Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Jenis Biji Kopi Terbaik Dunia

Pelbagai kriteria yang diambil kira oleh penggemar kopi untuk menentukan kopi manakah yang dianggap terbaik buat mereka. Mari kenali lima pilihan kami.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 9:09AM

Gambar: Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang suka minum kopi terutamanya di waktu pagi. Tentu anda ada mengenali individu yang sangat kerap minum kopi sehinggakan individu itu berasa ‘tidak lengkap’ jika tidak meminum kopi seharian. Ada yang membelinya di kedai, malah ada juga yang membancuh sendiri di rumah menggunakan pelbagai jenis alatan.

Pelbagai kriteria yang diambil kira oleh penggemar kopi untuk menentukan kopi manakah yang dianggap terbaik buat mereka. Ada yang menilai dari segi aroma, ada juga dari segi rasa untuk menentukan tahap keenakannya.

Mari kita lihat lima jenis biji kopi yang dikatakan terbaik di dunia:

 

Tanzania Peaberry

Peaberry atau nama lainnya caracolillo dalam bahasa Sepanyol ialah sejenis kopi yang datang daripada salah satu produksi kopi terbesar dunia iaitu di Tanzania.

Biji benihnya ditanam di gunung Kilimanjaro dan Meru yang merupakan sebuah kawasan gunung berapi di Tanzania. Ia mempunyai saiz benih yang sederhana dan warnanya sedikit cerah.

Kopi ini dipanggang dengan kadar suhu sederhana sehingga warnanya bertukar kecoklatan. Dari segi rasa, ia mengeluarkan rasa yang pekat dan kaya dengan perisa. Harga pasaran kopi ini boleh didapati dengan anggaran RM39.52 setiap auns.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

 

Kona Hawaii

Biji kopi Kona pula sejenis kopi yang yang mengeluarkan rasa yang sedikit berbeza kerana ia bergantung pada tanah ladang biji kopi itu ditanam. Ia berasal dari kawasan di bahagian barat pulau Hawaii (The Big Island), di Amerika Syarikat.

Benih kopi ini ditanam di cerun-cerun gunung berapi Mauna Loa dan Hualalai. Ia juga dipanggang dengan kadar suhu sederhana.

Kopi ini mengeluar rasa yang lebih 'ringan' dan halus serta aroma yang agak kompleks serta sesuai untuk diminum oleh semua lapisan masyarakat. Harga pasaran bagi kopi ini ialah RM39.30 setiap auns.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

 

Nicaragua 

Biji kopi Nicaragua menjadi kemunculan baharu dalam senarai biji kopi terbaik tahun ini. Kopi ini telah dinilai dengan penilaian yang tinggi oleh pencinta kopi. Ia kaya dengan rasa yang halus dan mempunyai perisa yang seimbang namun keasidannya agak rendah.

Dengan menggunakan tahap panggang sehingga gelap, ia memberikan aroma manis karamel dan coklat serta sitrus pada kopi ini. Ia ditanam di Selva Negra, sebuah ladang di bandar Matagalpa.

Bentuk benih kopi ini lebih besar dan kasar berbanding yang lain. Harga pasaran bagi kopi ini agak mahal iaitu sekitar RM49.36 setiap auns.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

 

Mandheling Sumatra

Ini adalah salah satu biji kopi terbaik yang datang dari negara Indonesia. Ia ditanam di wilayah Lintong, bahagian utara Sumatera berdekatan dengan Danau Toba.

Menariknya, lokasi tanaman ini memberikan rasa yang agak kompleks dan halus kepada kopi serta kaya dengan aroma herba yang unik.

Biji kopi berwarna seakan-akan coklat manis ini dipanggang sehingga gelap dan dianggap salah satu kopi yang mempunyai gred tinggi. Kopi ini dikatakan pilihan terbaik bagi individu yang mahukan tahap asid yang rendah.

Harga pasaran bagi kopi ini ialah RM43.08 setiap auns.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

 

Luwak

Ini satu lagi kopi yang dikatakan terbaik dan dikongsi di beberapa kawasan di Asia Tenggara iaitu Sumatra, Jawa, Filipina dan beberapa kawasan berdekatan.

Kopi ini mempunyai sedikit kontroversi gara-gara cara penghasilannya. Ia datang daripada najis luwak yang merupakan sejenis musang.

Luwak akan memakan buah kopi dan mengeluarkan najisnya bersama biji kopi yang kemudian dicuci sebelum dihidangkan menjadi minuman.

Namun ia dikatakan memberikan rasa yang sangat enak dan aroma yang unit serta rendah asid. Harga bagi kopi ini boleh mencecah sehingga RM300 - RM400 sekilo, akan tetapi ia tidak dijual di merata tempat dan agak sukar untuk dibeli.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Nikmatilah minuman kopi mengikut cita rasa anda. Walau bagaimanapun, kopi mempunyai kandungan kafein dan boleh mendatang kemudaratan dalam diri jika tidak dikawal pengambilannya. Jadi amalkan kesederhanaan sambil menikmati kopi anda. - Getaran, 5 November 2021

Sumber: Espresso Coffee Guide

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi