Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Ya Tuhan' Kolaborasi Unik Al-Jawaher Bersama Dewi Yull

Kumpulan nasyid popular Singapura terus kekal relevan dan kini tampil dengan projek terbaharu bersama vokalis tersohor Indonesia, Dewi Yull.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 10:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama kumpulan nasyid berasal dari Singapura iaitu Al-Jawaher pastinya masih segar dalam ingatan kerana lagu-lagu popular nyanyian mereka seperti 'Sifat Mulia', 'Kembara Di Tanah Gersang', 'Perjalanan' (duet dengan M.Nasir), 'Senandung Unggas' serta lagu popular Hari Raya mereka iaitu 'Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda' masih disenangi sehingga kini dan sering diperdengarkan di corong-corong radio di Singapura dan Malaysia.

Meskipun Singapura berjaya melahirkan kumpulan nasyid seperti Al-Mizan dan Hidayah, adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan kumpulan nasyid Al-Jawaher masih mampu bertahan sehingga kini.

Ini terbukti dengan penghasilan dua buah lagu terbaru mereka menerusi projek yang diusulkan dan diketuai oleh Presiden Jamiyah, Singapura iaitu Datuk Dr Mohd Hasbi Abu Bakar.

Diam tak diam, Al-Jawaher telah menghiburkan peminat-peminat lagu nasyid selama 42 tahun lamanya.

Kumpulan ini dianggotai oleh tujuh orang anggota dengan seorang dari mereka iaitu Habibah Othman yang kini menetap di Johor Bahru.

Projek tersebut lebih istimewa lagi kerana kali ini, kumpulan nasyid malar segar itu berduet dengan penyanyi legenda Indonesia iaitu Dewi Yull menerusi lagu-lagu 'Ya Tuhan' dan 'Hanya Tuhan'.

Salah seorang anggota Al-Jawaher, Norhaiyati Yusop berkongsi, “Kami memang dah buat kerja-kerja amal untuk Jamiyah seperti undangan acara Maulidur Rasul. Kami diundang oleh Presiden Jamiyah untuk projek ini. Beliau sarankan kami berduet bersama Dewi Yull.”

Al-Jawaher terbang ke Bandung, Indonesia untuk rakaman lagu di studio milik Moliano, anggota kumpulan Lovehunters.

Untuk pertama kalinya, Al-Jawaher membawakan lagu-lagu ciptaan komposer popular Indonesia iaitu Chossy Pratama.

Chossy Pratama dikenali sebagai pencipta lagu-lagu sinetron era 90-an dan pernah menghasilkan lagu-lagu hits untuk Chrisye dan Novia Kolopaking.

“Pak Chossy datang ke Singapura dulu untuk latihan vokal bersama kami sebelum kita bergabung dengan Dewi Yull,” kata Norhaiyati.

Penyanyi Dewi Yull sempat datang ke Singapura untuk sesi pelancaran projek tersebut sebelum COVID-19 melanda.

Seorang lagi anggota, Siti Rusminah Jaafar pula berkongsi mengenai pertemuan empat mata buat pertama kalinya dengan Dewi Yull di Singapura. “Saya gembira sebab saya minat Dewi Yull sejak kecil lagi, amat teruja dan macam bermimpi.”

Projek usahasama itu juga sempat dilancarkan di Jakarta dengan kehadiran begitu ramai sekali wakil media dari Indonesia.

Terang mereka lagi, mereka tidak bertemu Dewi Yull di studio Bandung untuk sesi rakaman. Kata Siti Rusminah:

“Pak Chossy takut macet, nanti apa yang kita rancang terjejas. Dewi Yull rakam di studio pak Chossy di Jakarta tapi mereka ini mahirlah, boleh satukan suara kami, bila kita dengar balik semua lengkap.”

Sambung Norhaiyati untuk temu bual ini lagi, “Kita pernah dengarlah lagu-lagu ciptaan dia (Chossy Pratama). Banyak lagu-lagunya, bila dimainkan rupa-rupanya ciptaan pak Chossy, baru kita tahu ini orangnya.”

Bagaimana pula pengalaman merakamkan lagu-lagu ciptaan komposer Chossy Pratama pula?

Jelas Norhaiyati, “Tak banyak beza cuma pak Chossy punya penekanan lebih sebab dia nak pastikan kita sebagai kumpulan tidak tertinggal satu suara pun. Dia nak blend kan suara kita sama rata.

“Dia memang cerewet sebab nak pastikan dia dapat apa yang dia inginkan. Mungkin jangkaan komposer Indonesia lebih tinggi sebab itu vokal penyanyi-penyanyi Indonesia bagus bukan sembarangan.

“Maaf cakaplah, ada artis bila nyanyi live, 'habis', tapi bila rakam lagu sedap didengar. Dia nak walaupun kita nyanyi live sama ada ada muzik atau tidak, kita boleh menyanyi.”

Dengan keadaan pandemik sekarang ini memang sukar untuk mana-mana artis mengadakan persembahan atau bertemu untuk lagu duet. 

Pandangan ini diakui oleh mereka. Kata Norhaiyati, “Memang kita ada kontrak. Sekiranya habis kontrak, kami bebas untuk menyanyi lagu ini walaupun tiada Dewi Yull. Dewi Yull pun bebas menyanyi lagu ini kalau dia mahu.”

Siti Rusminah mewakil Al-Jawaher berharap agar mereka dapat membuat persembahan di Jakarta atau di Batam nanti setelah pandemik COVID-19 berakhir.

“Mereka belum kenal kita sangat. Kita berharap walaupun kita nyanyi dengan Dewi Yull, kita dapat jugak bawa lagu ini ke Malaysia dan lebih baik lagi ke Brunei,” katanya. - Getaran ,12 September 2021

Semua gambar: Jamiyah, Singapura

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Malang Tidak Berbau, 2 Motosikal Jadi Mangsa

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini