web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kastam Rampas 807.9 Kg Dadah Berbahaya Fentanyl

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 12:43PM

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad menunjukkan dadah dirampas. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 807.9 kilogram dadah berbahaya jenis fentanyl bernilai RM44.4 juta di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 9 Dis lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, pihaknya menyita 36 kotak berisi 72 botol aluminium yang mengandungi bahan cecair dadah itu. 

“Ini merupakan kes pertama JKDM merampas dadah jenis ini yang 100 kali lebih berbahaya daripada morfin dan 20 ke 40 kali lebih kuat daripada heroin.

"Sekiranya ia dicampur dengan dadah jenis xylazine akan menyebabkan manusia boleh jadi macam zombie... ia sangat berbahaya sekiranya berleluasa dalam negara, bagaimanapun ia bukan untuk pasaran Malaysia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dagangan itu dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India dan transit di Kompleks Kargo KLIA sebelum dihantar ke Dubai menggunakan laluan udara.

Sazali berkata modus operandi sindiket adalah membuat pengikraran palsu iaitu mengisytiharkan barangan tersebut sebagai sebatian pewangi.

Berdasarkan jumlah berat, katanya rampasan itu berjaya mencegah ia disalah guna oleh kira-kira empat juta penagih dadah.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan masih dijalankan untuk mengesan individu terlibat.

Dalam pada itu, Sazali berkata untuk tempoh Januari hingga November tahun ini, JKDM berjaya menumpaskan 398 kes dadah antaranya melibatkan heroin, ketamin, kanabis dan methamphetamine berjumlah RM294.37 juta.

Beliau menyeru orang awam agar memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah dan barangan lain seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat, selain memberi jaminan bahawa identiti mereka dirahsiakan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad