. 

“Menerusi kopi asal tunggal ini khususnya, kami berharap untuk membekalkan anda sebuah pengalaman yang istimewa. Kami percaya bahawa secawan kopi yang segar mempunyai kuasa untuk melapangkan serta menenangkan minda peminumnya dengan membawa mereka ke alam ‘Single State of Mind’.

Dengan pelancaran setiap barisan espreso asal tunggal yang baharu, kami ingin pengunjung kami mengembara ke sebuah destinasi menerusi secawan kopi yang kami hidangkan. Jauh daripada hiruk-pikuk kehidupan, walaupun hanya untuk seketika – the Amber Wing is no exception.” 

Mulus dan kaya dengan rasa coklat, espreso asal tunggal Amber Wing hadir dengan sentuhan buah aprikot kering dan rasa sitrus yang ringan, disempurnakan dengan aroma persis buah berangan. 

Karakteristik tersebut diketengahkan oleh barisan minuman espreso buatan tangan daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia – Gibraltar Latte (RM 13.80) yang digemari ramai, Gibraltar Americano (RM 10.80), Gibraltar Mocha Latte (RM 14.80) dan Ristretto (RM 8.80). 

Gambar ihsan The Coffee Bean & Tea Leaf®
Gambar ihsan The Coffee Bean & Tea Leaf®

Walau apa pun gaya anda menikmati kopi, barisan minuman ini pasti tidak menghampakan. Jika sukakan rasa pahit dan sedikit berasid, Gibraltar Americano dan Ristretto adalah untuk untuk anda. Tetapi jika yang manis menjadi pilihan, pesanlah Gibraltar Latte atau Gibraltar Mocha Latte. Rasai sensasinya dalam setiap hirupan. 

Turut hadir bersama produk espreso asal tunggal ini ialah barangan bertemakan Amber Wing yang baharu untuk memperkenalkan biji kopi tersebut secara lebih dekat kepada pelanggan. Ia termasuk cawan gelas, tumbler, beg mesra alam dan Kad TCB edisi terhad. 

Di samping itu, siri barangan Fressko Mulholland yang baharu juga akan menemui anda dalam warna Blush, Moss dan Surf. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan eksklusif ini di cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran anda tidak lama lagi!

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita, dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi platform dalam talian mereka seperti laman Facebook, akaun Instagram dan TikTok @coffeebeanMY, atau laman sesawang www.coffeebean.com.my.

Selamat berhujung minggu! - Getaran, 4 Jun 2022

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Inisiatif ‘Caring Cup’, The Coffee Bean & Tea Leaf® Sumbang RM63,500 Kepada Komuniti Memerlukan 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Perancis Ikrar Kukuhkan Kerjasama 2 Negara

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh