web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Kilat, Ribut Di Beberapa Kawasan Di Meru

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2023 8:53PM

Pemandangan dari atas keadaan rumah penduduk yang terjejas akibat kejadian ribut yang melanda di Taman Meru 2C, Ipoh hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Hujan lebat berterusan sehingga lebih dua jam menyebabkan banjir kilat dan sekurang-kurangnya 40 rumah terjejas akibat ribut di beberapa kawasan di Meru, di sini, lewat petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata dianggarkan lebih 40 buah rumah terjejas akibat ribut di Taman Meru 2C.

"Sepasukan anggota dan ambulans telah bergerak menuju ke lokasi bagi memantau dan membuat penilaian risiko di kawasan ribut, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan," katanya.

Tinjauan mendapati daripada jumlah itu terdapat lebih 10 buah rumah terjejas teruk apabila sebahagian besar bumbung rumah diterbangkan ribut.

Penduduk didapati sedang mengemas kediaman mereka selepas hujan reda tetapi masih renyai lewat petang ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan D'Aman Residency Meru Raya mendapati puluhan penduduk terpaksa menunggu di tepi jalan dan di dalam kenderaan apabila laluan masuk dari jalan besar ke kawasan kediaman mereka ditenggelami air.

Air didapati naik sehingga paras paha menyebabkan kereta dan motosikal gagal melalui kawasan itu beberapa kenderaan juga didapati ditenggelami air.

Seorang penduduk Nurhafizah Zainal Abidin, 30, berkata dia yang menaiki motosikal selepas pulang daripada kerja di sebuah farmasi mendapati laluan ke rumahnya telah dinaiki air.

"Saya kena tunggu juga jika nak jalan kaki pulang pun motosikal ni takut kena curi pula," katanya yang telah dua tahun menetap di situ bersama ibu dan bapa saudaranya.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Afifah, 39, pula berkata selama empat tahun tinggal di kawasan berkenaan, memang ada berlaku banjir kilat tetapi kejadian petang ini adalah antara yang terburuk.

Katanya biasanya air akan surut selepas dua atau tiga jam hujan berhenti. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

oleh Sophia Ahmad