web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masalah Kesihatan Mental Individu 16 Tahun Ke Atas Meningkat 3 Kali Ganda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 6:19PM

Masalah kesihatan mental dalam kalangan penduduk berusia 16 tahun ke atas di negara ini semakin melarat dengan peningkatan hampir tiga kali ganda - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Masalah kesihatan mental dalam kalangan penduduk berusia 16 tahun ke atas di negara ini semakin melarat dengan peningkatan hampir tiga kali ganda.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia melibatkan pertambahan sehingga 29 peratus pada 2015, berbanding iaitu 11 peratus pada 1996.

Menurut beliau, 12 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 15 tahun didapati mengalami masalah kesihatan mental pada 2015.

“Besar kemungkinan, semasa pandemik COVID-19 masalah kesihatan mental lebih tinggi.


“Begitu juga dengan penyakit kanser dalam negara yang menurut Registri Kanser Kebangsaan, sebanyak 115,000 kes baharu dilaporkan pada 2012 hingga 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Zaliha berkata, besar kemungkinan, semasa pandemik COVID-19 masalah kesihatan mental lebih tinggi - Gambar Fail
Dr Zaliha berkata, besar kemungkinan, semasa pandemik COVID-19 masalah kesihatan mental lebih tinggi - Gambar Fail

Dr Zaliha berkata, sistem kesihatan negara juga berhadapan dengan peningkatan kadar penuaan populasi.

Katanya, unjuran populasi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menjangkakan Malaysia menjadi sebuah negara tua pada 2030.


“Prevalen penyakit tidak berjangkit adalah lebih tinggi dalam kalangan warga emas dan secara langsung permintaan untuk penjagaan kesihatan juga meningkat.

“Pengalaman global menunjukkan bahawa kos penjagaan kesihatan warga emas adalah dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding purata untuk semua orang dewasa,” katanya.

Jelas beliau lagi, sistem penyampaian penjagaan kesihatan negara bersifat dikotomi dan tidak berintegrasi menyumbang kepada pengagihan perkhidmatan, dan sumber kesihatan yang tidak seimbang di Malaysia.


Katanya,  sebagai contoh, fasiliti penjagaan kesihatan primer sektor awam merangkumi hanya 28 peratus daripada keseluruhan fasiliti penjagaan kesihatan primer, tetapi mengendalikan hampir 64 peratus daripada lawatan pesakit luar.

“Situasi ini menyebabkan fasiliti dan anggota di sektor awam terbeban, lebih-lebih lagi semasa kemuncak pandemik COVID-19.

“Laporan Audit Negara 2018 menunjukkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital sektor awam berpunca daripada kekurangan kakitangan, kehadiran pesakit yang tinggi, kekurangan pembiayaan dan tidak mempunyai peralatan mencukupi untuk menyediakan tahap penjagaan sewajarnya,” katanya.

Sistem kesihatan negara juga berhadapan dengan peningkatan kadar penuaan populasi - Gambar hiasan Unsplash
Sistem kesihatan negara juga berhadapan dengan peningkatan kadar penuaan populasi - Gambar hiasan Unsplash


Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, kekangan ini tidak terhad kepada Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital sahaja, sebaliknya mencerminkan keadaan di banyak fasiliti kesihatan kerajaan merangkumi klinik dan hospital.

Katanya, kesesakan dan masa menunggu yang panjang turut menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan.


“Data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan bahawa masa menunggu untuk mendapatkan rawatan seperti pembedahan kardiotorasik, pembedahan katarak, pembedahan neuro dan lain-lain boleh mengambil masa sehingga tiga hingga 15 bulan.

“Namun, KKM tetap berusaha supaya kes kecemasan dan yang perlu intervensi segera masih diberi keutamaan dan lebih cepat dibedah,” katanya. – Getaran, 15 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad