Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berlayar Di Halong Bay, Lawati Lokasi Filem ‘Kong : Skull Island’

Hanoi bukan destinasi percutian yang boleh diterjah tanpa sebarang perancangan. Mari baca kisah Rahayu MN di negara unik ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 4:47PM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika dihitung, sudah terlalu lama saya tidak berpeluang mengembara ke luar negara. Rindu itu sudah pasti. Namun apakan daya, keselamatan diri harus menjadi keutamaan selagi virus COVID-19 masih hidup di dalam komuniti.

Kini pintu negara telah mula dibuka untuk tujuan pelancongan. Jujur saya katakan, biarpun hati melonjak riang, namun banyak faktor yang menyebabkan saya terpaksa menangguhkan hasrat hati untuk terbang ke luar negara.

Ternyata terlalu banyak ‘itu dan ini’ yang perlu dipatuhi. Malah, harga tiket kapal terbang juga mencanak naik sebaik sahaja negara beralih ke fasa endemik.

“Tidak mengapalah, sabar dahulu. Tak lama lagi mungkin syarat-syarat perjalanan yang renyah itu tidak lagi digunapakai, mungkin harga tiket kapal terbang juga lebih murah” – pujuk hati ini.

Buat masa ini saya hanya mampu merancang. Ada beberapa destinasi yang ingin saya kunjungi lagi kerana ada ‘pembetulan’ yang ingin dilakukan. 

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Salah satu daripadanya ialah, Hanoi, Vietnam. Kunjungan pertama pada 2018 lalu, satu demi satu kesilapan yang saya lakukan. Malah, ‘The Train Street’ yang popular itu pun tidak saya jejaki.

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke Hanoi, kisah yang ingin saya kongsikan kali ini mungkin boleh menarik minat anda untuk bercuti ke Hanoi dan daerah-daerah berhampiran.

Hanoi adalah pusat pentadbiran Vietnam. Pusat bandarnya dipisahkan dengan kawasan pinggir yang dipenuhi sawah oleh Jambatan Sungai Merah, yang satu pertiga sudah musnah teruk apabila dibom sebanyak tiga kali ketika Perang Vietnam pada 1960-an. 

Satu peringatan, Hanoi bukan destinasi percutian yang boleh diterjah tanpa sebarang perancangan. Sebabnya, negara Indo-China ini memang terkenal dengan travel scam.

Silap perhitungan, bukan sahaja duit melayang, malah pengalaman juga menggerunkan. 

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Jadi, apa yang perlu dilakukan? Buatlah homework secara dalam talian. Bergantung kepada tarikan yang ingin dilawati, anda boleh dapatkan maklumat lebih awal bagaimana cara dan berapa kos yang diperlukan untuk ke satu-satu tempat.

Lebih baik tidak menyewa kenderaan kerana kota Hanoi bukan ‘pentas’ yang sesuai untuk pemandu-pemandu Malaysia.

Jalan selamat, beli pakej lawatan yang diminati daripada agensi pelancongan yang boleh dipercayai (berdasarkan ulasan-ulasan daripada laman sesawang seperti TripAdvisor).

Salah satu agensi percutian yang mendapat ulasan positif ialah Urban Adventures. Dek itulah, saya juga menggunakan khidmat agensi ini tempoh hari. Biarpun harga yang dikenakan agak mahal, tapi puas hati kerana setiap trip hanya melibatkan kumpulan kecil iaitu maksimum 12 orang. 

 

Berlayar di tapak warisan dunia

Memandangkan Halong Bay merupakan sebab utama penulis terpanggil ke kota ini, jadi lawatan ke destinasi bualan ramai ini tidak mungkin dilepaskan. Bermodalkan USD 90 (sekitar RM380), penulis membeli pakej lawatan sehari daripada Urban Adventures. 

Terletak 180 kilometer di utara Hanoi, berbaloi rasanya terperuk dalam van kira-kira empat jam untuk melihat salah satu tapak warisan dunia ini.

Ratusan kapal besar dan bot nelayan yang keluar masuk ke Halong Bay atau Teluk Naga memberikan pemandangan pelabuhan silam. Kehadiran kapal-kapal layar kayu berwarna coklat seakan-akan membawa pengunjung kembali ke era dahulu. 

Aktiviti berenang atau menyelam tidak sesuai dilakukan di sini kerana kepekatan garam di teluk ini terlalu tinggi.

Ribuan pulau yang membentuk landskap menakjubkan turut menjadi saksi kepada pertembungan tentera Vietnam dan kuasa asing termasuk China dan Amerika Syarikat suatu ketika dahulu.

Terdapat 1,969 pulau batu kapur yang bertaburan di Halong Bay dan yang paling terkenal ialah Gua Hang Dou atau Grotte des Merveilles yang diterokai oleh warga Perancis pada abad ke-19.

Ini adalah lokasi persinggahan jika mengikuti trip lawatan sehari ini. Menjengah ke dalam gua, pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit menakjubkan boleh dilihat seperti obor-obor, gajah, monyet dan naga. 

Seandainya anda punya masa dan ingin menjelajah kawasan pantai- pantai di pulau Tuan Chau dan Cat Ba, kena beli pakej 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam dengan bermalam di atas kapal pelayaran. Tapi kenalah bersedia untuk membayar kira-kira USD150 (sekitar RM634). 

Satu lagi fakta perlu tahu, tiada jaminan makanan halal jika mengikuti trip ini. Saya sendiri hanya makan mi segera yang dibawa sendiri untuk makan tengah hari.

Biarpun makanan laut seperti udang dan sotong dihidangkan di atas meja, tetapi memandangkan daging babi turut terhidang, saya buat keputusan menolak. Was was dibuatnya.

Trip sehari ini berakhir kira-kira jam 8 malam selepas melalui perjalanan kira-kira 8 jam pergi dan balik. Memang memenatkan, tetapi berbaloi.

Ini juga salah satu kesilapan yang saya lakukan. Sepatutnya saya bermalam di atas kapal dan nikmati pemandangan Halong Bay dengan sepuas-puasnya pada waktu malam. 

 

Berbasikal, menaiki sampan dan melawat set filem Hollywood

‘Citadel, Karst And Cycles’ adalah satu lagi pakej lawatan harian yang cukup menarik untuk diikuti. Jika mahu melihat keindahan bumi Vietnam, trip ini pasti memberi kepuasan.

Aktiviti berbasikal selama 30 minit menjanjikan hamparan landskap yang menghijau serta berpeluang mengintai rumah-rumah tradisonal di kawasan kampung.

Bintang utama trip ini pastinya aktiviti menaiki sampan di daerah Quang Binh, Vietnam yang menjadi latar filem Kong : Skull Island.

Mengambil masa kira-kira 3.5 jam, anda akan dibawa menyelusuri kawasan-kawasan terpencil yang cukup unik.

Seperti mana yang anda saksikan di dalam filem Kong, begitulah bentuk muka buminya. Lain dari yang lain. Seolah-olah merentasi masa dan alam berbeza. Magis alam memberi pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.  

Selesai mengintai ke beberapa buah gua, pengunjung dibawa ke set perkampungan orang asli yang menjadi tempat perlindungan watak-watak utama.

Perkampungan ciptaan pengarah ini masih terjaga rapi. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat. Ini kerana hentian ini ditentukan pada saat-saat akhir iaitu ketika memulakan perjalanan dari hotel.  

Kebiasaannya pengunjung akan dibawa menyusuri sungai di Tam Coc yang seringkali dibanjiri pelancong tempatan mahupun luar negara. Jadi, memang bertuah sangat apabila trip ini dilencongkan ke sini.

Lokasi penggambaran 'Kong : The Skull Island'
Lokasi penggambaran 'Kong : The Skull Island'

Alat-alatan yang digunakan masih terjaga rapi oleh pihak bertanggungjawab. Tambah menarik, ada penduduk kampung yang lengkap berpakaian seperti di dalam filem menyambut kehadiran anda. Jika mahu bergambar bersama mereka, ada caj dikenakan.

Sumbangan anda akan digunakan untuk penyelenggaraan tempat ini seperti kemudahan tandas dan kerja-kerja pembersihan. 

Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua pakej trip harian ini, anda boleh jenguk laman sesawang ini. - Getaran, 10 April 2022

Pemandangan ketika berbasikal
Pemandangan ketika berbasikal
Lokasi penggambaran filem 'Kong : Skull Island'
Lokasi penggambaran filem 'Kong : Skull Island'

Gambar : Rahayu Mat Nah

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Puluhan Maut Kebakaran Pangsapuri Di Hanoi, Vietnam

2

TARA 1 tahun yang lalu

Rebut Peluang Beraya Sambil Bercuti Bersama Keluarga, Sudahkah Anda Memilih Destinasi Yang Sesuai? 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

4

TARA 1 tahun yang lalu

Tokyo Town 101 Ubat Kerinduan Percutian Ke Jepun

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini