web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cicah Roti Air Banjir Memudaratkan Kesihatan, Jangan Diikut Trend Ini - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 7:06AM

Tindakan individu yang memuatnaik video mencicah roti dalam air banjir telah mengundang kecaman ramai kerana ia melibatkan tahap kesihatan mereka. - Tangkapan layar dari video di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak beberapa hari lalu, ramai mangsa banjir di Pantai Timur menggunakan media sosial untuk menyebarkan informasi dan perkembangan semasa bencana tersebut di kawasan masing-masing, selain memuat naik gambar insiden.

Namun, tidak kurang juga individu menggunakan platform media sosial untuk memuat naik content (kandungan) bagi meraih likes, sebagaimana dilakukan dua pemuda dalam video tular yang memaparkan aksi berani mereka mencicah roti ke dalam air banjir.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya bimbang mengenai tahap kesihatan mereka.

“Nampak kelakar tapi menangis usus,” kata Megat Zulkefli Sulai.

“Jarang benda bod** macam ni tak For Your Page (FYP). Jangan lupa viral video sakit perut tercirit-birit nanti ya,” kata MR.Polah 86.

“Aduhai, dahlah berjuta-juta kuman ada dalam air tu, dia selamba badak je pergi cicah lepas tu makan,” kata pula Amm.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Video itu turut mendapat perhatian Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh yang menyifatkan perbuatan tersebut boleh memudaratkan kesihatan.

Menurut beliau, air banjir boleh menjadi sumber kepada pelbagai penyakit berjangkit sehingga memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

Katanya, pada musim banjir, antara jenis penyakit berjangkit yang dikenal pasti mudah untuk merebak adalah penyakit kencing tikus (leptospirosis), kepialu, kolera, hepatitis A, melioidosis dan penyakit bawaan air yang lain.

Selain itu, beliau berkata, penyakit bawaan vektor seperti denggi juga akan meningkat.

“Air banjir boleh tercemar dengan najis manusia dan najis haiwan yang mengandungi patogen (kuman virus ini). Jadi trend cicah roti ke dalam air tercemar ini boleh memudaratkan kesihatan individu terbabit.

“Ia boleh mengakibatkan cirit-birit, demam, muntah, sakit perut, pening kepala, sakit badan, jaundis dan najis bercampur darah. Bagi kes teruk, ia boleh menyebabkan dehidrasi dan kematian,” katanya kepada Getaran.

Air banjir tercemar dengan najis manusia dan najis haiwan yang mengandungi patogen - Gambar hiasan
Air banjir tercemar dengan najis manusia dan najis haiwan yang mengandungi patogen - Gambar hiasan

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mengelak daripada menggunakan air banjir yang dikhuatiri tercemar dengan najis.

“Air banjir kurang sesuai diminum atau digunakan untuk memasak kerana terdapat kuman, virus dan serangga yang boleh membawa penyakit dan kematian.

“Ia amat berbahaya. Seelok-eloknya cuba elakkan menggunakan air banjir. Pastikan air direbus dua kali sebelum digunakan supaya patogen dapat dibunuh,” katanya.

Dr Sharifa Ezat turut menggesa mereka yang mengalami simptom penyakit bawaan air ketika musim banjir agar mendapat rawatan dengan segera.

“Sebab itu saya nasihatkan jangan minum atau terdedah dengan air banjir kerana ia amat berbahaya.

“Lagipun bila musim banjir, rawatan sukar kerana perjalanan tidak dapat dilakukan. Jadi langkah pencegahan amat penting ketika ini,” katanya.

Sementara itu, pengerusi dan pengasas MedTweetMY, Dr Khairul Hafidz turut meminta orang ramai supaya tidak mengikuti trend tersebut.

Selain penuh kuman, mangsa yang minum air banjir berisiko terdedah kepada keracunan makanan. - Gambar fail
Selain penuh kuman, mangsa yang minum air banjir berisiko terdedah kepada keracunan makanan. - Gambar fail

“Saya ada nampak di TikTok ada yang cicah roti dengan air banjir. Mohon untuk tidak diikuti. Air banjir adalah kotor,” katanya.

Jelas beliau, selain penyakit taun, mangsa juga terdedah kepada risiko keracunan makanan.

“Saya doakan mangsa tersebut dapat diselamatkan dan dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya.

Pada masa sama, Dr Khairul Hafidz turut menasihati ibu bapa supaya memantau pergerakan anak mereka semasa banjir bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

“Satu lagi risiko masuk ke dalam air banjir adalah lemas. Kita tidak tahu ada lubang yang dalam yang kita tidak nampak atau air yang nampak tenang tapi sebenarnya deras.

“Apa lagi jika anak-anak kecil dibenarkan bermain air banjir. Elakkan. Air banjir bukan tempat bermain,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2022

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Sentuh Pipi Dengan Mesra’, Ketua UMNO Beruas Nafi Tampar Cucu Nik Aziz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad