Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Kongsi Maklumat Tidak Tepat Ringgit Cecah RM4.98 - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 5:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti berhubung data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit mencecah RM4.98 seperti yang dipaparkan oleh Google.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi hari ini, Fahmi memaklumkan kadar terkini Ringgit berbanding US$1 ialah RM4.70.

"Tak pasti, jangan kongsi! Maklumat yang dipaparkan malam tadi tidak tepat. Hakikatnya kadar terkini Ringgit berbanding US$1 adalah RM4.70," menurut hantaran itu. 

Hari ini Bank Negara Malaysia (BNM) dengan tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit yang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran US$/MYR yang salah diterbitkan oleh Google semalam.

Menurut BNM, maklumat itu adalah tidak tepat dan tidak mencerminkan dagangan sebenar.

Bank pusat itu menjelaskan bahawa pada 15 Mac 2024, kadar pertukaran US$/MYR berada di paras 4.7015 pada 9 pagi dan 4.7045 pada 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi Ringgit seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM. - BERNAMA

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Semasa 1 hari yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ