web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ibu Pelajar Cemerlang SPM Meninggal Dunia Akibat Angin Ahmar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 9:37AM

Muhammad Syahril Saidi - Gambar Media Sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18, meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar, semalam.

Pengetua Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman Beris Lalang Noor Ruziana Ismail ketika mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham Tuan Faridah Tuan Ismail, 53,  menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8.45 malam tadi dan jenazah akan disembahyangkan dekat Kompleks Masjid al-Qudus, Kandis pada 10 pagi ini.

"Saya terima panggilan mengenai pemergian arwah lebih kurang pukul 8.45 malam tadi dan saya mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Syahril dan Insya-Allah selepas ini kami akan sampaikan sumbangan atau bantuan yang diperlukan beliau," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sebelum ini, tular kisah Muhammad Syahril selepas pelajar itu tidak dapat hadir untuk menerima keputusan SPM pada Khamis lalu kerana perlu menjaga ibunya yang menghidap penyakit angin ahmar sejak 2019 dan pihak sekolah hadir ke rumahnya untuk menyerahkan keputusan cemerlang yang diperoleh beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ditinggal Ibu Dalam Kereta, Kanak-Kanak 5 Tahun Disahkan Maut

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran