web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesara Polis Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2026 9:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang pesara polis ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Katil di sini pada Ahad, selepas jiran terhidu bau yang mencurigakan dari kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan MERS999 kira-kira 6.30 petang, sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

"Pihak bomba kemudian dipanggil untuk memecahkan pintu rumah berkenaan, sebelum menemukan lelaki berusia 64 tahun itu dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah.

"Pemeriksaan awal yang dijalankan pegawai penyiasat dan pihak Hospital Melaka mendapati lelaki terbabit telah meninggal dunia dan pemeriksaan fizikal terhadap si mati juga mendapati tiada unsur jenayah dikesan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata menurut jiran, mangsa yang tinggal bersendirian itu tidak kelihatan keluar dari rumah sejak empat hingga lima hari, sebelum bau busuk dihidu dari kediaman berkenaan.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Melaka mendapati punca kematian mangsa disebabkan masalah jantung.

Christoper berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengesan dan menghubungi waris mangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 bulan yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

‘Jadikan Nilai Islam Contoh Dalam Pentadbiran, Pendidikan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.1 Landa Perairan Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad