web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kartel Makanan Ayam: Pengkhianatan Tertinggi, Sukarkan Kawalan Harga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 5:19PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh ketika meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 di sebuah pasar raya di Kuantan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tindakan lima syarikat pengisar makanan ayam yang membentuk kartel penetapan harga ayam merupakan perbuatan pengkhianatan peringkat paling tinggi kepada negara dan undang-undang persaingan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata tindakan syarikat berkenaan menyebabkan harga ayam sukar dikawal selain kerajaan telah mengeluarkan subsidi besar bagi menampung subsidi ayam di peringkat pengeluaran.

"Kerajaan telah mengeluarkan subsidi berjumlah RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur dari Februari 2022 hingga November lepas dan 72.8 peratus kos pengeluaran ayam adalah kos harga makanan.

"Bila berlaku kartel untuk mengawal harga makanan ayam, sukar untuk kita mengawal harga ayam pada kadar ditetapkan RM9.40 sekilogram. Pengusaha (ayam) sukar mendapatkan harga makanan lebih murah kerana lima syarikat ini terlibat dalam 40 peratus pengeluaran makanan ayam.

"Itu yang menyebabkan kita menerima banyak aduan kerana ada peniaga yang mengambil upah potong memandangkan harga ayam yang dibekalkan tidak boleh membuat keuntungan," katanya pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam.

Tindakan kartel itu, menurut Fuziah secara tidak langsung 'mengaut keuntungan' daripada rakyat kerana dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan rakyat Malaysia mengambil sekitar 48 kilogram daging ayam setahun.

Beliau juga optimis harga barangan boleh dikawal jika aktiviti kartel dapat dibanteras dan Kerajaan Perpaduan komited untuk menghentikan amalan itu menerusi peruntukan RM10 juta kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam Belanjawan 2024.

Semalam, media melaporkan MyCC mengenakan penaliti berjumlah RM415.5 juta kepada syarikat terbabit kerana didapati melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel itu.

Syarikat itu ialah Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup), FFM Berhad (FFM), Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin), Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dindings) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro).

Siasatan MyCC dari Januari 2020 hingga Mac 2022 mendedahkan bukti kenaikan kuantum harga makanan ayam yang serupa antara perusahaan-perusahaan terbabit antara Januari 2020 hingga Jun 2022 selain mendapati lima perusahaan itu menggunakan strategi dengan menyatakan kenaikan kos makanan ayam disebabkan peningkatan perbelanjaan bahan mentah.

Sementara itu, mengulas mengenai SHMMP, Fuziah berkata aduan paling banyak diterima menerusi pelaksanaan skim bagi perayaan yang telah berlangsung ialah pada sambutan Tahun Baharu Cina dengan 116 kes, Aidilfitri (60 kes), Pesta Gawai (18 kes), Deepavali (lima kes) dan satu kes bagi Pesta Keaamatan.

Kesalahan paling banyak, kata Fuziah ialah kegagalan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad