Berita Terkini

1 jam yang lalu: Media tradisional perlu berinovasi dan berubah, menerima pakai teknologi baharu untuk menghadapi perubahan landskap media - Fahmi 1 jam yang lalu: Malaysia perlukan media bebas, berani bersuara tanpa rasa takut - Fahmi 3 jam yang lalu: Badminton Asia, BAM tandatangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi 3 jam yang lalu: Pekerja kuari maut dihempap bongkah batu 10 tan 3 jam yang lalu: Suku akhir Piala FA: Negeri Sembilan FC 1-3 Selangor FC

IKUTI KAMI


Tun Dakwa Kerajaan Diktator? Mungkin Dia Cakap Pasal Diri Sendiri - Isham

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 9:05PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gelaran ‘diktator’ dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seolah-olah menunjukkan mantan Perdana Menteri itu ‘bercakap di depan cermin’.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, tindakan pemimpin veteran itu sebenarnya tidak mengejutkan kerana beliau sememangnya mempunyai kecenderungan untuk berbuat demikian.

Menurutnya, dakwaan dibuat Dr Mahathir itu juga ‘lucu’, memandangkan sebagai rakyat yang membesar ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri Ke-4 itu sekitar tahun 80-an dan 90-an, beliau mengetahui bagaimana corak serta pentadbiran mantan Perdana Menteri itu. 

Isham Jalil
Isham Jalil

“Bila dia (Dr Mahathir) cakap kerajaan diktator, saya rasa mungkin dia cakap pasal diri dia sendiri sebab (Dr) Mahathir ada that kind of tendency (kecenderungan seperti itu).

“Bila orang cakap dia, dia cakap orang. Bila orang kata (pemerintahan) dia diktator, dia cakap orang lain diktator. Jadi bila orang kata dia rasuah masa zaman dia, dia kata orang lain rasuah. Macam itu dia punya style (cara) dan kali ini dia kata orang lain diktator,” katanya menerusi rakaman video berdurasi 26 minit 31 saat dimuat naik di Facebook hari ini.

Semalam, Dr Mahathir pada sidang akhbar khas sempena pelancaran Proklamasi Orang Melayu di Ibu Pejabat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) di sini, mendakwa Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘diktator’ dan ‘penakut’.

Dakwanya, pentadbiran Anwar tidak boleh ‘disentuh’ walaupun ada perkara yang memerlukan teguran diberikan, sehingga cuba menghalang pihak tertentu meluahkan ketidakpuasan hati mereka.

Malah, mantan Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, di sebalik usaha ditunjukkan Anwar bahawa kerajaannya memiliki ketegasan untuk melawan rasuah, beliau bersikap ‘pilih kasih’ apabila pemimpin yang dituduh atau disiasat berhubung salah laku berkenaan hanyalah daripada parti lawan.

Dalam perkembangan berkaitan Isham berkata, dakwaan dibuat Dr Mahathir kononnya Anwar melarang mana-mana pihak bersuara untuk mengkritik pentadbirannya juga tidak berasas.

Tegasnya, perkara itu sebenarnya dilakukan Dr Mahathir sendiri ketika menjadi Perdana Menteri apabila mengawal maklumat media sebelum ia diterbit atau disiarkan.

“Media zaman dulu bukan macam sekarang. Media sekarang kalau kita tak puas hati kita boleh bersuara melalui media sosial, seperti Facebook, Instagram, Youtube, WhatsApp tetapi dulu zaman (Dr) Mahathir, tak ada semua ini. Sebab itu dia boleh bertahan 22 tahun.

“Kalau dulu ada, saya rasa (Dr) Mahathir tak bertahan 22 tahun, saya rasa lima tahun pun tak bertahan. (Dr) Mahathir dulu dia control (kawal) media, kita tak boleh kritik pula tu, dulu siapa kritik kena tahan,” ujarnya.

Isham berkata dakwaan dibuat Dr Mahathir kononnya Anwar melarang mana-mana pihak bersuara untuk mengkritik pentadbirannya tidak berasas. - Gambar oleh Syeda Imran
Isham berkata dakwaan dibuat Dr Mahathir kononnya Anwar melarang mana-mana pihak bersuara untuk mengkritik pentadbirannya tidak berasas. - Gambar oleh Syeda Imran

Mengulas lanjut, Isham yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkata, kemungkinan dakwaan dilakukan Dr Mahathir itu kerana beliau ingin kembali relevan dalam persada politik negara.

“Selepas dia kalah di Langkawi sampai hilang deposit, saya ada kata dia patut berehat dan tidak sepatutnya terus terbabit dengan politik. Bukan kerana saya tidak hormat dia, malah saya hormat dia sebagai orang tua walaupun kami seteru politik.

“Dia sudah berumur 97 tahun, bagilah dia berehat, sampai bila nak berpolitik” katanya.

Pada masa sama, beliau menganggap sikap Dr Mahathir yang ‘negatif’ dan suka membawa isu untuk menjatuhkan pihak lain akan menyebabkan orang ramai hilang rasa hormat terhadapnya. 

“Dulu orang hormat (Dr) Mahathir, tapi bila dia menjadi negatif, bawa isu suka menjatuhkan orang, lama-lama orang tak respek dia, orang hilang hormat padanya sampai dia kalah di Langkawi tempat dia sendiri sehingga hilang deposit. Jadi bagi saya, dia patut berehat,” katanya. – Getaran, 20 Mac 2023

Sorotan

1

HAWANA 2023: PM Akan Buat Beberapa Pengumuman Penting Berkenaan Hala Tuju Industri Media - Fahmi

2

Rombakan Kabinet Hak Mutlak, Budi Bicara Perdana Menteri - Ahmad Zahid

3

‘Master In The House Malaysia’ Sajian Terbaharu TV3

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pengurusan Telegram Berisiko Dikenakan Tindakan Jika Masih Enggan Jumpa, Bincang Aduan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

HAWANA 2023: PM Akan Buat Beberapa Pengumuman Penting Berkenaan Hala Tuju Industri Media - Fahmi

Semasa 15 jam yang lalu

Kementerian Kewangan Tiada Pilihan, Terpaksa Ambil Alih Projek LCS – Anwar

oleh Adam Ayzzat

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwaan Dana Judi: ‘Baca Kenyataan Penuh Saya Sebelum Ambil Tindakan’ - Anwar

oleh Adam Ayzzat