web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inspektor Shiela Didakwa Sebabkan Kegusaran Awam Di Pusat Beli Belah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 4:12PM

Inspektor Shiela bersama peguamnya, M Manoharan ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang inspektor wanita dikenali sebagai 'Inspektor Sheila', didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kegusaran awam dengan memarahi, menjerit dan membunyikan hon kereta terhadap seorang wanita di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah, Jun lepas.

Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepasypertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Dia didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta yang panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga menyebabkan kegusaran awam terhadap Nuraihan Nadzirah Ibrahim, 27.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields di sini pada 5.26 petang, 16 Jun lepas, mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama yang membawa hukuman denda maksimum RM400, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman menawarkan jaminan RM1,000, namun peguam M. Manoharan mewakili Sheila memohon supaya anak guamnya dikenakan bon jaminan dengan alasan wanita itu akan hadir ke mahkamah pada setiap tarikh prosiding kes yang ditetapkan.

Manoharan berkata anak guamnya sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tiga pertuduhan dan mahkamah membenarkan jaminan berjumlah RM5,000.

“Oleh itu, saya mohon supaya OKS dilepaskan tanpa sebarang syarat serta diberikan bon jaminan. Pertuduhan hari ini adalah tidak berasas dan sangat memalukan sedangkan dia telah berkhidmat sebagai pegawai polis lebih sembilan tahun dan seorang yang berdisiplin serta tegas," kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan Sheila diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pada 26 Jun lepas, Sheila mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang atas tiga pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan seorang pemuda serta mengugut seorang wanita warga emas. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Bersama Hanya Pemecah Undi, Beri Kelebihan Kepada BN - Tony Pua

oleh Sophia Ahmad