Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mengapa Aku 'Emo' Bila Berbicara Tentang P. Ramlee

Fesyen, legasi, pendidikan dan seorang seniman agung. Jiman Casablancas bercerita tentang bagaimana satu sesi di Clubhouse membuat dirinya (hampir) dibawa emosi.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Mar 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu lepas pada suatu malam yang biasa-biasa saja aku secara tidak sengaja terlibat dalam satu perbincangan di dalam platform media sosial yang paling hangat ketika ini iaitu Clubhouse, tentang kehebatan serta artistry yang tiada tolok bandingnya seorang legenda masyhur tanah air iaitu Tan Sri P. Ramlee. 

Secara spesifik, aku kurang pasti tentang topik yang dibualkan namun yang aku ingat, para panelis rata-rata mengutarakan kehebatan beliau dalam seni pengarahan filem, gubahan lagu, nyanyian serta lakonan yang kesemuanya aku amat setuju.

Pada aku, ia bagaikan satu perbualan yang berlandaskan truism – sebab semuanya betul. 

Pada mata dan hati aku, setakat ini, masih tiada siapa lagi yang dapat menandingi kehandalan P. Ramlee dalam pelbagai bidang yang beliau ceburi. Beliau mempunyai midas touch yang sangat magis. Perginya beliau tidak berganti.

Aku mendengar khusyuk hujahan setiap panelis sambil kerap kali mengangguk-anggukkan kepala. Dan kepada sesiapa di luar sana yang tidak tahu apa itu Clubhouse, it’s very much like a podcast. Bezanya siapa-siapa saja boleh tampil memberikan pendapat.

Dan kerana itu juga, macam-macam boleh terjadi dan perselisihan pendapat bagaikan tidak boleh dielakkan. 

Menyedari kehadiran aku di dalam sesi perbualan itu, sang moderator telah menjemput aku ke ruang perbincangan untuk turut memberikan pendapat.

Oleh kerana minatku sering kali menjurus kepada topik stail dan fesyen dan topik ini masih belum lagi disentuh oleh mana-mana panelis, aku terpanggil untuk berbicara tentang subject matter ini agar ia dapat memberikan satu perspektif yang segar.

Jujur aku katakan bahawa tiada filem Melayu lain yang dapat menandingi filem 3 Abdul dari segi penataan gaya, khususnya dari aspek menswear.

Dikeluarkan pada tahun 1964 di bawah arahan dan lakonan seniman negara ini, 3 Abdul sangat menitikberatkan elemen fesyen dalam pengembangan karakter watak-watak utama filem tersebut.

P. Ramlee sebagai Abdul Wahub, seorang ahli muzik dan anak yang paling bijak, sentiasa memakai persalinan kemeja putih lengan panjang dipadankan dengan vest ataupun persalinan penuh suit putih bespoke yang terletak elok di atas badannya yang tegap. 

Haji Mahadi dan S. Kadarisman sebagai kekanda-kekanda beliau iaitu Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang tamak dan agak kurang cerdik pula digayakan dengan persalinan gelap debonair melambangkan watak antagonis mereka. Suit mereka juga dipadankan dengan pocket squares berwarna putih dan songkok tarbus ber-tassle sebagai pelengkap gaya.

Melakonkan watak Sadiq Segaraga, bapa mertua Abdul Wahub, Ahmad Nisfu sering kali muncul memakai flamboyant silk robe ala bapa kepada semua playboy antarabangsa, Hugh Hefner.

Aku juga menyentuh tentang fesyen primadona Jalan Ampas dalam filem itu. Sarimah, Mariani dan Dayang Sofia sebagai Ghasidah, Hamidah dan Rafidah masing-masing begitu elegan dengan gaun broked ketat, rambut beehive, solekan kohl hitam dramatik di mata, sarung tangan hingga ke siku sehinggalah ke tas tangan vintaj.

Ringkasnya, tiada yang cacat tentang keseluruhan filem ini dari segi penampilan dan gaya. It’s Malay cinema at its fashionable best!

Filem-filem hitam putih P. Ramlee secara umumnya memang menekankan gaya yang sangat hebat dan teliti. Daripada kostum samseng Kampung Pinang Sebatang dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959), yang diketuai oleh Shariff Dol, hinggalah ke kostum lanunnya di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) adalah di antara yang paling saya minati.

Persalinan seluar belang, kasut boot separa lutut, eye patch dan lengkap dengan cape everything is so Jean Paul Gaultier.

Dalam filem Madu 3 (1964) pula, P. Ramlee begitu menitikberatkan penggayaan fesyen seniwati-seniwati legenda yang memegang watak ketiga-tiga isterinya iaitu Sarimah, Zaharah Agus dan Jah Mahadi.

Masing-masing berkebaya korset ketat dan dipadankan dengan kain batik namun masih digayakan begitu stylish dengan pairing kaca mata hitam dan memandu sports car memberikan mesej wanita Melayu yang berpegang teguh dengan imej ketimuran tetapi tetap moden dalam pelbagai aspek yang lain.

Ternyata P. Ramlee seorang seniman yang mendahului zamannya. Cinematic genius adalah perkataan yang tepat bagi menggambarkan penataan gaya filem-filem beliau.

Tiap kali aku berbicara tentang fesyen di dalam filem-filem Allahyarham, aku secara automatik akan menjadi passionate. Aku bincangkan juga bagaimana filem-filem beliau sering kali diangkat sebagai inspirasi di dalam setiap koleksi yang aku pernah keluarkan ketika masih bersama Tarik Jeans.

Mungkin juga sebab aku dah lama tak berborak panjang tentang fesyen atau seni kreatif kerana sering terperuk di dalam rumah akibat penangan pandemik COVID-19. Kalau ada pun berborak panjang, topik situasi sosial, ekonomi dan politik negara seringkali mendominasi perbualan. Bosan.

Clubhouse pula muncul dalam hidup aku pada waktu yang amat tepat di kala aku sudah bagaikan mengalami screen fatigue. Konsep audio yang diperkenalkan sangat refreshing dan malam itu, aku ambil peluang untuk lepas geram. 

Selesai giliran aku berbicara, beberapa orang panelis undangan lain turut memberikan pendapat dan ada yang mengutarakan soalan-soalan berkenaan P. Ramlee yang selama ini bagaikan terbuku di hati.

Mana yang aku boleh contribute, aku kongsi dengan ikhlas kerana pada aku, topik tentang P. Ramlee ini sudah jarang kita bincangkan dan amat penting sekali untuk generasi baru negara mendengar tentang pelbagai sisi kreatif seniman agung ini.

Dalam suasana hangat perbincangan, salah seorang pendengar telah mengutarakan satu soalan, “Bagaimana kita boleh teruskan legasi P. Ramlee ini?”. 

Ah, soalan yang bagus, fikirku. Pelbagai jawapan diberikan panelis. Paling aku bersetuju unjuran tentang sistem pendidikan negara yang langsung tidak menerapkan tentang pentingnya perbincangan tentang seni peninggalan P. Ramlee di dalam buku teks sejarah mahupun seni muzik.

Kalau adapun mungkin ia tidak mencukupi. Aku menambah hujahan ini dengan memberikan galakan kepada kesemua penggiat industri kreatif agar sentiasa mengabadikan hasil kerja P. Ramlee di dalam warkah seni mereka agar ianya mekar sepanjang zaman.

...aku masih punyai keyakinan tinggi kepada generasi baru negara ini yang semakin 'woke' dengan persekitaran mereka.

Kita tidak boleh terlalu menyalahkan sistem yang sememangnya akan terus begitu jika Pak Menteri sendiri tidak mempunyai minat untuk menjunjung tinggi legasi seni dan kebudayaan negara.

Aku mengambil contoh masa kini, bagaikan wujud satu apresiasi baru terhadap lagu-lagu Melayu lama dengan munculnya kolektif DJ seperti Disko Santan, Public School dan Layu Kembang yang aktif memutarkan lagu-lagu dari era kegemilangan lagu Melayu untuk santapan peminat mereka, sekali gus membuka minda generasi baru peminat muzik negara terhadap lagu-lagu P. Ramlee yang kaya dengan lenggok kemelayuan.

Dalam kemalapan perbincangan tentang P. Ramlee di dalam sistem pendidikan negara, aku masih punyai keyakinan tinggi kepada generasi baru negara ini yang semakin woke dengan persekitaran mereka.

Kita tidak boleh terus terusan menuding jari. Seorang panelis pada malam itu bagaikan ingin menidakkan keyakinan aku dan dalam keheningan malam itu, aku dapat mendengar suaraku menjadi semakin tinggi dalam menegakkan pendapat.

Aku cuba kawal emosi namun aku rasa malam itu, mungkin ada yang menganggap aku sedikit kurang ajar. Minta maaf (cue lagu 'Maafkan Kami' dari filem Pendekar Bujang Lapok).

Aku tidak ingat nama panelis itu tetapi jika dia berpeluang membaca artikel ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kerana telah membuka mata aku untuk merujuk kepada sebuah kajian yang pernah di tulis pada tahun 2010 (Jurnal Pengajian Melayu Jilid 21) iaitu 'Analisis Semiotik Lirik Lagu-lagu Gubahan P. Ramlee' yang ditulis oleh Abdul Hamid Adnan dan Tengku Intan Marlina Tengku Ali.

Kita semua dalam satu proses pembelajaran yang panjang. 

Topik tentang P. Ramlee ini sebenarnya sangat menarik dan sensitif bagi ramai orang. Jika ada yang pernah menonton dokumentari tentang beliau di History Channel, anda tentu dapat merasakan betapa hibanya pengakhiran hidup beliau.

Seorang yang sangat berjasa kepada industri kreatif negara dan amat terbukti kasih sayangnya kepada kebudayaan Malaysia, jasanya hanya dijulang setelah beliau meninggal dunia.

Selepas perdebatan malam itu, beberapa hari aku hanya mendengar lagu-lagu Allahyarham di dalam kereta semasa perjalanan ke tempat kerja. Semuanya aku dengar dengan sudut pandang yang baru. Hebat sungguh manusia yang satu ini. He is seriously worth arguing for. - Getaran, 6 Mac 2021

Isu Pada

Mizz Nina

06 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu