web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penguatkuasaan Perlesenan Dengan 7 Ciri Keselamatan Untuk Tapak Perkhemahan Wajar Ditetapkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 12:44PM

Mohd Azizan berkata pengendali aktiviti di tapak khemah mesti memiliki sijil kelayakan untuk menjalankan aktiviti sebagai antara piawaian standard untuk beroperasi. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta memperhalusi aspek penguatkuasaan perlesenan khusus kepada pengendali tapak perkhemahan dengan merangkumi tujuh ciri keselamatan, sebagai piawaian standard untuk beroperasi.

Langkah itu penting bagi mengelakkan insiden tidak diingini, terutama selepas kerajaan mengesahkan operator tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor beroperasi tanpa lesen sejak dua tahun lalu.

Pengarah Asia Camp Sdn Bhd, Mohd Azizan Yunus berkata, ciri pertama adalah mewujudkan ‘Risk Assesment Management System’ (Sistem Pengurusan Penilaian Risiko) pada setiap awal tahun, bagi mengenalpasti kemungkinan berlaku kemalangan di tapak perkhemahan.

Mohd Azizan Yunus - Gambar dari Facebook
Mohd Azizan Yunus - Gambar dari Facebook

“Pengendali aktiviti di tapak khemah mesti memiliki sijil kelayakan menjalankan aktiviti.

“Mewujudkan peta laluan keselamatan dan tempat berkumpul untuk pengunjung apabila bencana terjadi.

“Memiliki staf yang kompeten mengendalikan bantuan awal kecemasan sebelum bantuan profesional tiba,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Menurutnya, kerajaan juga harus memastikan pihak operator mewujudkan borang pemeriksaan kesihatan dan sejarah perubatan untuk setiap peserta.

“Mereka juga perlu mewujudkan borang maklum balas peserta bagi mengawal risiko endemik (risiko berulang-ulang yang kecil, seperti kerosakan infrastruktur.

“(Selain itu) mendapatkan khidmat nasihat pakar berkaitan cerun bagi pemilik tapak perkhemahan yang terletak di kaki bukit atau tempat tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian yang meragut nyawa 21 individu setakat ini, Mohd Azizan berkata, AsiaCamp dan rakan syarikat tapak perkhemahan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden terbabit.

“Kami juga merakam ribuan penghargaan tertinggi atas tindakan segera pihak kerajaan melalui agensi keselematan di dalam mengatur gerak bantuan keselamatan,” katanya.

Mohd Azizan berkata, perniagaan tapak khemah kini sudah menjadi satu industri.

Ujarnya, banyak manfaat sosial diperoleh rakyat daripada aktiviti ini.

Malah, katanya, aktiviti itu menarik pengembara dari luar negara untuk melakukannya di Malaysia.

“Semoga pihak kerajaan dapat memanggil segera pemegang taruh untuk mengetengahkan cadangan praktikal.

“Ini bagi mewujudkan persekitaran perkhemahan yang lebih selamat,” katanya.

Terdahulu awal pagi semalam, negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di kawasan itu yang menyaksikan 21 mangsa meninggal dunia dan 12 masih hilang setakat ini.

Norazam Khamis
Norazam Khamis

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi semalam berhubung kejadian itu dan tiba di lokasi kira-kira jam 3 pagi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa disambung semula pada jam 8 pagi ini, selepas ditangguhkan lewat malam tadi susulan faktor cuaca. – Getaran, 17 Disember 2022

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad