Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kesihatan Penjaga Kepada Pesakit Diabetes Juga Penting!

Sempena Hari Kesihatan Sedunia, kempen ‘For Your Sweetheart’ memberi fokus kepada penjaga pesakit diabetes.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 9:05AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Manual Pendidikan Diabetes 2020 terbitan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia menyatakan tujuh juta orang dewasa di Malaysia berkemungkinan menghidapi kencing manis atau diabetes menjelang 2025.

Ia satu trend yang sangat membimbangkan dan bakal menyaksikan peningkatan sebanyak 31.3% pesakit diabetes dalam kalangan dewasa yang berusia 18 tahun ke atas.

Kajian menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di negara ini menghidapi diabetes. Ia satu penyakit kronik jangka panjang yang memerlukan penjagaan berterusan.

Pada masa sama, jumlah ini akan melibatkan peningkatan bilangan penjaga kepada pesakit diabetes tersebut. 

Oleh itu, dengan trend peningkatan pesakit diabetes ini, peningkatan beban terhadap penjaga mereka juga tidak seharusnya diabaikan.

Pakar Jururawat Diabetes, Dr Tan Ming Yeong menjelaskan, “Diabetes Mellitus merupakan kondisi seumur hidup.

“Hidup dengan diabetes melibatkan pelbagai cabaran fizikal dan psikologi yang boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan, keluarga serta penjaga mereka.

“Terutamanya golongan tua atau mereka yang mengalami komplikasi diabetes, permintaan terhadap penjagaan meningkat jika penghidap diabetes bergantung sepenuhnya kepada penjaga.

“Tuntutan ini menyebabkan penjaga pula terdedah kepada tekanan fizikal dan emosi yang boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup mereka,” jelas Dr Tan.

Tambah Dr Tan, “Tuntutan penjagaan cukup memenatkan dan membebankan. Kesejahteraan penjaga juga sangat penting kerana penghidap diabetes bergantung sepenuhnya kepada mereka.

Gambar: Nataliya Vaitkevich, Pexels
Gambar: Nataliya Vaitkevich, Pexels

“Membantu penjaga dalam menguruskan tekanan, mengembalikan keseimbangan, kegembiraan dan harapan dalam kehidupan mereka, pastinya memberi kesan kualiti hidup yang lebih tinggi.

“Perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh para penjaga untuk pesakit di bawah jagaan mereka ialah dengan memastikan tahap kesejahteraan fizikal dan rohani mereka sendiri,” jelas Dr Tan.

Berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh ramai penjaga, ia merupakan perkara biasa bagi mereka berhadapan dengan tekanan emosi, kelesuan dan keletihan fizikal.

Kekurangan masa, tenaga dan pengurangan aktiviti senaman serta tabiat pemakanan yang tidak sihat turut menyumbang kepada masalah kesihatan si penjaga.

Malah, penjaga kepada pesakit diabetes dari kalangan ahli keluarga sendiri juga berisiko tinggi untuk menghidapi diabetes dan hipertensi.

Berkongsi cabaran menjaga pesakit diabetes, Shanti, anak perempuan kepada Subramaniam (70), “Menjaga ayah semasa dan selepas dia menjalani pembedahan jantung amat mencabar sekali.

“Ayah benar-benar menderita sewaktu pembedahan pintasan jantung tersebut dan penjagaan selepas pembedah juga tidak mudah. Dia bukanlah seorang pesakit yang mudah dijaga.

“Namun, sebagai anak sulung, ia tanggungjawab saya menjaganya. Menyaksikan penderitaan yang ditanggung ayah, tidak dapat saya bayangkan jika saya yang menghidap diabetes.

“Oleh itu, saya nekad untuk membuat saringan diabetes setiap tahun dan mendidik diri saya sendiri dalam mengenal pasti gejala awal diabetes,” ujar Shanti.

Bak kata pepatah, ‘pengalaman adalah guru terbaik’, Encik Ghazali (67) yang menghidap diabetes selama 17 tahun dan dijaga oleh isterinya ingin menasihati semua rakyat Malaysia.

“Kepada masyarakat di luar sana, terutamanya golongan muda, saya menyeru agar anda sentiasa mengawal tabiat pemakanan anda sedari masih muda.

“Ini kerana apabila anda menghidapi diabetes, memang sukar untuk menguruskannya. Diabetes juga akan memberi kesan kepada organ-organ lain seperti jantung dan buah pinggang.

“Saya mendapat tahu pesakit diabetes adalah empat kali ganda lebih mudah untuk menghidapi penyakit jantung. 

“Oleh itu, jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes, silalah lakukan ujian kerana pengesanan awal sangat membantu dalam mengurus diabetes,” ujarnya.

Sehubungan itu, sempena Hari Kesihatan Sedunia, Persatuan Diabetes Malaysia (DM) menganjurkan kempen ‘For Your Sweetheart’ yang akan memberi lebih fokus kepada penjaga.

Ia memberitahu kepentingan menjaga diri kepada penjaga-penjaga ini dengan menghasilkan video bertajuk ‘Diabetes Serious Meh’.

Video ini memaparkan pengalaman beberapa pesakit diabetes serta cabaran yang dihadapi oleh penjaga mereka sepanjang bersama pesakit diabetes tersebut.

Kempen ‘For Your Sweetheart’ turut menjemput semua rakyat Malaysia, terutamanya para penjaga untuk menjalani Saringan Diabetes HbA1c secara percuma di klinik-klinik terpilih.

Inisiatif murni ini bertujuan bagi mewujudkan kesedaran awam tentang hubung kait antara diabetes dengan penyakit jantung.

Pemeriksaan diabetes percuma ini disokong oleh Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dan Persatuan Diabetes Malaysia (DM).

Berlangsung sehingga 31 Disember 2022, layari For Your Sweetheart untuk mendaftar secara percuma pada hari ini! – Getaran, 22 Mei 2022

Gambar: Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia 


 

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Hampir RM10 Bilion Dibelanja Bagi Penyakit Tidak Berjangkit - Dr Zaliha

2

Refleksi 5 bulan yang lalu

Risiko Mati Pucuk Lebih Tinggi Dalam Kalangan Lelaki Menghidap Diabetes

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jangan Ambil Mudah, Waspada Penyakit Diabetes, ‘Budaya Gula’

4

Semasa 10 bulan yang lalu

MyCC, KPDN Jalin Kerjasama Pastikan Pengguna Tak Berdepan Isu Gula

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi