web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Operasi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Hilang Diteruskan 24 Jam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 7:59PM

Anggota penyelamat mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat 14 lagi mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya di sini yang masih hilang akan diteruskan sehingga misi pencarian selesai.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, berdasarkan keadaan terkini, operasi akan diteruskan selama 24 jam sehingga esok.

Bagaimanapun, katanya, operasi tersebut bergantung kepada keadaan cuaca di lokasi pencarian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Jika hujan, operasi pencarian akan dihentikan serta-merta untuk sementara waktu, tetapi setakat ini masih (pencarian) diteruskan,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, operasi pencarian itu melibatkan lebih 700 anggota daripada pelbagai agensi setakat ini.

“Pasukan penyelamat akan bergilir-gilir membuat operasi pencarian mengikut pecahan kumpulan masing-masing dan Insya-Allah operasi akan terus dijalankan sehingga esok,” katanya.

Ketika ditanya berhubung runtuhan susulan sepanjang operasi, Norazam berkata, terdapat pergerakan tanah berlaku sekitar jam 7 hingga 9 pagi, tetapi ia tidak menjejaskan misi mencari dan menyelamat.

Datuk Norazam Khamis
Datuk Norazam Khamis

“Pada sebelah petang, tiada lagi pergerakan tanah dilaporkan berlaku namun pasukan penyelamat diingatkan agar sentiasa berwaspada kerana masih terdapat aliran air keluar dari tanah di lokasi kejadian.

“Jika berlaku sebarang pergerakan tanah susulan kita akan membawa keluar pasukan penyelamat sementara waktu supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Suffian Abdullah berkata, khidmat unit anjing pengesan (K9) daripada JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan ke lokasi untuk membantu mengesan baki mangsa yang masih hilang.

“Ia adalah untuk mengenal pasti kedudukan mangsa yang tertimbus supaya dapat mempercepatkan proses mengeluarkan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, ahli keluarga yang mahu membuat proses pengecaman mangsa boleh hadir ke Hospital Sungai Buloh untuk berbuat demikian.

“Selain itu, ahli keluarga juga boleh datang ke lokasi kejadian bertemu pegawai polis bertugas untuk mendapatkan kepastian berhubung keselamatan ahli keluarga mereka.

“Selain itu, polis juga ada memberikan nombor telefon pegawai daripada IPD Hulu Selangor untuk dihubungi oleh ahli keluarga yang mahu mendapatkan sebarang perkembangan terkini,” katanya. - Getaran, 16 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja