Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konflik Palestin: Malaysia Dan Jerman Gesa Gencatan Senjata Kekal Dilaksanakan Di Gaza

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 8:24AM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Malaysia dan Jerman hari ini menggesa agar gencatan senjata kekal dilaksanakan di Semenanjung Gaza selain pembebasan tawanan manakala bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin disegerakan.

Ketika membuat gesaan itu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Canselor Jerman Olaf Scholz berkata komuniti antarabangsa perlu merealisasikan penyelesaian dua negara bagi menoktahkan konflik yang sudah berlanjutan selama beberapa dekad di timur tengah. 

"Kadangkala kita berbeza pendapat namun saya rasa dalam isu seperti peperangan di Gaza, kita mencapai kata sepakat bahawa gencatan senjata perlu dilaksanakan segera manakala bantuan kemanusiaan disalurkan kepada rakyat Palestin," katanya pada sidang akhbar bersama Scholz.

Terdahulu, Anwar yang berada di Berlin dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke Jerman telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Scholz dan konflik di Gaza, penyelesaian dua negara serta kesengsaraan rakyat Palestin adalah antara isu yang dibincangkan.

Anwar berkata, Malaysia mengakui bimbang dengan insiden pada 7 Oktober 2023 ketika konflik antara Hamas dengan Israel bermula namun merayu kepada masyarakat Eropah dan Jerman khususnya untuk mengambil maklum fakta bahawa kekejaman, penindasan dan perampokan ke atas rakyat Palestin sudah berlaku selama berdekad-dekad sebelum itu. 

Bercakap mengenai isu sama, Scholz berkata, Jerman yang dikenali sebagai sekutu Israel bersetuju dengan Malaysia bahawa gencatan senjata kekal perlu dilaksanakan bagi mencari penyelesaian secara aman dalam krisis di Gaza.

Canselor Jerman itu berkata, mereka kini menjalin kerjasama rapat dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Arab bagi mengekang peningkatan pertempuran serta mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

"Saya harap kita akan dapat merealisasikan pelaksanaan gencatan senjata kekal sepanjang Ramadan ini pembebasan tawanan oleh Hamas. Ini boleh membawa kepada penyaluran lebih banyak bantuan ke Gaza," kata Scholz yang menambah beliau gembira Anwar memilih untuk berkunjung ke Jerman pada hari pertama Ramadan dan berbuka puasa dengan delegasi Malaysia.

Ditanya sama ada pertemuan hari ini mampu mempengaruhi pelaksanaan gencatan senjata serta-merta di Gaza, Anwar berkata, kedua-dua negara boleh memainkan peranan masing-masing dalam mencari penyelesaian berhubung perkara itu.

"Jerman mempunyai hubungan yang baik dengan Israel dan kami mempunyai hubungan yang sedikit lebih baik dengan Palestin. Satu-satunya penyelesaian ketika ini ialah gencatan senjata kekal manakala penyelesaian akhir ialah dua negara dan ini boleh dilakukan jika komuniti antarabangsa mempunyai keberanian dan komitmen," kata Perdana Menteri. 

Mengulas mengenai hubungan Malaysia dengan Hamas, Anwar berkata, dasar luar negara selama ini adalah konsisten dan merujuk pendirian Malaysia yang menentang aparteid serta pembersihan etnik.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas namun menegaskan bahawa negara ini tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan militan.

Anwar juga berkata, kekejaman yang berlaku sebelum ini selama berdekad-dekad juga tidak boleh dipadamkan dengan hanya melihat kepada sebelah pihak.

"Penyelesaiannya? la bukan sekadar membebaskan tawanan. Ya, ya, saya pernah menyatakan kebimbangan dan meminta mereka dibebaskan.

“Namun adakah selepas itu kita akan menyaksikan semuanya dinoktahkan. Bagaimana pula dengan penempatan (yang diduduki oleh penceroboh dari Israel)?" katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hembus Nafas Terakhir Di Masjid Ketika Selesai Baca Yassin

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 10 jam yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi