web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Setuju Buka Pejabat Konsulat Di Kuching – Premier Sarawak

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 7:33PM

Persetujuan untuk Singapura membuka Pejabat Konsulat Jeneral di Kuching dicapai semasa sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura semalam. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Singapura bersetuju untuk membuka Pejabat Konsulat Jeneral di Kuching bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Sarawak dan republik berkenaan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata persetujuan dicapai semasa sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura semalam.

Abang Johari menerusi kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini berkata pembukaan pejabat itu sekali gus melonjakkan ekonomi Sarawak khususnya dalam sektor pelancongan.

“Saya pun telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika di Singapura mengenai cadangan untuk mempertimbangkan syarikat penerbangan kita MASwings untuk melakukan penerbangan ke Singapura,” katanya.

Sebelum itu Abang Johari mengadakan mesyuarat bilateral bersama Presiden Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) Malcolm Turnbull sempena Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Bali Nusa Dua Convention Centre, Bali, Indonesia hari ini.

Beliau berkata usaha itu akan memperkasakan lagi industri pelancongan Sarawak terutamanya melibatkan kemasukan pengunjung dari Singapura dan juga pelancong yang tiba di Singapura ke Sarawak.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menghadiri sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.

Abang Johari yang turut menyertai delegasi berkenaan telah melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Pelacuran Disyaki Beroperasi Di Hotel 3 Bintang Diserbu, 8 Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

oleh Sophia Ahmad