Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hindari Dosa, Jauhi Umpat Dan Fitnah - Khutbah Jumaat JAIS

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2023 9:34AM

Teks Khutbah Jumaat JAIS menuntut semua umat Islam menjauhi perbuatan keji seperti memfitnah - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Umat Islam tidak harus membawa diri mereka, ke lembah dosa dan kehinaan yang mengakibatkan kerugian besar apabila berhadapan dengan Allah SWT.

Teks Khutbah Jumaat disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam berkata, perbuatan seperti mengumpat, mencela, mencaci, memaki hamun dan memfitnah tergolong dalam dosa besar yang lebih buruk daripada membunuh.

Menurut teks berkenaan, perbuatan seumpama itu hanya menjatuhkan maruah diri, malah mengundang kepada sengketa dan permusuhan yang berpanjangan hingga menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.

“Sultan Selangor sering menasihati umat Islam agar tidak terjerumus di dalam perbuatan terkutuk dan tercela ini. Baginda bimbang jika amalan memfitnah serta caci-mencaci ini tidak dibendung, perpecahan umat Islam khususnya di Selangor ini akan menjadi semakin parah dan tidak terkawal.

“Perbuatan fitnah dan caci-mencaci ini menjadi lebih ketara dan dilakukan tanpa rasa takut dan malu kepada Allah SWT setiap kali menjelang pilihan raya, seolah-olah musim menjelang pilihan raya adalah pesta yang menghalalkan mencaci maki, mengumpat dan memfitnah antara satu sama lain demi meraih sokongan dan undi dari rakyat,” katanya.

Jelas teks itu, Sultan Selangor juga pernah berpesan ketika pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Jun lalu bahawa segala isu berkaitan kaum, agama dan Institusi Diraja tidak seharusnya diheret bagi dijadikan bahan berkempen.

Baginda katanya, menitahkan agar perbalahan dan pertelingkahan dalam kalangan umat Islam tidak berlaku dan hubungan antara kaum di Negara ini tidak terjejas.

Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini pernah menitahkan agar segala isu berkaitan Institudi Diraja, agama dan kaum tidak dijadikan bahan politik - gambar fail
Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini pernah menitahkan agar segala isu berkaitan Institudi Diraja, agama dan kaum tidak dijadikan bahan politik - gambar fail

“Islam amat mengutamakan keharmonian hidup bermasyarakat dan menekankan umatnya untuk sentiasa berbaik-baik sesama umat Islam dan bertoleransi dengan orang-orang bukan Islam mengikut lunas, batas dan akhlak Islam.

“Perlembagaan Persekutuan telah menjamin Islam sebagai agama Persekutuan dan ia akan tetap terpahat dan tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak,” katanya.

Khutbah Jumaat itu berkata, raja dan sultan pula berperanan sebagai Ketua Agama bagi negeri dan perlu dihormati serta ditaati sama ada suka atau sebaliknya, selagi mereka patuh kepada perintah Allah SWT serta tidak menyuruh melakukan maksiat.

Sultan tambahnya, adalah payung yang melindungi rakyat di bawah naungannya.

“Rasulullah SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar Radhiallahuanhuma, wajib ke atas seorang Muslim dengar dan taat (kepada Ulil Amri) dalam perkara yang dia suka atau benci, melainkan disuruh untuk melakukan maksiat, maka jika disuruh untuk melakukan maksiat, tidak perlu dengar dan taat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Undang-undang negara kita juga ada memperuntukkan kesalahan bagi mereka yang melakukan fitnah, penghinaan kepada institusi raja serta mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini seperti Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia. Oleh itu, mimbar mengingatkan umat Islam agar berhati- hati dalam apa yang diperkatakan dan jangan sampai menjadi bak kata Pepatah Melayu, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” katanya.

Tegas teks khutbah itu, semua calon sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) diingatkan bahawa tempoh berkempen bukan  lesen untuk mengumpat, mencela, mencerca, menghina dan memfitnah orang lain dengan sebebasnya.

Waktu berkempen bukan lesen untuk menghalalkan perbuatan seperti memfitnah, mengumpat atau mencerca - gambar hiasan
Waktu berkempen bukan lesen untuk menghalalkan perbuatan seperti memfitnah, mengumpat atau mencerca - gambar hiasan

“Ingatlah hukum-hakam Allah SWT akan tetap berjalan dalam keadaan apa pun, dan tiada sebab yang boeh menghalalkannya.

“Ingatlah dan takutlah akan siksa Allah SWT yang amat perit yang menanti di akhirat kelak, janji Allah SWT untuk menghukum dan menyiksa mereka yang mengumpat dan memfitnah adalah benar dan tidak boleh sama sekali kita anggap remeh,” katanya.

Pesan Khutbah Jumaat itu lagi, semua calon serta penyokong yang berkempen diingatkan agar tidak mengambil kesempatan untuk memburukkan mana- mana individu atau golongan tertentu dan sering menyalahkan pihak lain.

“Berkempen dan berceramahlah dengan berhemah dengan menggariskan dasar yang akan dibawa untuk membantu rakyat mengatasi segala permasalahan yang dihadapi mereka.

“Calon-calon perlu menilai keupayaan dan prestasi diri masing-masing sepanjang perkhidmatan kepada rakyat dan seharusnya memikirkan bagaimana untuk memperbaiki ekonomi dan keharmonian masyarakat di bawah pimpinan mereka,” katanya.

Kata teks tersebut, setiap sesuatu yang baik yang ada pada pihak lawan perlulah diambil sebagai contoh untuk diteladani bagi mempertingkatkan prestasi diri demi memanfaatkan masyarakat yang dipimpin khususnya umat Islam.

“Kepada calon-calon yang bakal menjadi pemimpin terutama pemimpin Islam, agama Islam memberi panduan dan mengingatkan kepada pemimpin untuk tidak menyalahgunakan kedudukan, pangkat dan kuasa.

“Apabila pemimpin Islam tidak mempunyai sifat amanah dan jujur maka akan rosaklah masyarakat yang dipimpinnya hingga mengakibatkan penganut agama lain memandang rendah terhadap pemimpin Islam,” katanya.

Khutbah Jumaat itu turut mengingatkan seluruh rakyat, khususnya pentadbir masjid dan surau supaya sama sekali tidak membenarkan masjid atau surau menjadi medan propaganda dan politik kepartian.

Sebarang bahan penerbitan berunsur politik katanya, tidak boleh disebar di kawasan masjid serta surau, apatah lagi membenarkan tokoh politik menggunakannya untuk tujuan politik kepartian.

Masjid dan surau tidak boleh dijadikan tempat untuk menyebarkan sebarang penerbitan berunsur politik - gambar hiasan
Masjid dan surau tidak boleh dijadikan tempat untuk menyebarkan sebarang penerbitan berunsur politik - gambar hiasan

“Masjid serta surau adalah zon aman dan bebas daripada sebarang elemen dan pengaruh politik kepartian demi memelihara keharmonian umat Islam yang mengerjakan ibadah di masjid dan surau.

“Berilah peluang kepada ahli-ahli kariah masjid dan surau untuk dapat beribadat dan mengikuti pengajian dengan tenang dan aman. Pencerobohan dan ketidakpatuhan terhadap perkara ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar titah Sultan Selangor serta ketetapan Majlis Agama Islam Selangor,” katanya.

Teks khutbah juga memberi amaran, tindakan boleh dikenakan terhadap sesiapa yang melanggar ketetapan ini di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Pegawai yang terlibat juga boleh dibatalkan pelantikannya oleh MAIS mengikut Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Tiada Benda Lain Ke Nak Buat Main Tu, Tau Tak Bahaya

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Semua Pihak Harus Sokong Titah Sultan Pahang, Jaga Kesucian Masjid - Mufti 

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Insentif RM20,000 Untuk Tandas 5 Bintang Di Masjid, Surau Wilayah Pereekutuan

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 18 jam yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Sukan 1 hari yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor