web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Fasa Penstabilan Di Singapura Dilanjutkan Hingga 21 November

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 9:26PM

Seorang pegawai menjaga laluan masuk ke pasar bagi mengawal kehadiran pengunjung, dalam usaha mencegah penularan COVID-19 di Singapura. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura akan melanjutkan Fasa Penstabilan selama sebulan hingga 21 November kerana lebih banyak masa diperlukan bagi menstabilkan tekanan yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai COVID-19 hari ini.

Republik itu sebelum ini berada di bawah Fasa Penstabilan sejak 27 September lepas dan dijadual berakhir pada 25 Oktober, untuk memperlahankan kadar penularan virus dan melindungi sistem penjagaan kesihatan.

Pengerusi bersama MTF, Lawrence Wong pada sidang media maya hari ini berkongsi mengenai apa yang dilalui sistem penjagaan kesihatan Singapura ketika ini.

Wong berkata hampir 90 peratus katil pengasingan di hospital Singapura sudah penuh manakala lebih dua pertiga katil unit rawatan rapi (ICU) telah digunakan.

"Kami berusaha untuk menambah kapasiti, tetapi ia bukan hanya masalah katil tambahan atau membeli peralatan baharu. Petugas kesihatan semakin terbeban dan kepenatan.

"Sementara kami berusaha untuk memperkuat pasukan itu, ia mengambil masa. Pada situasi sekarang kami menghadapi risiko sistem kesihatan yang semakin tertekan," katanya.

Menurut MTF buat masa ini terdapat sekitar 1,650 katil pengasingan dan 200 katil ICU di hospital awam.

Sehingga 19 Oktober, Singapura mengesan sejumlah 3,994 kes baharu COVID-19 dengan 3,480 jangkitan komuniti, 501 di asrama pekerja migran dan 13 kes import.

Kementerian Kesihatan republik itu mengaitkan situasi itu dengan "lonjakan kes selepas hujung minggu."

Namun, menurut Kementerian Kesihatan pihaknya akan memantau kes untuk beberapa hari akan datang bagi menentukan sama ada "ia lonjakan sementara atau lonjakan terbaru."

Sejak 28 hari lepas, dari 74,641 individu yang dijangkiti, 98.6 peratus tiada gejala atau simptom ringan, 1.0 peratus memerlukan bantuan oksigen, 0.1 peratus di ICU dan 0.2 peratus meninggal dunia.

Secara keseluruhan, setakat ini, Singapura melaporkan 154,725 kes COVID-19 dengan 246 kematian. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad