web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah Secara Berperingkat

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2026 3:30PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Sebanyak 31,600 jemaah Malaysia dalam kalangan 1.5 juta umat Islam dari seluruh dunia yang menunaikan haji tahun ini mula bergerak ke Arafah secara berperingkat sejak 7.30 pagi tadi bagi menunaikan ibadah wukuf esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pergerakan jemaah ke kawasan masyair (fasa kemuncak ibadat haji) berjalan lancar dan dijangka selesai sepenuhnya hari ini.

"Alhamdulillah, sampailah masanya hari yang bersejarah apabila bermulanya jemaah haji Malaysia, duyufurrahman, bergerak ke masyair.

"Kita bermula dari 7.30 pagi dan Insya-Allah akan sempurnakan semuanya hari ini. Mereka akan memulakan wukuf bermula esok," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pelepasan jemaah haji ke Arafah di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 25 bas disediakan bagi setiap maktab untuk membawa semua jemaah di tujuh hotel penginapan secara tiga peringkat menuju ke Arafah yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Makkah.

Zulkifli berkata pergerakan jemaah haji Malaysia ke Padang Arafah membabitkan tiga pusingan utama menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik.

"Tiga pusingan pergerakan jemaah bagi setiap maktab melibatkan trip pertama bermula pada 7.30 pagi," katanya.

Zulkifli turut menasihatkan jemaah supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengelakkan aktiviti luar ketika cuaca panas terutama pada waktu tengah hari.

"Kita nasihat supaya terus fokus. Cuaca panas, jangan keluar pada waktu tengah hari. Kita tidak mahu ada yang tergugat kesihatannya. Kita mahu pastikan jemaah fokus kepada ibadah dan mengikuti segala bimbingan daripada maktab serta khemah yang disediakan," katanya.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menetapkan hari wukuf 9 Zulhijah jatuh pada Selasa (26 Mei), manakala Rabu sebagai hari pertama Aidiladha di negara itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bakar Pekerja Kedai Nombor Ramalan, Pemandu E-Hailing Didakwa Cuba Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

oleh Sophia Ahmad