web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Sesat Ketika Mendaki Bukit Changkat Asa Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2026 4:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Remaja Nur Izzati Humaira Azizul yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di sini, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat remaja itu ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira 11.59 pagi.

"Mangsa ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

"Pasukan SAR mengambil masa 20 minit membawa mayat ke PKTK menggunakan pengusung," katanya kepada Bernama di PKTK di sini hari ini.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Terdahulu, SAR yang masuk hari keempat hari ini dimulakan pada 8 pagi tadi melibatkan pelbagai agensi keselamatan selepas ditangguhkan pada 6.30 petang semalam.

Nur Izzati Humaira, 19, dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian agar sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat.

Selain itu, Ahmad Mukhlis berkata mangsa ditemukan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) di kawasan landai dalam keadaan terlentang tanpa kesan kecederaan yang dapat dilihat serta sempurna tanpa kesan serangan haiwan liar.

"Memandangkan Nur Izzati Humaira berpakaian baju lengan panjang ketika kejadian, tiada sebarang tanda kecederaan fizikal ketara dapat dilihat pada luaran," katanya.

Beliau berkata mangsa ditemukan kira-kira enam meter dari sebuah denai iaitu laluan ke kawasan kebun, dengan kemungkinan remaja itu telah tersasar dari laluan asal lalu tersesat. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

oleh Sophia Ahmad