web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kuota Bagi Wanita Jadi Juruterbang TUDM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 8:27PM

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan memeriksa barisan kehormat pada Upacara Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 84/22 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 64/22 di Kolej Tentera Udara di Alor Setar. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menetapkan sebarang kuota bagi pengambilan juruterbang wanita, kata Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Beliau berkata golongan wanita mempunyai peluang yang cukup luas untuk menyertai TUDM sebagai juruterbang dan mereka hanya perlu memenuhi syarat serta kelayakan selain melepasi ujian ditetapkan.

"Penglibatan wanita sebagai juruterbang bergantung kepada kemasukan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mereka harus lulus kelayakan, kena lulus pemeriksaan kesihatan 100 peratus seperti kami kehendaki dan lulus semua ujian altitud yang diperlukan.

“Semua sama untuk lelaki dan wanita, tiada diskriminasi... siapa yang layak, menepati syarat dan lulus dalam ujian penerbangan, dia layak dan itu baik untuk dia," katanya.

Mohd Asghar Khan berkata demikian kepada pemberita selepas Upacara Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 84/22 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 64/22 di Kolej Tentera Udara di sini hari ini.

Seramai 26 pelatih Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1) dan INSPEN 2, yang terdiri daripada 18 pelatih juruterbang pesawat sayap kaku dan lapan pelatih juruterbang helikopter, menerima sayap penerbangan masing-masing pada majlis itu.

Mohd Asghar Khan turut menyeru golongan wanita yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau institusi pengajian tinggi lain agar menyertai ATM.

Beliau berkata pada masa ini, kemasukan wanita dalam pasukan pertahanan negara itu masih rendah dan golongan tersebut dialu-alukan menyertainya yang turut menawarkan pelbagai bidang lain termasuk kejuruteraan serta mekanikal.

"Kita ada banyak permohonan untuk masuk ATM... kebanyakan kemasukan adalah graduan dari UPNM tapi ada sesetengah bidang kita memerlukan bahagian undang-undang contohnya kita ambil graduan dari universiti lain," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

oleh Sophia Ahmad