web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Cedera Parah Ditikam Di Leher

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2026 9:30AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang wanita cedera parah di leher dipercayai ditikam seorang lelaki yang dikenalinya dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata dalam kejadian pada 9.19 malam itu, mangsa yang berusia 35 tahun ditikam di bahagian leher kanan oleh suspek berusia 32 tahun di dalam kereta jenis Mazda milik mangsa.

"Semasa kejadian, mangsa berada di tempat duduk pemandu manakala suspek di tempat duduk penumpang hadapan. Selepas menikam mangsa, suspek telah melarikan diri dari lokasi kejadian dan usaha memburu suspek terus dijalankan.

"Mangsa pula dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini dan setakat ini dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya pada sidang media di sini tengah malam tadi.

Beliau berkata mangsa dan suspek dipercayai saling mengenali kerana menaiki kenderaan yang sama dan masing-masing bekerja sebagai ejen hartanah, namun sejauh mana hubungan mereka masih belum dapat dipastikan.

Syed Basri berkata polis sedang mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian itu dan motif kejadian manakala kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.

"Kita (polis) minta suspek untuk menyerah diri kepada polis dan orang ramai yang mengenali suspek juga diminta menyalurkan maklumat bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

3

Semasa 2 hari yang lalu

Pertelingkahan Bertukar Ganas, Warga Emas 80 Tahun Cedera Dipukul Batang Besi

4

Semasa 3 hari yang lalu

Hilang Ketika Program Tahfiz, Kanak-Kanak 11 Tahun Ditemui Maut

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

‘Jadikan Nilai Islam Contoh Dalam Pentadbiran, Pendidikan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.1 Landa Perairan Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad