web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Depan Anak-Anak, Tunjuk Yang Baik-Baik Saja

Penulis undangan kami Firdaus Mokhtar berkongsi secebis kisah kehidupan buat renungan semua.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 8:59AM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada seorang puan ini, mesej kepada saya. Beritahu ada masalah dengan suami.

Suami dia ada hubungan dengan isteri orang. Akibat hubungan tu, isteri orang itu bercerai. Sebab nak kahwin dengan suami puan inilah.

Itu satu hal. Si suami ini punyalah hendak kahwin lagi, tapi apabila tidak dapat persetujuan isteri, habis dia amukkan isteri ni. Dingin selalu.

Habis barang rumah dia pecahkan. Dengan isteri ni dia cekak leher, cengkam lengan, tolak ke katil, heret dari ruang tamu ke dapur. Sakit-sakitlah badan puan ini.

Bukan hal ini yang saya nak sebut. Yang saya nak tulis di sini, pasangan ini ada anak-anak. Mata anak-anak jadi saksi semua yang berlaku.

Anak yang sulung lelaki, Tingkatan 1 tahun ini. Sudah mula ada perasaan, dalam umur nak membesar. Mula ada emosi marah dan benci.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Dia tak suka tengok apa yang ayah dia buat dekat mak dia. Pernah sekali, masa ayah dengan mak tengah bergaduh, dia jadi sangat marah.

Nak suruh mak ayah berhenti bergaduh, dia tumbuk pintu bilik.

Banyak kali.

Dengan harapan mak ayah fokus kepada anak ini, tengok anak yang ada.

Luka, terbelah dan berdarah tangan anak sulung dia. Bengkak penumbuk anak dia beberapa hari.

Ada gambar tangan anak ni, puan tadi bagi kepada saya.

Anak dia kecewa. Marah kepada ayah yang selalu pukul mak sendiri. Dan emosi marah ini dia cerita selalu kepada maknya.

“Benci ayah! Tak suka ayah!”

Allahu. Ini yang kita takutkan. Anak sampai timbul benci kepada ayah kandung sendiri.

Puncanya kita, suami isteri suka bergaduh depan anak-anak. Tak peduli emosi dan perasaan anak-anak.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Berapa pun umur mereka, kecil setahun dua sekali pun, mereka ini cekap merekod apa yang mereka nampak. Setiap satunya akan melekat dalam memori mereka.

Kita semua faham, rumah tangga memang akan ada waktu diuji. Ada keadaan yang kadang jadi punca kita dan pasangan tak sefahaman. Kita rasa diri kita betul, pasangan salah.

Kita dan dia dua-dua cuba nak tegakkan pendapat sendiri. Maka kita bergaduh, bertekak. Ya, ini biasa berlaku.

Cuma seboleh-bolehnya elaklah perkara ini berlaku depan anak-anak. Biarlah di depan anak-anak, perangai kita seperti di laman media sosial kita, nampak elok dan baik sahaja. 

Semua hal bertikam lidah kita dengan pasangan, biarlah kita dan pasangan kita yang tahu.

Depan anak-anak, kitalah malaikat mereka. Yang setiap masa menabur cinta dan kasih sayang.

Supaya nanti, anak-anak ini membesar dengan jiwa yang sangat baik. Anak lelaki pandai menghormati wanita yang lain, dan anak perempuan terdidik sifat malu dan lemah lembutnya.

Begitulah hendaknya.

Sekian.

Ya Tuhan, selamatkanlah kami. - Getaran, 17 April 2022

Isu Pada

Evolusi Pendidikan Islam

16 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Ditahan Bergaduh Di Kasino, Saki-Baki Terlibat Diburu Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh