Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nasi Kucing, Bakpia Mesti Cuba Kalau Ke Yogyakarta

Kota Yogyakarta di Indonesia tidak pernah sunyi daripada kehadiran pelancong yang ingin menikmati keunikan budaya dan cita rasa penduduk tempatan. Teruskan membaca untuk cadangan kami jika mahu ke sana.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 3:32PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kota Yogyakarta yang juga dikenali sebagai Jogja, Yogya dan Jogjakarta merupakan sebuah kota yang terletak di Kepulauan Jawa, Indonesia.

Dengan kepadatan penduduk mencapai 413,961 (sehingga Disember 2018), kota ini ternyata tidak pernah sunyi daripada kehadiran pelancong yang ingin menikmati keunikan budaya dan cita rasa penduduk tempatan. 

Candi Borobudur, antara tarikan Yogyakarta. Gambar Fail
Candi Borobudur, antara tarikan Yogyakarta. Gambar Fail

Satu satu budaya atau aktiviti malam yang cukup popular dalam kalangan warga kota Yogjakarta ialah menikmati makan malam bersama keluarga dan teman-teman di angkringan. 

Angkringan merupakan gerai-gerai makan di tepi jalan yang menghidangkan ‘Nasi Kucing’  berserta lauk-pauk kegemaran masyarakat tempatan. 

Bermula jam 5.00 petang hingga lewat malam, Jalan Malioboro, jalan utama di kota ini, akan sesak dengan penduduk yang mahu menghabiskan masa bersama teman-teman sambil menikmati hidangan makan malam super jimat. 

Kalau anda hendak tahu, Nasi Kucing merupakan hidangan yang cukup sederhana, tetapi punya keunikan tersendiri. Dikenali sebagai ‘Nasi Kucing’ kerana hidangan itu dibungkus kecil-kecil seolah-olah saiz hidangan nasi yang sering diberikan kepada kucing peliharaan.

Nasi Kucing yang mencerminkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat ini dijual pada harga yang cukup murah iaitu sekitar Rp3,000 (RM0.90) ke Rp10,000 (RM3.00). 

Nasi Kucing kebiasaanya ditambah sambal, ikan dan tempe, lalu dibungkus menggunakan daun pisang. Namun, untuk menambah selera, terdapat banyak lauk-lauk lain yang boleh dibeli untuk dinikmati bersama Nasi Kucing. Lauk-lauk tambah ini juga dijual pada harga yang murah. 

Pengalaman makan di angkringan ternyata memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi jika menikmatinya dengan bersila di lantai. Jika datang bersama rakan-rakan, sebungkus nasi memang tidak cukup, paling kurang tiga bungkus. Sambil menikmati hidangan, akan ada pemuzik-pemuzik jalanan yang akan menghiburkan. 

Bagaimana dengan tahap kebersihan? Tepuk dada tanya selera. Jika anda mempunyai perut sensitif, mungkin anda perlu berhati-hati dalam memilih angkringan. Satu tip untuk anda, pilih angkringan yang bersih dan terkenal di kalangan penduduk setempat. Buat carian di Google terlebih dahulu untuk dijadikan panduan. 

Antara angkringan popular di kota Yogjakarta ialah Angkringan Lek Man, Angkringan Pak Jabrik, Angkringan Wijilan, Angkringan Pak Jack dan Angkringan Kopi Joss Lik Man. 

 

Beli Bakpia Untuk Oleh-oleh 

Bagi anda yang gemar membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang, cuba lari daripada kebiasaan.

Daripada membeli rantai kunci, magnet peti sejuk, atau kemeja-T, apa kata anda beli Bakpia yang merupakan salah satu makanan istimewa di Kota Jogjakarta. Sekurang-kurangnya teman-teman atau saudara-mara boleh menikmati menu negara seberang. 

Kuih berbentuk bulat ini mempunyai pelbagai perisa dan ia mudah dibawa pulang kerana dipek di dalam kotak kecil. 

Jika diperhatikan, biskut yang biasanya berintikan kacang hijau, keju atau kacang merah ini punya persamaan dengan sejenis biskut masyarakat Cina. Selepas buat carian di Google ternyata biskut ini ada kena-mengena dengan masyarakat Cina.

Menurut Wikipedia, Bakpia adalah makanan yang dibuat daripada campuran kacang hijau dengan gula, yang dibungkus dengan tepung, lalu dipanggang. Istilah 'Bakpia' sendiri adalah berasal dari dialek Hokkien, iaitu dari kata ‘bak ’yang bermaksud daging dan ‘pia’ yang bermaksud kuih. 

Kalau versi original, Bakpia berintikan daging babi, tetapi memandangkan masyarakat Yogyakarta majoritinya beragama Islam, jadi ia telah diubah suai bagi menepati citarasa tempatan. 

Bakpia boleh dibeli di Jalan Malioboro. Banyak gerai-gerai tepi jalan yang menjual menu popular ini dengan harga sekitar Rp20,000 (RM6.00) ke Rp30,000 (RM9.00) untuk sekotak yang berisi 20 biji.

Bagaimanapun, jika anda mementingkan kualiti dan rasa, lebih baik beli Bakpia Premium yang boleh didapati di kedai-kedai istimewa seperti Bakpia Pathok 25, Bakpia Kencana, Bakpiaku, Bakpia Djava, Bakpia Citra Premium, Bakpia Merlino dan Bakpia Kurnia Sari.

Bagaimanapun, Bakpia versi premium ini harganya lebih mahal iaitu sekitar Rp28,000 (RM8.40) sekotak (10 biji).

Sudah sedia untuk menjejak kota lokasi penggambaran filem Ada Apa Dengan Cinta Ini 2? Jom semak beberapa pilihan hotel trendy lagi menjimatkan!

 

1. La Luna Resort Yogyakarta

Perfect for couples! Hotel ini akan membuatkan anda tersenyum puas. Terletak 6 kilometer dari Monumen Tugu, hotel ini menawarkan bilik-bilik berkonsepkan vila-vila kayu yang dihias menawan.

Gambar: Booking.com
Gambar: Booking.com

Ia juga lengkap dengan kolam renang untuk memberi peluang kepada tetamu untuk bersantai melepaskan lelah setelah seharian meneroka bandar yang kaya dengan sejarah ini. 

Dinding jingga pudar, jubin dan tekstil bercorak berwarna-warni serta sarapan terapung adalah perkara yang membuatkan La Luna Resort menjadi sebutan.

Anda akan berasa seperti telah melarikan diri ke Pulau Dewata Bali, namun masih dapat menerokai warisan yang mengagumkan di Jogja! Bilik yang selesa dengan lontaran berwarna cerah menanti kunjungan tetamu yang sukakan cabaran.

Gambar: Booking.com
Gambar: Booking.com

Paling seronok, setiap sudut boleh boleh dijadikan tempat anda memotret foto untuk dikongsi ke akaun media sosial masing-masing.

Untuk maklumat lanjut dan melihat harga, anda boleh ke pautan ini

 

2. Artotel Jogja

Hotel berkelas butik ini memang wajib disinggahi jika anda seorang pencinta seni. Artotel Jogja menampilkan karya seni asli artis-artis tempatan yang berbakat dengan cara yang kreatif dan tidak dijangka.

Gambar: Booking.com
Gambar: Booking.com

Diterajui oleh pengasas ARTJOG, Heri Pemad, Artotel memilih sendiri tujuh bakat baharu untuk mentafsir cerita rakyat Jawa menjadi sebuah dekorasi seni menawan.

Hotel ini sering menjadi pilihan pengembara metropolitan yang bergerak pantas dan pengembara santai.

Gambar: Booking.com
Gambar: Booking.com

Menawarkan tiga jenis bilik yang boleh dijadikan pilihan iaitu Studio 23, Studio 25 dan Studio 41, di mana setiap nombor itu mewakili ukuran keluasan bilik. Jadi, pilihlah ruang yang benar-benar mendatangkan keselesaan anda. 

Untuk semakan harga dan maklumat lanjut anda boleh terus ke laman sesawang hotel ini. 

3. Greenhost Boutique Hotel 

Menjadi buruan ramai setelah ia menjadi salah satu lokasi penggambaran untuk filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Mengangkat idea eco-friendly, hotel ini menggunakan konsep hijau untuk perincian yang teliti.

Gambar: Booking.com
Gambar: Booking.com

Selepas bersesak-sesak dengan suasana kota yang agak menyesakkan, anda boleh melangkah masuk ke hotel ini dengan rasa nyaman dan menyegarkan. 

Bilik-bilik yang menggunakan material kayu dan bata-bata putih mempunyai keluasan yang menyenangkan, malah susur aturnya yang minimalis menyuntik mood santai yang mengundang tidur malam yang lena.

Gambar: Booking.com
Gambar: Booking.com

Sesuai dengan konsep eko, peralatan mandian eko seperti sabun beras atau serai untuk tetamu juga disediakan, memberikan sentuhan kemasan yang menarik.

Sila buat tempahan di sini jika anda sudah sedia untuk mengembara ke Jogjakarta. - Getaran, 15 Mei 2022

Gambar : Rahayu Mat Nah, kecuali tertera

Isu Pada

Pyu, Tok Dalang Cilik

14 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

3

TARA 7 bulan yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Cecah RM59.2 Bilion Tahun Lepas

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu